🍀 *RAMAI ORANG SAYANG IBUBAPA, TAPI SEBENARNYA TAK SAYANG.*

Kesilapan besar anak-anak terhadap arwah ibubapa yang sudah meninggal dunia antaranya adalah :

1. Ada yang hanya menggantung gambar ibubapa di dinding-dinding rumah atau simpan gambar itu dalam dompet.

2. Ada yang suka simpan barang yang ditinggalkan oleh ibubapa, dijaga dengan baik atau diwariskan.

3. Ada yang sering pergi ke kubur hanya untuk bersihkan kuburan dan dicabut rumput.

4. Ada yang menangis dan bersedih sepanjang masa teringatkan arwah... dan lain-lain.

Sebenarnya bukan itu sangat yang arwah ibubapa kita mahukan, harapkan dan perlukan. Semasa mereka berada di alam barzakh sana, ada yang lebih utama dari itu.

Sebagai anak kita wajib meneruskan bakti dan khidmat kita kepada arwah ibubapa kita. Di sana mereka teramat- amat menantikan doa dan kiriman pahala khas dari anak-anak mereka.

Yang mereka perlukan, antaranya ialah :

1. Doa keampunan dan rahmat Allah untuk mereka dari anak-anak.

2. Sedekah harta yang diniatkan pahalanya untuk mereka dari anak-anak.

3. Amal soleh yang dilakukan hasil didikan mereka dari anak-anak.

4. Anak-anak sering menyebut atau menceritakan apa saja kebaikan ibubapa.

5. Sedekahkan Al-Fatihah setiap hari untuk arwah ibubapa.

Setelah matinya seorang ibu atau bapa, segalanya sudah berubah. Di alam barzakh sana segala nikmat duniawi sudah tidak bermakna lagi... hilang sudah senda gurau, gelak tawa, main main, perhiasan indah atau harta dunia.

"... yang bernilai di sana hanya pahala yang dibawa atau yang dikirim..."

*Ingatlah...* hari ini kita sebagai anak, esok lusa kita mati amalan yang sama kita perlukan pada anak kita.

*Wallahu a'lam...*
#Senafas Ke Barzakh.

12 Comments

  1. yang lebih afdal.. berdoa dan sedekah kan alfatihah kepada ibu dan bapa kita tak kira mereka masih hidup atau sudah meninggal dunia

    ReplyDelete
  2. Terima kasih abam kie untuk info :)

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Abam kie kerana ingatkan saya dengan nasihat ni

    ReplyDelete
  4. rindunya arwah mak dan ayah mama.. tq abam share boleh diamalkan

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas perkongsian...

    ReplyDelete
  6. Terima kasih di atas perkongsian abam kie..

    ReplyDelete
  7. ya betul tu, satu perkongsian yang bagus

    ReplyDelete
  8. good sharing abam kie. Sarie dah 32 tahun kehilangan arwah ibu

    ReplyDelete
  9. Perkongsian yang sangat bagus. Terima kasih atas perkongsian ini..

    ReplyDelete
  10. Terima kasih perkongsian..

    ReplyDelete
  11. anak adalah harta ibu bapa di dunia, yang paling berharga di akhirat...

    antara harta yang belum ada rezeki untuk dimiliki...

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.