Monday, 20 January 2020

20 Bendera Negara Paling Susah Nak Lukis Dalam Dunia


Korang masa darjah satu dulu, mesti pernah komplen bendera Malaysia susah gila nak lukis sebab bintang bucu 14.


Korang patut bersyukur sebab korang bukan budak sekolah Turkmenistan. Kepala hotak nak lukis kain songket kat bendera.


Nombor 2 aku rasa Belize. Kau tengok la, nak lukis dua orang pegang kapak, pegang kayu besbal, lepas tu pokok pulak. Tu amende pulak tumbuhan keliling lambang tu?


Nombor tiga aku rasa Bhutan. Kau tengok, nak lukis kepala naga tu kena pelukis tattoo pro je boleh. Kepala hotak dia. Aku kalau camni memang tak mampu aku nak lukis la. Baik ponteng sekolah tengok Ultraman.


Belarus pun boleh tahan payah. Ni aku rasa siap kepala sampin pun ada. Dia macam Turkmenistan la gak design kain songket tapi tak banyak colour la.


Satu kerja aku nak lukis gambar gandum kat bendera Afghanistan ni. Lepas tu ada masjid pulak. Nak kena tulis kalimah syahadah lagi. Karang salah hukum tajwid termurtad pulak. Kena tembak pulak dengan Taliban.


Bendera Wales ni pun macam Bhutan, suka pada naga. Aku tak tau la apa raja Wales zaman dulu fikir. Nasib baik dah join UK, senang sikit nak lukis.


Ni bendera Mexico. Kepala hotak nak lukis gambar helang makan ular kat atas pokok kaktus. Ni mesti stoned tengah gurun ni. Merapu betul designer bendera ni.


Amerika ni nampak je sempoi, simple. Tapi kau tengok camano kau nak bajet bintang ni tersusun cantik camtu? Menyumpahlah budak2 Amerika nak lukis bendera.


Bendera Sri Lanka ni singa pegang pisau. Kau boleh fikir tak macam mana singa pegang pisau? Singa mana ada tangan doh?


Bendera Swaziland atau baru-baru ni tukar nama Eswatini ni lambang perisai kaum yang duduk sana. Camana kau nak bajet lukisan hitam putih tu?


Bendera Mozambique ni nampak sempoi. Ada gambar buku tanda hargai ilmu, cangkul hargai petani dan paling awesome, ada AK-47 sebagai hargai tentera. Tapi susah gak nak lukis sebenarnya ni. Kau ingat senang ke lukis senapang?


Bendera Iran ni nampak je simple dari jauh. Bila kau zoom in dekat kau tengok ada pulak tulisan khat kat tengah bendera tu. Syiah ni dah la lain macam sikit. Entah apa kalau silap lukis, Ayatollah jatuh fatwa apa nanti.



Bendera Kemboja. Kepala hotak dia nak suruh lukis Angkor Wat? Aku rasa sebab ni la Pol Pot berdendam dengan golongan ilmuwan sebab masa kecik kena balun dengan cikgu sebab tak reti lukis bendera negara.


Satu lagi wakil Asia Tenggara, Brunei. Gambar tangan berdoa tu aku takde hal la, tu payung tu aku tak kisah lagi, tu tulisan khat tu amende pulak? Tapi dak sekolah Brunei kaya, takde hal, boleh upah pelukis.


Bendera Albania ni pun satu hal jugak. Nak kaler warna merah kat celah kepak helang hitam tu mau demam seminggu juga aku.


Bendera San Marino ni nak susah2 buat apa? Patut la negara selalu kalah bola. Suruh lukis bendera susah macam ni, budak sekolah pun down dan tak nak sekolah di San Marino. Baik sekolah kat Itali. Bendera pun senang lukis, main bola pun terrer.


Aku rasa antara punca Perang Balkan serta kenapa Kosovo nak merdeka daripada Serbia sebab kau tengok la bendera dia ni susah macam mana nak lukis? Kosovo people: Ah bendera kau susah nak lukis, baik kitorang merdeka!


