Assalamualaikum. SPM 2020 akhirnya berlangsung pada 22 Februari lepas setelah 2 kali ditangguhkan kerana pandemik Covid-19. Guru-guru dan calon-calon tingkatan lima semuanya tak sabar nak menghadapi SPM kali ini sebab kali pertama dalam sejarah negara SPM tidak dijalankan dalam tahun yang sama. Sememangnya proses pembelajaran dan pengajaran terganggu dek kerana PKP dan Covid-19 yang masih belum menemui jalan pengakhirannya. 

Abam Kie sebagai guru tingkatan menengah atas amatlah risau akan situasi ini kerana murid2 tingkatan 5 2020 ini banyak duduk di rumah daripada belajar di sekolah. Sungguh pun ada buat PdPR namun hasilnya diragui. Faham2 je la bila cikgu tak ada di depan mata mereka. Kerja rumah yang diberikan pun tak semua yang hantar untuk disemak. Namun begitu semasa sekolah sempat dibuka selepas PKP 1.0 lalu, sempatlah calon2 SPM ni datang ke sekolah. Siap mengikuti kelas tambahan lagi! Namun segala perancangan terhenti tiba2 apabila sekolah di seluruh negara ditutup secara mengejut pada 9 November 2020. Cuti panjang weh kami guru2 dan murid2 ni! Sekolah cuma dibuka pada 20 Januari 2020 untuk calon SPM 2020.

Baiklah, berbalik kepada SPM 2020 ini. Kali ini peperiksaan dijalankan mengikut norma baharu dengan SOP yang lebih ketat. Pertama, jarak meja dari sisi dan ke belakang ditetapkan pada 1.5 meter! Jangan harap la nak meniru, OK? Bila meja2 dijarakkan, maka banyaklah dewan dan bilik darjah digunakan. Macam di sekolah Abam Kie kena guna 1 dewan dan 15 bilik darjah tahun ini. Biasanya 5 kelas saja yang digunakan. 

Kedua, kerusi dan meja perlu disanitasi setiap hari selepas tamat peperiksaan. Letih kan? Calon2 dikehendaki kekal berada di tempat duduk masing2 sepanjang peperiksaan. Maksudnya begini. Selalunya untuk kertas2 elektif calon2 akan ditempatkan di dewan sahaja untuk memudahkan pengawasan. Namun kali ini jika ada calon2 yang asalnya ditempatkan di kelas, mereka tidak boleh dipindahkan di dewan bersama calon2 lain. Jadi menjawab soalan keseorangan la dalam kelas tu bersama pengawas. 

Ketiga, pada waktu pagi calon2 yang tiba di sekolah seawal jam 7 pagi akan disukat suhu mereka, dicatit kehadiran dan perlu menyerahkan borang deklarasi saringan Covid-19 pada setiap hari mereka hadir ke sekolah. Kalau 11 hari ada kertas, maka 11 keping borang la kena isi! Cuak betul! 

Keempat, calon2 x boleh keluar dari kawasan sekolah sehinggalah kertas tamat. Jadi jika mereka ada kertas pada sesi petang, mereka akan makan dan solat di sekolah. Tamat kertas nanti baru terus balik. Pak guard memang tegas dalam hal ini. Tentang makanan calon2 x perlu risau kerana pihak PIBG dan kantin menyediakan sarapan pagi dan makan tengahari jika ada kertas sebelah petang. Baguskan sekolah Abam Kie?

Ada juga tabiat pelik calon2 SPM tahun ini yang Abam Kie nak kongsikan. Seorang calon lelaki tak datang pada hari kertas Bahasa Melayu tapi datang pada hari kertas Bahasa Inggeris dan Sejarah! Nak dihalau balik menjadi kesalahan pulak kepada pihak sekolah. Jadi masuk la dia ke dalam bilik peperiksaan. Harap2 keajaiban terjadi untuk dia lulus BI dan Sejarah nanti. Yang pastinya gred purata matapelajaran (GPMP) akan jatuh. Arrghhh! Murid ini memang dah lama tak datang ke sekolah sampaikan pihak pentadbir pergi mencari dia di rumah.

Tabiat pelik seterusnya ialah calon2 SPM ni bersemangat nak masuk exam biar pun mereka tak datang belajar! Ada seorang tu tak pernah datang selepas selesai pendaftaran peperiksaan tapi seminggu sebelum SPM bermula siap DM Abam Kie meminta jadual waktu dan sebagainya! Tak tahu la apa yg dia nak jawab sebab kawan2 dia yg selalu datang sekolah ni pun belum tentu akan lulus BI. Begitu juga dengan calon2 pasti gagal di kelas hujung. Mereka tetap datang exam biarpun semasa peperiksaan sekolah selalu dapat straight Gs! Kadang2 dalam hati berharap juga budak2 ni x datang kertas BI. Hehehe... Iyolah kan! Kalau periksa markah x pernah lebih 5, camner la nak lulus SPM sebenar kan?

Baiklah. Demikianlah corat-coret sempena SPM 2020 yang hampir sampai ke penghujungnya. Anak sulung Abam Kie tinggal satu kertas lagi pada petang 25/3/21 ini iaitu Sains Komputer. Kertas terakhir sebelum dewan SPM ditutup seketika sehingga bulan November ini untuk tahun 2021. Abam Kie berdoa agar semua calon SPM di sekolah akan mendapat keputusan yang cemerlang. Kadang2 cikgu ni penat tau nak menjawab dengan pihak sekolah, PPD, JPN dan KPM akan prestasi calon2 SPM di sekolah masing-masing. Siap ditanya kenapa tahun ni peratus turun, kenapa sikit je dapat A, kenapa ramai gagal dan sebagainya. Kami guru2 dah mencuba sebaik mungkin dalam mendidik murid2 kami tapi segalanya terserah kepada hasil usaha mereka untuk mencapai keputusan yang baik di dalam peperiksaan. Dan yang pastinya dengan izin Allah s.w.t. Wallahualam. Sekian. Terima kasih.