9 cawangan kedai buku MPH akan tutup kedai. Khabarnya sedang berlangsung jualan lelong tutup kedai dgn diskaun hebat. Sejak era digital, surat khabar dan majalah juga dah banyak berkubur. Kini merebak ke kedai buku yg mempunyai banyak cawangan. Lagi akan mewujudkan pengangguran akibat pemberhentian pekerja. Semua dlm situasi yg amat sukar skrg ni. Saya sbg ahli MPH pun walaupun ahli tetap sudah lama tidak membeli buku2 yg dijual disitu. Hanya membeli stationery yg saya rasakan harganya lebih berbaloi jika dibeli di kedai lain.

Berikut MPH yg akan gulung tikar :

- MPH Amanjaya
- MPH Sunway GEO
- MPH SACC Mall
- MPH MYTOWN
- MPH JB City Square
- MPH Kinta City
- MPH MYDIN MITC
- MPH Taman Universiti
- MPH Subang Parade

Kenapa tutup? Kerana mereka tak mampu lagi untuk menampung kos operasi yg lebih tinggi berbanding keuntungan yg menjunam. Ini dikuatkan lagi dengan orang tak mampu beli buku kerana HARGA buku tetap mahal. Ramai juga yg tak minat membaca buku. Tambahan lagi buku tak menarik untuk dibaca selain amalan membaca bukan budaya kita. Pembeli juga suka membeli dalam talian dan boleh dibaca secara digital malah percuma. Angkara situasi Covid-19 juga dan pada zaman yg semakin sukar ini, buku bukanlah satu benda yg mustahak untuk dibeli berbanding keperluan lain yg lebih mendesak. Tambahan pula kedai buku seperti ini telah menghentikan operasi bebeberapa bulan sejak PKP di jalankan.

Dan banyak lagi sebab musabab lain yg mempercepatkan proses penutupan kedai buku seperti MPH ini..saya tak pasti kedai buku lain seperti Borders, Times, Kinokuniya dan Popular. Ini pun saya rasa ada yg dah tutup malah yg masih kekal tetap berjuang nak teruskan operasi. Nak buka cawangan baharu kena fikir banyak kali dan banyak aspek untuk diambil kira.


Kedai Buku Banggol, antara rangkaian kedai buku dan alatulis milik Bumiputera yang kekal beroperasi di Pantai Timur

Yang hanya terus bernafas hanyalah kedai buku di bandar2 kecil yg meneruskan jualan buku2 latihan sekolah, alatulis dan produk industri kecil sederhana. Itu pun mengharapkan belian yg banyak dari setiap sekolah. Buku bersifat ilmiah dah lama tiada begitu juga novel2 yang kurang diminati kerana sudah diadaptasi ke kaca televisyen....

Takziah untuk industri jualan buku negara..

29 Comments

  1. Sedihnya. Ada satu MPH yang Abam Kue sebut akan tutup.

    ReplyDelete
  2. MPH ni jarang masuk sebab rasanya macam mahal lagi dari tempat lain dan sebab mall yang selalu pergi tak ada MPH.. Banyak Popular je

    ReplyDelete
  3. alaaa sedihnya....haraplah popular tak gulung tikar.

    ReplyDelete
  4. sedihnya...MPH ni diantara kedai buku yang dah lama ada di pasaran... .

    ReplyDelete
  5. Sedihnya... Sebab walaupun baca di ebook.. tapi LeYa still lebih suka baca buku secara fizikal.. Sebab rasa lebih feeling. Takpelah..moga popular tetap di hati rakyat.. Nanti takde tempat dah pergi cari buku fizikal

    ReplyDelete
  6. Assalam cikgu..saya datang nak beraya ni.. done follow blog cikgu.

    ReplyDelete
  7. Sedihnya. Antara kedai buku yang disukai bila nak beli pape buku.

    ReplyDelete
  8. Beli online je senang...hehehe

    ReplyDelete
  9. mph ni suke juga pergi..beli buku budak2.. huhu.. abam kie tahniah dapat nombor bertuah dalam segmen ummi. nanti send detail ya dekat gmail ummi ya

    ReplyDelete
  10. Kalau nak dibandingkan antara ebook dan buku fizikal, buku fizikal lebih baik sebenarnya. Sebab bila baca ebook, tak begitu rasa macam membaca buku. Lagi contoh, buku study kalau dalam bentuk ebook, tak dapat nk buat nota ke tampal post-it-note ke macam masa time sekolah dulu..

    ReplyDelete
  11. satu lagi syarikat muda osman..2 ni mmg glemer kt klate..:)

    ReplyDelete
  12. Alamak MPH city square tu port kegemaran tu selain popular

    ReplyDelete
  13. berita yang amat menyedihkan bagi peminat buku fizikal.

    apapun terimalah kenyataan yang pahit ini..

    bersabar sahaja dengan ujian

    ReplyDelete
  14. pernah cuba minta kerja dekat MPH dulu..tapi tak dapat

    ReplyDelete
  15. Done follow #1345
    mujur Shah Alam x ttup, tpi subang pula yg tutup.
    klau lepak kedai buku setengah jam x kluar lgi..cuci mata

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum abam kie. tiba2 saya rasa risau pulak dnegn ekonomi negara kita ni.. hmmm

    ReplyDelete
  17. bagi peminat buku, berita ni sangat2 menyedihkan :(

    ReplyDelete
  18. sini takda mph tapi if pergi kl, antara kedai yg perlu dijenguk. kuasa membeli dh mkin berkurang, mkin ramai yg rajin membaca dalam talian cam saya tapi tetap beli buku tuk anak di Popular.

    ReplyDelete
  19. sedihnye dengar. yang buku mahal tu izzati setuju sikit hehehe tapi still izzati beli sebab membaca ni tak rugi pun plus izzati ni bookworm. hopefully ekonomi negara kita ni stabil je. aamiin aamiin.

    ReplyDelete
  20. Zaman berubah..skrg zaman digital

    ReplyDelete
  21. The struggle is real. Mungkin lepas ni pelbagai kemungkinan lagi akan berlaku atas desakan ekonomi yang merudum buat masa ni..

    ReplyDelete
  22. sedihnyaa sebab selalu pegi MPH ni..
    nak buat macam mana ni ujian skrng.. people suka yang di gadget lebih dari fizikal book..

    ReplyDelete
  23. alahai mytown punya nak tutup juga ke? za selalu juga beli buku kat sana.. hmm sedihnya dgr kedai buku nak tutup. haritu mcm baca kedai popular pun sama juga ada cawangan nak tutup...

    anyway, za dh follow abg kie.. thanks tau !!

    ReplyDelete
  24. bebudak skrg belajar dah tak pakai buku ke?

    ReplyDelete
  25. biasa beli di Popular jer... byk persaingan sekarang ini... buku semakin kurang diminati... info semua dicari di alam maya..

    ReplyDelete
  26. sedih jugak. tapi itulah peredaran teknologi sekarang kan :(

    ReplyDelete
  27. sedihnya bila kedai buku MPH nak tutup..tu la tak semua org mampu beli buku.buku pun boleh tahan juga harganya..memang bila ada duit lebih baru nadia beli buku yang diidamkan..kalau dak pinjam buku kat library saja

    ReplyDelete
  28. Antara tempat lepak favourite. Kena la cari kedai buku lain untuk lepak nanti

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.