Monday, 6 January 2020

13 Jenis 'Whatsapp Reply' Yang Menyakitkan Hati!


Selalu aja bila ber*whatsapp* mesti ada salah seorang dari rakan korang yang suka reply dengan cara yang paling annoying kan? Rasa macam nak 'block' je!

Apa perasaan korang bila dapat reply macam ni? Mesti menyampah, rasa nak baling phone pun ada kan. Jom tengok antara jenis whatsapp reply yang menyakitkan hati:

1. Reply dengan K


Tak tau nak rasa apa bila dapat K aja. Rasa speechless sangat, kalau boleh reply lah panjang sikit. Nampak sangat malas nak layan dekat situ.

2. Bluetick aja dapat

Dah kata nak text kejap lagi tu, so sabar aja lah. Tapi yang jadi persoalannya sekarang, kenapa bagi bluetick tu? Dah baca terus lah reply, haih sedih betul.

3. Dah bertahun baru nak reply



Kalau sampai 7 tahun nak jawab salam tak tahu lah nak cakap apa. Nasib baik kalau simpan lagi nombor, kalau dah buang tu buat malu je nanti kena tanya balik siapa nama.

4. Bila tanya soalan, jawab dengan soalan lain


*Stress*nya lah dapat kawan macam ni kan. Ni kalau tengah tanya soalan penting, memang boleh bawak gaduh tau!

5. Dari tadi typing tapi jawab sepatah aja

Menaip bukan main lama lagi, tapi reply sepatah aja. Kalau tak tau nak type apa, telefon ajalah terus kan lagi senang. Mesej yang nak sampaikan pun clear dan senang nak difahamkan.

6. LOL


LOL ini terdiri daripada pelbagai jenis. Ada LOLS, LULS, LELZ, LULZ tak pun LEL. Tak boleh nak fikir berapa banyak lagi jenis LOL yang ada. Selalunya LOL ini digunakan bila kawan korang tak tau nak jawab apa. Kalau ya pun malas nak layan, jangan lah tunjuk sangat. Sedih tau!

7. Kikiki, comel ke eh gelak macam tu?


Selalu biasa dengar gelak bunyi hahaha tak pun hihihi. Tapi bila kawan jawab bunyi gelak macam ni, maksudnya ni gelak comel ke? Atau pun dia cuba sampaikan mesej lain?

8. Gila emoji, kalau boleh satu set emoji tu dia nak hantar


Yang ni lagi senang, malas nak taip panjang-panjang terus hantar emoji aja. Kalau satu dua emoji tu, boleh lagi terima. Tapi dah beribu sampai macam ni, memang stress!

9. Umm/Urmm/Emm/Mmmm


Tak payah jawab pun lagi bagus kot. Lama betul berfikir, sekali jawapan dia bagi memang best betul!

10. Karangan panjang melebihi 100 patah perkataan


Yang ni pulak, korang tanya satu soalan aja. Tapi dia cerita macam tulis esei pulak. Jenuh pulak nak membaca, hm jawab K je lah balik!

11. Reply dengan satu perkataan aja


Bila tanya soalan, jawab sepatah aja. Nampak sangat tak ada mood nak jawab soalan, tapi kalau nak reply macam ni, baik tak payah reply terus kan. Mesej ini selalunya berlaku kalau ada kes merajuk, especially pasangan yang sedang bercinta.

12. Untunglahhh


Kalau dapat mesej reply macam ni kan, tak tau lah nak kata sama ada kawan korang ni dengki atau apa. Bunyi macam dengki, tapi bila baca banyak kali rasa macam malas nak layan pun ada.

13. Tengah ada serius conversation tapi dapat HAHAHA



Bila korang tengah stress nak kongsi masalah dengan kawan, tapi dapat reply macam ni pulak. Apa perasaan korang ya? Jangan sampai bunuh diri pulak tau!

Ada lagi jenis reply yang annoying? Kongsi dengan Abam Kie di ruangan komen!

