KURANG TIDUR akan menganggu perjalanan rutin keesokan harinya. Cuba tip ini untuk kebaikan bersama.

Ada beberapa jenis minuman yang boleh anda cuba untuk membantu memudahkan tidur pada waktu malam. Bagi penuntut universiti, pelajar kolej atau mereka sudah berkerjaya yang masih bertarung dengan masalan ini, boleh cuba dan rasai sendiri hasilnya.

Susu coklat


Salah satu minuman terbaik untuk dinikmati setiap hari adalah susu coklat. Susu panas dicampur dengan sirap coklat akan mengisi perut dan menenangkan sarat.

Teh pudina


Teh pudina panas dengan sedikit perahan jus lemon akan membantu anda tidur seperti bayi. Minum minuman ini satu jam sebelum tidur.

Tea Chamomile


Teh jenis Chamomile tanpa gula adalah minuman yang tepat untuk dinikmati satu jam sebelum tidur. Teh ini membantu untuk menenangkan saraf dan mengurangkan tekanan.

Air koko


Seperti kita tahu, koko adalah minuman kegemaran sepanjang masa kebanyakan orang. Minum coklat panas jika anda mengalami insomnia.

Susu hangat


Beralih ke susu hangat jika susah tidur. Tambah satu sudu penuh madu untuk satu gelas susu panas dipercayai sedikit dapat membantu tidur dan merehatkan tubuh sebelum melelapkan mata. Selain itu, ia dikatakan membantu seseorang untuk rasa segar kembali keesokan harinya.

Susu kacang badam (almond)


Dengan wujudnya vitamin E dalam susu, ia baik untuk mendapatkan tidur yang cukup.

Teh halia


Teh halia panas baik untuk pencernaan. Halia juga membantu menjaga perut yang baik selain memberikan rehat malam yang sempurna.

15 Comments

  1. Nampaknya teh dan susu memudahkan untuk kita tidur lena.

    ReplyDelete
  2. Kawan sy cakap, kalau tak boleh tidur, makan jer vitamin B, tak tahulah fakta atau auta

    ReplyDelete
  3. Susu suam tu memang betul berkesan..
    Kalau sha tambah satu lagi nescafe..
    minum nie memang conform lena..

    ReplyDelete
  4. patut la smlm tertidor awal, dok minum susu hangat sebelum tu.. lena sampai pagi...

    ReplyDelete
  5. info penting ni Abg Kie sbb now susah betul nak tdo malam

    ReplyDelete
  6. saya kalau dah baring malas dah nak bangun minum.Hahah.. kalau tak boleh tidur saya kedip2 mata banyak kali sambil main phone. Lama2 mata letih mengantuk la dia.

    Kalau bangun pi kedapur buat air, takut bukan takat buat air je.. dia siap keluarkan biskut sekali..hahah

    ReplyDelete
  7. yang penting jangan amek gula masa nak tidur

    ReplyDelete
  8. kalau nak minuman tak boleh tidur..saya minum nescafe atau kopi...hehehhe

    ReplyDelete
  9. kalau minum susu waktu mlm mmg lena tidur..huhuhh

    ReplyDelete
  10. Good info abam kie, sesuai utk saya yg payah nak tido...hehe

    ReplyDelete
  11. Biasa Cik TK minum susu.. Kalau tak jalan juga, golek-golek je laaaaa sampai tertido...hahaha

    ReplyDelete
  12. tq sharing abe kie..shida setakat ni minum kopi pulak mgantuk @_@

    ReplyDelete
  13. Tips yang bagus. Selalu juga susah tidur

    ReplyDelete
  14. GV mmg ada masalah tidur lambat. Boleh GV amalkan nanti. Nice info mr abam kie. :)

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.