Yaya (sebelah kanan) sedang membuat isyarat 'peace'

Pada 11 November 2013 aku menghadiri Kovokesyen Tadika Bestari Aqdi di Tanah Merah, Kelantan. Anak ketigaku, Yaya, sudah belajar di tadika ini sejak usianya 2 bulan. Ialah, pada masa itu dia dimasukkan ke nursery dulu. Bila usianya 4 tahun barulah dia dimasukkan ke tadika. Syukurlah kerana pada usia 6 tahun ini, Yaya sudah boleh membaca dan menulis dengan lancarnya.

Berbalik kepada konvokesyen tadi, majlis diadakan di cawangan tadika itu di Taman Harmoni bermula jam 10 pagi. Pemilik tadika berkenaan, Ustaz Apandi memulakan acara dengan ucapan ringkas bagi mengalu-alukan kedatangan para ibubapa. Selepas itu murid-murid tadika membuat pelbagai persembahan seperti menyanyikan lagu-lagu Oppa Gangnam Style, Gwiyomie, Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang, Ummiku Sayang dan sebagainya. Mereka juga mempersembahkan 'Chicken Dance'.

Selesai persembahan, Ustaz Apandi menyampaikan cenderahati berupa diari Prudential Insurance kepada semua ibubapa yang hadir diikuti dengan hadiah-hadiah kepada murid-murid yang mencapai tahap akademik yang cemerlang semasa ujian akhir tahun. Yaya mendapat tempat kedua bagi kategori usia 6 tahun. Dia juga mendapat hadiah murid paling rajin datang ke tadika.

Sebelum pulang, para ibubapa dan pelajar telah dijamu dengan ayam bakar ala barbecue, nasi goreng, kek, agar-agar, snek dan air sirap. Sesungguhnya hari tersebut begitu bermakna kepada anakku, Yaya. In Shaa Allah, pada tahun hadapan dia akan belajar di Tahun 1.