Sumber: www.says.com

21 comments:

  1. Some of thia reply are me. Hahaha Tapi lagi sebel kalau bg bluetick je.

    ReplyDelete
  2. kadang kalau jawapan ringkas sangat atau tak balas cuma bluctick mmg rasa annoying gila, lepas tu kadang sya bls balik macam apa yang dia pernah buat hehehhe...

    ReplyDelete
  3. haha dah selalu kena ...kita bagi balik pada orang tu, baru dia rasa sengsara macam apa dia buat pada kita, bagi yang no 3 tu...hahaha

    ReplyDelete
  4. Ada beberapa pernah kena dan juga diri sndri pernah reply cam tu
    hahaha

    ReplyDelete
  5. ikut mood kalau nak reply. Kadang haha kadang k kadang panjang.

    ReplyDelete
  6. my pet peeve yg no. 9 tu. my bestie suka sgt reply mcm tu and suka sgt send one word, enter. one word, enter. padahal English literature degree-holder. mcm nk marah pun ada kdg2 tapi nasib sayang kat member.

    Lifestyle Blog | The Grey Lines Between

    ReplyDelete
  7. tu la kan, menda macam ni memang boleh membawa gaduh. jenuh pujuk hati untuk sabaq. haha

    ReplyDelete
  8. actually dari reply org tu bagi yg alert, boleh baca mood dia masa tu. saya biasa akan pilih, if ada masa chat go on chat, if takda masa or mood, diam je

    ReplyDelete
  9. Tapi bab bagi bluetick tu olaing sakit hati. Hahaha... Yg jawab k tu kan selalu kalau sy tgh marah or merajuk dgn suami memg jawab k jela.. Dia dh dah faham sangat

    ReplyDelete
  10. Yang blue tick tu paling annoying la kot. Dah tengok tak balas2. Huh! Memang boleh mendatangkan kemarahan.. Hahaha..

    ReplyDelete
  11. Lagi sedih kalau langsung tak reply, masatu macam nak unistall whatsapp jek..

    ReplyDelete
  12. memang sakit hati kena bluetick hehe

    ReplyDelete
  13. Bluetick adalah yang paling tragis

    ReplyDelete
  14. alamak...bila bacakan macam kena pada diri sendiri la pulak ...hehehehe..
    kdg2 bukan apa...dah baca, x sempat nak reply...pastu terlupa langsung...nieyl pernah la sekali 2..adoi...rasa bersalah kot...sbb mesti org tu fikir yg bukan2 kan... not good kan..so, 2020 ni kena berubah ya... macam2 hal tapi semua tu mmg betul pun..realitinya..

    ReplyDelete
  15. Dpd cara reply wasap ni boleh x kita judge people? hahahaha... to be discus boleh??

    Yg reply banyak² emoji tu mcm budak² je sbb kalo anak² sy yg 7 thn mmg jenis reply emoji byk²... hahahaha

    ReplyDelete
  16. hahahah sebenarnya memang ramai sangat kawan yang reply wassap macam di atas 🤣🤣🤣

    tapi nombor 7 tu, part kikiki ok lagi...kalo wkwkwkwkwk? rasa2 abam kie macam mana ek dia gelak sebenarnya?

    ReplyDelete
  17. Mesej dengan jawapan balas, nak tergelak baca perkongsian diatas hahaha, memang betul banyak orang banyak ragam hehe, sebenarnya itulah manusia, tak semua sempurna dan tak semua apa kita nak kita akan dapatkan. Janji kita sendiri cuba deliver yang kita mahukan, selebihnya jika sebaliknya mungkin dia dalam keadaan mood tidak okey, husnuzon.

    ReplyDelete
  18. ZumaQQ adalah situs judi online yang menyediakan deposit via pulsa
    Dengan keunggulan tersebut memudahkan membernya dalam melakukan deposit
    Sehingga sangat banyak sekali bettor judi online yang bermain disini
    Agen Domino Terpercaya dengan bonus new member 30%
    WA : +6281263106553

    ReplyDelete