Jom hayati nukilan Abam Kie pada hari ni. Semoga ianya berguna kepada kita semua. In Shaa Allah.

Syurga lelaki
pada perempuan iaitu IBU
Syurga perempuan
pada lelaki iaitu suami.

Sehebat-hebat suami
kena patuh pada ibu.
Sehebat-hebat ibu
kena patuh pada suami.

Masa hidup
anak perlukan doa ibu bapa.     
Masa mati
ibu bapa perlukan doa anak.

Di dunia
nasab itu pada lelaki.
Di akhirat
nasab itu pada perempuan.

Sehebat-hebat manusia, bila mati dia tetap perlu orang lain untuk kebumikan jenazahnya.

Setinggi-tinggi ilmu yang manusia ada. 
Dia tetap perlu belajardaripada seorang guru.

Berapa jauh pun seorang manusia itu mengembara. Pasti yang dirindu adalah keluarga.

Walau sekaya mana pun seorang manusia. 
Dia tetap perlu untuk berurusan dengan orang lain...

Seorang General Manager tidak akan mampu uruskan perjalanan premis tanpa general worker.

Seorang raja tidak berkuasa tanpa ada rakyat jelata.

Inilah manusia... Lemah.

Walau sehebat mana pun kita di dunia. 
Walau memegang pangkat dan darjat tertinggi. 
Taraf kita hanya seorang "Hamba".
Lalu kenapa mahu rasakan kita adalah yang terbaik dan terhebat???

Bukankah itu hanya akan membawa kita kepada taraf ujub, riak, sombong dan hina.

Ingatlah wahai diriku dan yang sedang membaca. Iblis itu terlaknat hanya kerana satu sifat... sombong dan merasa dia lebih baik.