Budu begitu sinonim dengan Kelantan. Kini sos pembuka selera ini sudah didatangkan dalam pelbagai bentuk bagi memudahkan ia dibawa ke mana-mana saja termasuklah menaiki pesawat ke luar negara. Budu tradisional dalam botol amat sukar untuk dibawa di dalam bas kerana dikhuatiri akan pecah akan botolnya. Maka berbau busuklah seluruh bas itu!

Jangan bimbang wahai penggemar budu sekalian! Kini budu sudah ada dalam bentuk serbuk yang disimpan di dalam paket dan yang terkini, budu dalam bentuk pes seperti ubat gigi! Fuh! Inovatif sungguh rakyat Kelate lo ni. Memang tidak dinafikan botol budu ada dijual di kebanyakan kedai di luar Kelantan. Masa saya di Papar, Sabah pada tahun 1997 dulu pun budu ada dijual di pasar mini di sana... Tapi untuk mengembara, lebih baiklah jangan dibawa botol budu!

Jadi saya berharap orang-orang di luar Kelate juga akan menggemari budu ini kerana sesungguhnya budu ini ialah anti penuaan...