Buat gadis, sentiasa jaga maruah diri walau ke mana kamu pergi. Bertindaklah dengan akal, bukan berpandu hati.

Usah diserah kehormatan diri walau sayang tidak bertepi. Jangan sampai satu hari, tangan kecil terbiar sepi.

Demi cinta badai api ku redahi, pelajaran terabai tak dipeduli. Jangan ingat hanya bahagia yang menanti, saat menduga pasti jua mendatangi.

Ingatlah, wanita yang elok pekerti diciptakan buat lelaki yang baik, yang luhur, yang sejati,….. Perbaiki diri, perkejap ilmu akhirat serta duniawi, demi kebahagiaan hakiki. 

Andai jodoh tak ke mana, jika dihalang pihak keluarga, tidak bererti kiamat dunia. Selami punca, berbincang sama, buang ego bisikan nista, bukan buang saudara, buang agama!

Usah mengikut kekasih yang ‘murah’ menabur janji. Sehingga sanggup berkahwin lari. Bukankah baik berdoa tak henti, moga dipertemu arjuna hati teman sehidup semati?

6 Comments

  1. Yaa betul tu...kita ada anak kan, doa yang bebaik aje untuk mereka..kadang nak cakap lebih pun tak berani...

    ReplyDelete
  2. Betul sangat-sangat.Siapa pun,di mana pun.jaga diri.Biar dibenci kerana tidak mengikuti terlalu moden dan bebas zaman kini daripada tergadai maruah keluarga dan diri sendiri.

    ReplyDelete
  3. puisi yg indah untuk berfikir lebih2 lagi di zaman sekarang...

    ReplyDelete
  4. Dihalang keluarga. Moga dipertemukan dengan yang lebih baik.

    AMIN

    ReplyDelete
  5. Suka nya puisi ni..ayat die rasa lembut tapi mendalam..Nice!

    ReplyDelete
  6. semoga dijauhkan dari maksiat dan perkara yang buruk. InsyaAllah, aamiin aamiin. ❤️

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.