Sedihnya rasa, sejak PKP tahun lepas macam-macam tohmahan orang cakap tentang cikgu BDR. Saya baca dan cuba hadam satu per satu, saya diam sebab tidak mahu ikut campur. Sebenarnya dalam hal ini, gurulah yang paling memahami kerana kami memakai dua kasut dalam waktu yg sama (baca bagi yang mempunyai anak bersekolah). Kami pakai kasut ibu-bapa dan dalam masa yang sama kami juga memakai kasut pendidik.

Ada yg complain, katanya penggunaan teknologi tinggi seperti GC dan GM tidak dapat dilaksanakan di rumah terutama bagi golongan miskin dan tinggal di luar bandar. Selain itu, faktor ibu-bapa yang bekerja di luar sedangkan dalam masa yang sama, anak-anak perlu belajar di rumah tanpa bantuan orang dewasa. OK! Part ni pun cikgu dah cuba tapi sudahnya adalah dalam 3-4 orang murid terlibat dalam satu-satu masa. Apatah lagi bagi kelas pada waktu awal pagi sebab murid bangun lewat bila tiada penjaga. Tetapi akhirnya guru juga yg dipersalahkan!

Ada juga yang complain bila menggunakan Telegram maka akan jadi lambakan kerja dan guru tidak langsung mengajar. Tertumpu kepada perkongsian link dan bahan secara maya sedang hakikatnya guru-guru yang mengajar menerusi YouTube juga merupakan guru sekolah. Bila guru membuat channel Telegram khas mengikut subjek, tetap juga dikatanya susah untuk dipantau kerana terlalu banyak perlu dibuka ketika di rumah. Akhirnya tetap guru juga yang dipersalahkan!

Ada pula yg complain bila guru fotostat bahan dan tinggalkan di pondok jaga untuk diambil oleh ibu-bapa pada bila-bila masa. Sepatutnya memudahkan mereka yang tiada akses internet dan kurang berkemampuan. Sehinggakan ada guru-guru yang menghantar sendiri modul dan latihan ke rumah murid terutama bagi kelas peperiksaan tapi kata mereka; mudah betul kerja cikgu sekarang ni, fotostat dan suruh budak baca atau buat latihan di rumah. Akhirnya tetap guru juga yang dipersalahkan!

Ada yang complain bila guna wassap tak ramai yang boleh join tapi mudah untuk hantar video pengajaran dan murid boleh belajar pada bila-bila masa sahaja. Tetap ada yang berbunyi bila banyak sangat video akan menyebabkan data digunakan lebih banyak dari biasa. Part ini harus diakui sebab bukan semua parents berkemampuan dan ramai juga yang terkesan. Akhirnya tetap guru juga yang dipersalahkan!

Utk makluman semua, guru-guru ini tlh sedaya-upaya mencuba apa juga kaedah yg mereka mampu. Adalah mustahil untuk guru-guru ini mengajar murid-murid sehingga ke rumah masing-masing. Kalau diberikan pilihan, kami juga ingin kembali mengajar di sekolah seperti biasa tapi apakan daya? Semuanya diluar kemampuan kita, guru-guru masih juga bekerja walaupun duduk di rumah.

Lihat sahaja kerjaya lain diwaktu pandemik begini, mereka cuma ada 2 cara sahaja sama ada bersemuka atau secara maya. Jika clients tidak dapat menyelesaikan urusan, adakah pegawai-pegawai tadi perlu usahakan kaedah lain? Jawapannya tidak, sebab suka atau tidak itu sahaja pilihan yang ada dan perlu kita terima dalam norma baharu.

Apapun sebagai pendidik, kami telah mencuba mana yang kami mampu dalam membantu murid agar tidak ketinggalan. Selebihnya adalah peranan kerajaan, kementerian dan ibu-bapa sendiri bagi menjamin sistem pendidikan terus berjalan meski dalam situasi begini. Kalau kita saling memahami, In Shaa Allah semuanya dapat diatasi sedikit demi sedikit.

Saya juga tidak menyalahkan ibu-bapa kerana saya juga ada anak yang bersekolah. Saya faham bahawa semua kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Apa yg penting, masyarakat perlu tahu bahawa guru bukanlah faktor utama dalam kepincangan pdpr buat waktu ini. Ianya sesuatu yang agak rumit dan memerlukan kerjasama semua pihak. Semoga pandemik cepat berlalu dan vaksin cepat diterima agar semuanya akan kembali seperti biasa. Aamiin....