Vatican City ni setahu aku paderi je yang duduk. Paderi ni selain menyampaikan agama Katolik, apa kerja lain dorang? Lukis la bendera susah macam ni.


Spain ni aku rasa biol juga nak lukis bendera dia. Patut la Catalan nak merdeka. Mereka punya bendera belang-belang merah kuning. Sempoi je. Ni nak lukis istana la, nak lukis mahkota la. Dah macam roundabout Johor aku tengok ada crown ni.


Korang semua merungut lukis bintang bucu 14. Kau tengok Filipina? Berapa bucu pulak tu? Design la bendera simple-simple sikit. Payahlah kami masa budak sekolah dulu nak lukis.

Nota: Penulis bergurau dan hanya memfokuskan tentang kesukaran untuk melukis bendera negara2 ini dalam konteks seorang kanak-kanak darjah satu. Penulis tidak berniat untuk menghina negara lain apatah lagi mencetuskan masalah hubungan diplomatik.

Sumber: https://twitter.com/comradenami/status/1199710840951164928

16 comments:

  1. bendera Turkmenistan tu cantik...bendera Pulau Pinang pun susah jg..nak lukis pokok pinang..

    ReplyDelete
  2. ada beberapa bendera yang saya tak boleh bukak la cikgu, macam bendera iran, kemboja, vatican city dan kosovo tapi cepat-cepat saya google, sambil baca sambil tepuk dahi memang susah betul bendera negara itu semua.... tak tercapai dek akal huhuhui

    ReplyDelete
  3. Sesungguhny mmg susah.. huhuhu.. baru tahu bendera malaysia pling sng klu nk lukis..

    ReplyDelete
  4. hahahah logik jugak ek! bersyukur jadi rakyat Malaysia! tiberrr

    agaknya diorang ni takde kene lukis bendera kot masa sekolah

    ReplyDelete
  5. hahahaha kita nak lukis bintang 14 bucu pun dah maghoh rasa nak bakar je kertas lukisan haha

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.Syukur jadi rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  7. kan.
    dah senangs sgt dah bendera malaysia kita tu.
    tu pun fail ! aduhai...

    ReplyDelete
  8. adoi...mmg susah pun...nasib baiklah bendera malaysia ni senang dan mudah untuk kita tiru n lukis semula kan...itu pun ade juga yang salah cetak bendera malaysia..itu la kalau anggap semuanya mudah :)

    ReplyDelete
  9. teringat zaman sekolah lukis bendera, ada cikgu ajar tips macam mna nak dptkan bucu 14 pada bintang, dah besar panjang ni, semua men gugel je...

    ReplyDelete
  10. Sesungguhnya mereka ini pasti menyuruh pelukis power yang lukis.. Dan pasti kanak-kanak pula hanya ikut titik2 dan warnakan. Sebab susah gilerrr dowhh.. Hahaha..

    ReplyDelete
  11. tetiba rasa nak melukis bendera malaysia sgt senang padahal dulu stress betul lukis bintang 14 tak jadi-jadi..haha

    ReplyDelete
  12. teringat anak balik sekolah last year kena buat bendera malaysia...Menyumpah mak dia sebab anak bising tepi telinga tak puas hati dapat bucu tak sama dalam gambar...mak siap tunjuk youtube cara lukis bintang 14 tu... mak dia dulu tak kisah bucu comel ke tak...yang penting ada 14 dan siap kerja sekolah...

    https://yamanaimy.blogspot.com/

    ReplyDelete
  13. hahahaha.. sakit la pelajar negara tu. hehe

    ReplyDelete
  14. baik, terus rasa bersyukur darjah 1 dulu kat malaysia. huhu

    ReplyDelete
  15. Haha lukis star bendera Malaysia pun dah terkebil, inikan bendera lain2 tu

    ReplyDelete
  16. hahah speechless di buatnya...xD

    ReplyDelete