Assalamualaikum,

Kehidupan suami-isteri ada pasang surutnya. Bohonglah jika sepanjang hidup bersama tidak ada perbalahan. Namun begitu, setiap perselisihan faham perlulah diselesaikan dengan segera. Jangan biarkan ia berlarutan. Berikut Abam Kie kongsikan ikrar janji suami isteri untuk renungan kawan-kawan yang dihormati sekalian. Jangan segan, jangan malu. Lontarkan pendapat dan komen kalian. Terima kasih.

Andai timbul perselisihan, kenang segala memori berkasih dan saat-saat mencuit hati, disulam sikap maaf-memaafi sebelum lena dibuai mimpi.

Usah menyimbah minyak di api marak, berdiam sabar perisai sejati, intailah peluang berdiskusi bukan bersaing mempamer aksi.

Hari penting usah dilupa, setiap malam makan bersama, bukan untuk menyumpah menderhaka, tapi untuk berkongsi cerita.

Anak-anak pengikat kasih, mereka umpama kain nan bersih, ego cemburu punca menyisih, usah ditunjuk, diungkit dendam pedih pembawa sedih.

Jangan abai kesukaannya, wajah bersih dari noda, jangan pula kelat mencuka. Pasang badan demi dia nakhoda keluarga, berdandan sedia bikin cik abang sentiasa tergoda!

Bawalah isteri pergi bercuti, atau beraktiviti, bersukan, berkaraoke sambil menari. Tak perlu berhabis bergadai, berhutang sana-sini, yang penting bersama bak merpati dua sejoli.

13 Comments

  1. indah sungguh lontaran bahasa. seronok membacanya ^_^

    ReplyDelete
  2. Perlu banyak bersabar dan bertolak ansur

    ReplyDelete
  3. Bicara yang penuh puitis. Penuh makna. ^^

    ReplyDelete
  4. saya belum lagi berumah tangga. apapun nasihat yang terbaik :)

    ReplyDelete
  5. Kadang2 tak semua ikrar janji dapat ditepati

    ReplyDelete
  6. Tak boleh gaduh lama2, bosan dan kosong rasanya hari dilalui kalau tak bercakap :)

    ReplyDelete
  7. Suami isteri mesti kukuhkan benteng iman,sabar dan toleransi.Sentiasa meminta maaf dan memaafkan.Terima kasih Cikgu perkongsian.

    ReplyDelete
  8. Saya belum kahwin lagi... tapi memang pengajaran yang saya dapat dari orang sekeliling yang berpasangan: sentiasa bertolak ansur, sentiasa jujur dan berterung terang, saling maaf memaafkan, saling menghargai satu sama lain

    ReplyDelete
  9. betul
    jangan disimpan di dalam hati
    luahkan cara baik
    In Sha Allah semua berjalan lancar

    ReplyDelete
  10. macam baca puisi pun ada gaya bahasa abam kie ni. Setiap nasihat tuh memang boleh diaplikasikan dalam kehidupan berumahtangga

    ReplyDelete
  11. betul²...tapi manusia kan..kdg² terlepas juga bab masam muka mcm cuka tu hahaha :P

    ReplyDelete
  12. tq abam. mmg betul tu mama setuju. biarlah kita jaga ikan suami isteri biar lebih berkat

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.