Assalamualaikum. Pada hari Jumaat 4 September yang lalu, Abam Kie dan keluarga pergi berjalan-jalan ke Terengganu. Isteri yg teringin benar nak naik Jambatan Angkat Kuala Terengganu tu. Abam Kie cuma ikut je. Ini kali pertama abam kie keluar dari Kelantan selepas PKP dilaksanakan. Memang tak berani jalan ke sana-sini sebab bimbangkan Covid-19 lagi. Perjalanan dari rumah di Tanah Merah bermula pada jam 8.45 pagi ke Machang, Pasir Puteh, Besut dan seterusnya melalui Jalan Pantai ke Mukim Penarik, Setiu.

Pada jam 10.30 pagi kami singgah makan ikan celup tepung di sebuah restoran di Pantai Penarik. Sayangnya ikan yg digoreng tu x segar. Terasa masam dan berbau sikit bila dimakan. Ikan yg dijual plak saiz besar. Memang x sedap la. Sepatutnya mereka menggoreng ikan selayang atau kembung. Harga RM7 seekor. Mujurlah ABC yg kami minum tu sedap. Kalau tak memang kena viral la kedai ni. Nama kedai tu ada dalam foto di atas tu. 

Kami meneruskan perjalanan ke Kuala Nerus. Akhirnya sampai la di Jambatan Gantung tu dlm jam 12.10 pm. Tapi x boleh masuk sebab ia dibuka pada jam 2.30 pm. Jadi alang2 dah sampai ni kami bergambar je la di luar jambatan tu. Sementara menunggu waktu lawatan dibuka, abam kie gi Masjid Seberang Takir untuk menunaikan solat fardhu Jumaat manakala isteri dan anak2 pergi beli keropok lekor di sekitar Seberang Takir. Cantik la masjid Seberang Takir ni. Cuma parkir tu sikit je. 

Sempat snap gambar sebelum sampai ke pintu masuk jambatan. Petang tu panas terik. Nak masuk kena bayar tiket RM5/org. Anak yg umur 5 thn pun kena bayar RM5. Memang tak patut!

Dok di menara tinjau Drawbridge tu. Wefie dgn anak sulung. Tahun ni dia nak ambik SPM. Bila tengok dia study tu teringat masa 30 thn yg lampau masa abam kie study utk SPM di SM Sains Machang. Sebab main2 masa nak periksa cuma dpt 13 unit je. Huhuhu.... Ikut sistem lama SPM, pencapaian terbaik ialah 6 unit la. Top student masa tu yg dapat. Opsss... tercerita kisah lama plak. Staff kat situ kata menara jambatan tu bersamaan dengan ketinggian bangunan 14 tingkat! Ada lantai kat dek tu dilapisi lapisan gelas tahan gegaran. Tapi abe kie x berani nak berjalan kat atas kaca tu. Gayat wei! Rasanya pengalaman 2X naik kereta kabel di Langkawi pun x seseriau ni. Pelawat cuma diberikan 20 minit untuk berada di atas menara tinjau.

Setelah siap bergambar dan membeli cenderahati kami pun bergerak ke KTCC Mall yg baharu dibuka. Parkir di sini gratis aje sebab masih baru lagi. Cuma yg x best anak panah nak masuk n keluar dari parkir tu mengelirukan. Mall ni besar gak. Spt biasa selepas parking kereta kena snap no kod di tiang agar senang nak cari kereta bila keluar nanti. Kami ke sini semata2 nak isi perut je. Ptg tu kami makan di KFC je sebab tu je yg x ramai pelanggan. Selepas solat Asar kami meneruskan perjalanan ke Dungun. 

Kami sampai di rumah kak long di Jln Kenanga, Dungun dalam jam 6 pm. Sampai je terus dijamu nasi. Memang tak tolak la sebab x jumpa nasi lagi hari tu. Masakan kak long x pernah x sedap. Biarpun simple dan ala-ala kampung je tapi bila makan pasti lazat! Selepas azan Maghrib dia menghantar kami ke inap desa bernama 'Homestay Kapal' yg terletak di belakang rumah dia je. Kalau berjalan dlm 200 m je. Inap desa ni mengadap Pantai Sura @ Teluk Lipat. Sewa satu bilik cuma RM95. Dalam tu ada bunk beds saiz queen dan satu katil queen. Jadi kami berenam ada ruang untuk tidur yang mencukupi.

Inilah gambar pemandangan matahari terbit di balkoni Homestay Kapal tu. 

Lepas mandi dan solat kami pergi berjalan-jalan ke pantai. Pantai sini sudah terhakis jadi pihak MPD sudah menambak pinggir pantai dengan bongkah2 batu agar tahap hakisan dapat dikurangkan.

Kebetulan ada buaian kat depan homestay tu jadi abam kie naik la. Masa anak kedua tu kecil, abe kie kena hayun buaian kat taman bila dia naik. Sekarang ni dia kena hayun buaian abam kie pla. Maklum la dia lebih berat daripada abe kie kan?

Kami pergi sarapan di rumah kak long dan dihidangkan dengan nasi lemak sambal tumis ikan aya/tongkol. Memang makanan ni la yg abe kie cari jika datang ke Terengganu sebab x ada dijual di Kelate. Sambil makan tu kak long bagi tips cara nak buat resepi ni. Katanya kena guna santan segar. Bawang merah dan halia kena taruh lebih sikit. Jangan kedekut! Pas tu daun pandan pun mesti lebih agar bau harum tu kuat. Dia mengeluh sebab sukar mencari masakan di Terengganu yang menepati citarasanya. Kakak dah 34 tahun menetap di Dungun tapi masih sukar menerima makanan yg dibeli di luar. Iyalah kan..kadang2 penjual ni x memasak dari hati. Kalau mereka memasak seperti untuk dimakan oleh suami n anak2 pasti sedap je makanan yg dijual tu. 

Pada jam 12 pm kami pun bertolak balik ke Kelantan melalui LPT2. Lepas tu exit di Tol Gemuruh. Masuk pulak ke jalan persekutuan. Perjalanan menjadi semakin perlahan. Alangkah bagusnya jika LPT2 ni diteruskan sampai ke Kota Bharu. Jadi cepat dan mudah la bagi warga Kelate nak balik kg bila masa Raya. Kami singgah solat di Masjid Sungai Tong, Setiu. Lepas solat kami mencari kedai makan pulak. Jumpa la satu kedai makan Thai di Kg Pak Kancil Setiu. 6 org makan cuma RM42 je. Macam x caya je. Perjalanan diteruskan dan kami sampai di TM pada jam 6 ptg setelah singgah di dua tempat lagi dlm perjalanan pulang.

Begitulah kisah percutian singkat abam kie dan keluarga ke Terengganu. Terima kasih kerana sudi membaca sehingga habis.