Untuk Mu Yang Bergelar Lelaki. Renungkanlah.....

Tahukah Kamu Wahai Lelaki.....

Perjalanan Terjauh Dan Terberat Bagi Seorang Lelaki Adalah Perjalanan Ke Masjid

Sebab Ramai Orang Kaya Tidak Sanggup Mengerjakannya..

Jangankan Sehari Lima Waktu.. Bahkan Ramai Pula Yang Seminggu Sekalipun Terlupa.. Tidak Kurang Pula Yang Seumur Hidup Tidak Pernah Singgah Ke Sana..

Perjalanan Terjauh Dan Terberat Adalah Perjalanan Ke Masjid..

Kerana Orang Cerdik Dan Pandai Pun, Sering Tidak Mampu Menemukannya..

Walaupun Mereka Mampu Mencari Ilmu Hingga Ke Universiti Di Eropah.. Ataupun Amerika.. Mudah Melangkahkan Kaki Ke Jepun, Australia Dan Korea.. Dengan Semangat Yang Membara..

Namun Ke Masjid Tetap Saja Perjalanan Yang Tidak Mampu Mereka Tempuh.. Walau Telah Bergelar PHD..

Perjalanan Terjauh Dan Terberat Adalah Perjalanan Ke Masjid..

Kerana Para Pemuda Kuat Dan Bertubuh Sihat Yang Mampu Menakluki Puncak Gunung Berapi.. Pun Sering Mengeluh Ketika DiAjak Ke Masjid.. Alasan Mereka Pun Bermacam².. Ada Yang Berkata Sebentar Lagi.. Ada Yang Beralasan Tidak Selesa DiCop Alim..

Perjalanan Terjauh Dan Terberat Adalah Perjalanan Ke Masjid..

Hatta

Pemain bola sepak yg kuat Bertarung 90 minit, hampir Saban minggu belum pasti Gagah melangkah ke masjid

Maka Berbahagialah Diri Mu Wahai Lelaki.. Bila Engkau Telah Terbiasa Melangkahkan Kaki Ke Masjid..

Kerana Sejauh Manapun Engkau Melangkahkan Kaki.. Tidak Ada Perjalanan Yang Paling mulia serta Membanggakan.. Selain Perjalanan Mu Ke Masjid..

Biar Aku Beritahu Rahsia Kepada Mu.. Hakikatnya Perjalanan Mu Ke Masjid Adalah Perjalanan Untuk Bertemu Rabb Mu..

Itulah Perjalanan Yang DiAjarkan Oleh Nabi Mu.. Serta Perjalanan Yang Akan Membezakan Mu Dengan Orang² Yang Lupa Akan Rabbnya..

Perjalanan Terjauh Dan Terberat Adalah Perjalanan Ke Masjid..

Maka Lakukanlah Walau Engkau Terpaksa Merangkak Dalam Gelap Subuh Demi Mengenal Rabb Mu....Nescaya kamulah Insan2 yang BERUNTUNG di AKHIRAT kelak....

Semoga kita sentiasa istiqomah dalam melakukan kebaikan.......

13 Comments

  1. Allahu, sangat lah mendalam setiap baris kata-kata

    ReplyDelete
  2. suami saya ke masjid selalu waktu zuhur atau asar bila di tempat kerja, dan setiap jumaat waktu lain memang sangat jarang. Terkadang kekangan masa jadi sebab utama

    Kalau abah saya di kampung 5 waktu dia akan solat di masjid, rumah dekat dengan masjid, tempat kerja abah pun dekat dengan masjid sebab tu setiap waktu dia ada masa untuk solat di masjid. Sudah memang dia pun bilal di masjid tu...

    ReplyDelete
  3. Allahuakbar.. moga kita sentiasa diberi kelapangan menunaikan perintahNya..

    ReplyDelete
  4. pahala dihitung dari setiap langkah kaki dan putaran roda kenderaanmu ke masjid...lelaki juga wanita...

    ReplyDelete
  5. Kalau lah betapa banyak pahala tu boleh nampak di masjid, pasti penuh sentiasa.

    ReplyDelete
  6. Insyaallah.. terima kasih di atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  7. Ingat kata-kata seorang ustaz...jangan kali pertama dan mejadi kali terakhir masuk dan keluar masjid setelah menjadi jenazah.Allahu.

    ReplyDelete
  8. terima kasih cikgu atas perkongsian

    ReplyDelete
  9. kalaulah pahala ke masjid tu kita boleh nampak dgn mata kasar... tentu berduyun2 dan sesak masjid dibuatnya

    ReplyDelete
  10. Terima kasih atas perkongsian cikgu.

    ReplyDelete
  11. Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat. Suka tengok Abah sendiri, konsisten solat berjemaah di surau/masjid 5 waktu setiap hari. Pelan-pelan follow jejak langkah dia.

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.