Assalamualaikum. Bagi menutup tirai tahun 2020 yang penuh cabaran ini, dengan sukacitanya Abam Kie ingin memberikan ganjaran kepada 7 orang rakan blogger yang kerap meninggalkan komen membina di blog ini. Caranya mudah sahaja, pastikan anda berada di dalam carta pengomen tegar blog Abam Kie ini. Pemilihan pemenang berdasarkan kedudukan carta pada jam 9.00 a.m. 31 Disember 2020. Tidak perlu membuat entri, ya?

    Hadiah-hadiah yang akan diberikan boleh tahan juga la. Untuk memudahkan urusan, Abam Kie akan bagi hadiah berupa topup hp aje kepada pemenang2 bertuah. OK ke? Tiga tempat teratas akan menerima topup bernilai RM10 setiap seorang manakala empat tempat seterusnya akan menerima RM5. Best kan? 


    Dalam foto di atas adalah kedudukan carta pada 15 Nov 2020. Dan Abam Kie yakin kedudukan ini akan berubah. Jadi sekiranya kawan2 ingin mendapatkan ganjaran yang Abam Kie sediakan, pastikan selalu menulis komen di blog ini, ye? Selamat mencuba. Jika rajin berusaha, pasti ada ganjarannya. Sekian. Terima kasih.

22 Comments

  1. Blog tambah meriah dengan kehadiran pengomen tegar.

    ReplyDelete
  2. Moga terus bertambah rezeki Cikgu AK sekeluarga. Aamiin.

    ReplyDelete
  3. Yang komentar memang rakan blogger yang support rakan blogger yang lain :) Terbaik depa semua ini

    ReplyDelete
  4. wah bestnya.... moga bertambah rezeki abam kie sekeluarga

    ReplyDelete
  5. dtg menyahut cabaran...hehe..

    ReplyDelete
  6. Ada slot pengomen tegar. Lama tam buat 😅 Aman 2011 dulu selalh duk buat

    ReplyDelete
  7. tegar ke tak, saya nak hadiah jugak. abam kie make sure saya menang ye... hahaha

    ReplyDelete
  8. wahh..harap2 saya boleh kekal di tangga teratas tu hahaha

    ReplyDelete
  9. wahh macam susah tu nak cabar yang lain ni hahah banyak sangat dah tu.. hebat2

    ReplyDelete
  10. ayuuu!! kita sama2 berlumba tinggalkan komen, hehehe

    ReplyDelete
  11. Ada cabaran untuk masuk pemberi komen terbanyak.

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah.. tahniah kak PC dan blogger yang berjaya :)

    ReplyDelete
  13. tahniah yang masuk carta pengomen tegar.

    ReplyDelete
  14. Tahniah yang ada dalam senarai.
    mudah2an terpilih nanti

    ReplyDelete
  15. kalau sy mmg susahla mau ikut bsaing sbb jarang ada masa huhu busy kerja. blogwalking pun bila ada masa
    btw congrats bt mereka yg tersenarai

    ReplyDelete
  16. kalau satu post dua tiga kali komen aci tak? hahahah

    ReplyDelete
  17. semoga berjaya., gambatte ;p

    ReplyDelete
  18. Waaa.. huhuu dah la Cik TK jarang ada masa nak blogwalking sekarang... Tak apa Cik TK cuba, menyahut cabaran!

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.