Assalamualaikum. Pada bulan lepas abam kie teringin nak beralih ke telco baharu iaitu Hotlink. Memang dulu2 pun pernah guna Maxis tapi lepas tu cinta beralih arah ke Celcom dan kemudiannya Digi. Cuma sejak akhir ni line Digi memang teruk apabila balik kampung di Machang, Kelantan. Kalau di kampung tu semua line slow macam siput babi kecuali Maxis. Heran gak la sebab kg Abe Kie tu cuma 6km dari bandar Machang. Sama gak jika balik ke rumah mentua di Pasir Mas. Line Digi amat menyedihkan biarpun rumah ibu mentua cuma 4km ke bandar. Yang cemerlang cuma Maxis. 

Jadi pada satu hari Abe Kie pi la ke sebuah kedai telefon bimbit di Tanah Merah nak bagitahu kat pekedai tu yang abe kie nak berpindah ke Hotlink. Dia caj RM10 untuk sim card tu. Tapi dalam tu tak ada pre-loaded credit pun. Arggghhh! 

Maka lebih kurang sejam selepas tauke tu antar permohonan port out tu, Digi pun hantar la SMS bertanyakan sama ada aku nak port out ke dok. Sudah tentu aku jawab Yes! Biasanya proses port out ni ambik masa dalam 24 jam untuk diluluskan. Jadi aku tunggu je la. 


Keesokan harinya aku terima sms dari Digi yg menyatakan permohonan aku ditolak kerana aku tak balas sms dorang! Apa kes? Terang2 aku dah reply dan mereka nyatakan dah terima dan akan proses permohonan aku tu. Geram tul! So I called Digi Centre and taught them a lesson. Staff yg bertugas tu aku basuh cukup2. Biar rasa! Dia bagi alasan sistem down dan berjanji akan 'resubmit' permohonan aku. Di samping itu aku call gak Maxis Center tanya pasal ni. Mereka kata masalah Digi sengaja nak melengah2kan permohonan. Hmmm..mungkin ada betulnya sebab masa aku baca forum di Digi website, ada ramai yg mengadu Digi sengaja nak melambat2kan permohonan penggunanya yang nak port in ke Telco lain!


Pada petang tu juga, aku terima sms pengesahan porting out dari Digi sekali lagi. Dan aku reply Yes spt hari sebelumnya dan tunggu lagi apa keputusannya dalam masa 24 jam akan datang. Huhuhu..


Akhirnya pada jam 10.09 pagi keesokan harinya aku mendapati talian Digi aku sudah ditamatkan perkhidmatannya. Masa tu aku kat sekolah. Balik aje ke rumah aku tukar kepada simcard Hotlink dan perkhidmatan Hotlink pun berjaya diaktifkan. Alhamdulillah. Adakah kawan2 pernah mengalami masalah yang sama seperti Abe Kie? Jom tinggalkan respons di ruangan komen di bawah. Terima kasih.   


22 Comments

  1. hahahaha macam2 hal ea Digi. Tak pernah lagi tukar Digi ke Maxis. Sebelum ni Celcom ke UMobile takde masalah

    ReplyDelete
  2. Memang pakai Maxis. Tidak pernah tukar lagi.

    ReplyDelete
  3. Bab nak melengahkan tu yang agak menganggu. Setakat ni PC belum ada tukar lagi.

    ReplyDelete
  4. Saya pulak terbalik. Dari Maxis, saya tukar ke Digi. Ok, tiada masalah, semua berjalan lancar. Rumah saya pulak, Maxis yang siput line nya. Hehe.

    ReplyDelete
  5. dulu tukar dari celcom ke umobile sbb umobile murah tapi now umobile pun dah tak best

    ReplyDelete
  6. Pernah tukar telco dari Maxis ke Celcom. Semua urusan berjalan lancar. :)

    ReplyDelete
  7. Saya dulu pkai digi bil, tapi buat dekat center terus so senang je nak terminate sbb telco abru tu pkai no baru terus.

    ReplyDelete
  8. skrg ni byk pilihan telco., pilih mana yg terbaik kat tempat kita selalu berada., huhuhu

    ReplyDelete
  9. tqqq info Abam kie
    digi kalau kat kg sy Perak pun emmmm slow kejap ada kejap hlang
    tp sayang pula nak tamatkan
    dah cecah 10 tahun dgn digi

    ReplyDelete
  10. yg dok melambatkan kerja ni yg buat leceh ni...

    ReplyDelete
  11. Dulu saya pakai Digi sebab nak line internet, pergi kat kedai, katanya area rumah line Digi memang kuat, tapi bila pakai tak sampai 24 jam, line satu bar pun takde.. Esoknya tue terus terminate line... Nasib baik promoter tak cakap apa-apa...

    ReplyDelete
  12. MUJUR CIKGU RAJIN MEMBASUH CPT JE BERSIH...LA NI BISNIS TELCO BANYAK SAINGANNYA N PILIHLAH YG MUDAHKAN URUSAN KITA

    ReplyDelete
  13. masih setia dengan Digi..hehe
    tapi sy pakai dua no yang satu tu baru juga port out dari UMobile ke Yoodo n nasib baik line ok hehe

    ReplyDelete
  14. masih setia dengan maxis dari dulu lagi. tak pernah tukar dengan yg lain..hehe

    ReplyDelete
  15. pernah gak terjadi kat saya masa nak tukar dr hotlink ke celcom. tapi kisahnya laen lah...

    ReplyDelete
  16. tempat saya pulak Digi aje yang okay compared to other telco hermmmm

    ReplyDelete
  17. nombor first mama dulu digi pastu mama tukar maxis.. so far digi ok tapi agak kedekut bab data tapi skrg xtau la

    ReplyDelete
  18. sampai sekarang digi memang sengaja lambatkan urusan port out..3 kali reply Y,2 kali kena reject...

    ReplyDelete
  19. Saya pun sama. Dah reply Y dari semalam lagi. Siap kol center bila kali pertama gagal dan dh resubmit. Tapi dia kata ada satu je permohonan. Dah terima mesej macam dalam gambar Masih menunggu. Masa port out dari maxis hari tu senang Tak sampai 2 jam dah selesai. Memang mana2 forum digi paling lembab dalam segala2 hal bab port out ni

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.