Bila kita tak pernah dapat gaji besar, tiba tiba dapat duit banyak. Semua orang akan buat amalan yang sama seperti ini iaitu membeli kereta mewah, melancong keliling dunia sampai tak ingat dunia, kahwin satu lagi, berfoya-foya dan yang sewaktu dengannya. 

Maka jika kita selebriti, ahli sukan, influencer, artis popular, orang terkenal, pekerja kontrak minyak, profesional luar negara atau sesiapa sahaja.

Ingatlah bahawa semua benda ada jangka hayatnya.

Ahli sukan selagi kita ada tenaga, kekal professional dan bijak urus kerjaya kita akan tahan lama. Tetapi tidak ramai begitu. Ramai bekas atlit negara yang menderita pada hujung usia mereka.

Artis juga begitu, ada tempoh hayat laku biasanya. Masa masih muda dan terkenal berfoya-foya sampai tak ingat hari akhirat. Satu asset pun x ada. Tu pasal la ada artis yg tinggal di rumah PPRT atau pondok buruk seperti penyanyi Tok Ki tu. Kalau artis wanita tu bolehlah kahwin dengan orang kaya. 

Maka ingat pesanan ini:

1. Bagi setiap duit yang dapat, belajar buat 50%-70% simpanan.

2. Kebanyakkan golongan ini statusnya kontrak sahaja, sama ada dua tahun sampai 5 tahun. 

Manfaatkan waktu itu untuk simpan duit sebanyak mungkin.

3. Daftar pendapatan dengan LHDN, cepat atau lambat pasti akan kena cukai punya. Semakin kita bijak cukai makin mudah kita beli harta.

4. Fahami apa aset dan apa liabiliti.

5. Apa yang akan jadi harta lepas kontrak kita tamat. Rumah jadi harta, kereta jadi liabiliti.

6. Mohon jasa baik pasukan bola, agensi kerja, pasukan sukan, kementerian beri pendidikan kewangan buat semua ahli sukan agar mereka tahu hayat gaji mereka.

Mereka perlu cemerlang untuk 10 tahun untuk sara hidup selama sepanjang hayat.

7. Negosasi dengan kerajaan negeri yang kita wakili, minta imbuhan dalam bentuk tanah atau rumah sebagai bonus. Bukan wang.

8. Pengajaran buat kita semua, kerajaan sekarang makin banyak status kontrak berbanding tetap. Jangan mudah teruja, gaji kita besar atau banyak.

Jika mampu beli Alphard apa salahnya naik Innova sahaja. Sampai juga ke padang bola.

9. Sentiasa guna formula ini, Gaji-Simpan-Labur = Baki Baru Belanja.

Bila kita kurang gaya, kita akan kaya-raya kawan-kawan. Beringatlah.

Sumber: Azizul Azli Ahmad