Monday, 29 July 2019

Apabila Kita Makin Berumur



Makin Kita Berumur...

1. Makin kita berumur, solat kita tak boleh lewat,

2. Makin kita berumur, solat kita kena buat berjemaah,

3. Makin kita berumur, solat kita kena banyak, solat sunat kita kena lebih, lebih banyak dari tahun-tahun sebelumnya, 

4. Makin kita berumur, solat sunat Qobliyyah dan Ba'diah jangan tinggal, 

5. Makin kita berumur, buat solat sunat Qobliyyah 4 rakaat dan Ba'diah 4 rakaat waktu zohor, sebab nabi SAW dah bagitau, siapa buat Qobliyyah 4 dan Ba'diah 4, ALLAH haramkan badan dia daripada disambar api neraka, kita tak tau bila hari terakhir kita hidup di atas dunia ni,

6. Makin kita berumur, buat solat sunat witir sebelum tidur,

7. Makin kita berumur, solat sunat dhuha & tahajjud jangan tinggal,

8. Makin kita berumur, paling tidak khatam Al- Quran 2 kali dalam setahun, sehari kena baca Al-Quran,

9. Makin kita berumur, ambillah peluang puasa sunat, paling tidak sebulan sekali, nak cantik, seminggu dua kali,

10. Makin kita berumur, zikir kita kena banyak, kita nak kurangkan bercakap yang tidak berfaedah, kita nak tambah amal, untuk kita di hari akhirat,

11. Makin kita berumur selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw kena banyak,

12. Makin kita berumur, akhlak kita kena jaga...

Sumber: Ustaz Shamsuri Hj Ahmad

10 comments:

  1. inshaallah sama2 memperingati

    ReplyDelete
  2. insyALLAH...mmg terasa pertambah umor sekarang ni...hehehe...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah andai usia semakin meningkat kita jadi semakin dekat (dgn-Nya) bukan semakin menjauh

    ReplyDelete
  4. Betul tu. Saya sendiri pun dah terasa tuanya. Umur pun dah empat siri.

    ReplyDelete
  5. InsyAllah...saya pon tak boleh rasa muda,hari2 makin meningkat usia..terima kasih atas peringatan

    ReplyDelete
  6. terima kasih cikgu atas peringatan =)

    ReplyDelete
  7. Betul sangat-sangat..semakin kita berumur..semakin kita jauh dari dunia semakin kita dekat dengan ajal..terima kasih Cikgu AK perkongsian.

    ReplyDelete
  8. insyaAllah..akan cuba perbaiki mana yg kurang

    ReplyDelete
  9. syukran..diatas peringatan..

    ReplyDelete