Wednesday, 31 July 2019

Anak Kita dan Anak Orang


Anak kita...
Sayang sungguh mereka kepada kita.
I love you mama hampir setiap masa.
Peluk cium tak terkira.
Tapi ketika kita memasak mereka terlentang di depan tv.
Kita yang berpeluh hingga ke kaki.
Lepas makan semua campak masuk sinki.
Kita sorang2 lagi yang jadi kuli.

Anak orang..
Tidak semanja anak kita.
Keras dan kadang2 melawan juga.
Nampak kurang sopan.
Tapi ibunya yang terlentang depan tv tonton drama korea.
Si anak yang keras tadi sedang tung tang2 di dapur menyediakan menu makan malam.
Walau cuma tomyam bodoh plus telur dadar hangit adanya.

Anak kita..
Memang kita selalu berbangga dengan mereka.
Cemerlang sentiasa di sekolah biasa dan sekolah agama.
Semua asrama terbaik ada anak kita.
Naik pentas terima anugerah tak payah cerita.
Tapi bila pulang dari asrama,
hanya di dalam bilik dan di depan tv tempat mereka bertapa.
Ataupun 24 jam dengan hp sahaja.
Kita di dapur macam tunggul tak bernyawa.

Anak orang..
Belajar biasa2.
Jangankan asrama hebat, sekolah harian pun banyak yang ponteng daripada hadir.
Nampak macam tak ada harapan.
Namun tatkala ibu sakit pening, mereka keliling tak berganjak.
Ibu sebut teringin kopi, mocha cuppucino yang depa bagi.

Anak kita..
Berjaya gemilang terbilang.
Hidup senang-lenang.
Tapi senang hanya untuk dia seorang.
Ibu ayah usahkan menumpang.
Nak rasa sekupang dua kupang pun seperti harapan yang hilang.

Anak orang..
Kerja biasa2..
Gaji tidak sebesar mana.
Tapi setiap bulan mereka ingat kepada ayah ibu.
Duit ringgit dihulur sekadar mampu.
Jika bukan duit, pasti beras,gula, kopi yang mereka bantu.
Paling kurang kerahan tenaga membantu mana yang perlu.

Mengapa begitu?
Adakah kerana kita gagal dalam mendidik anak² sehinggakan anak2 kita menjadi sangat selfish dan mementingkan diri?
Mereka hanya berfikir tentang diri dan anak isteri hingga lupa ayah ibu yang menanti?

Atau anak2 orang itu mendapat didikan yang lebih baik daripada anak2 kita sekaligus menjadikan mereka lebih bertanggungjawab?

Jawapannya tidak.
Didikan kita sudah bagus sebenarnya.
Jika tidak mana mungkin mereka mampu cemerlang dalam kehidupan.
Cuma kita tersilap..
Kita mendidik mereka menjadi raja dari kecil.
Kita sediakan kesemuanya kerana kita tidak mahu mereka merasa apa2 kekurangan.
Kita mahu yang terbaik untuk mereka.
kita sembunyikan kesedihan kita.
Kita lindung kepenatan kita.
Kita simpan masalah poket kita.
Kita tutup kemahuan kita.

Kita hanya pamerkan yang indah2 sahaja kepada anak2.
Jadi kita berjaya.
Mereka akhirnya membesar tanpa sempat berfikir bahawa ibu penat.
Ibu juga ada masalah kewangan.
ibu juga perlukan sokongan kamu.
Ibu juga ada kemahuan.
Pada mereka ibu okey2 jer...

Sedangkan anak orang lain mereka tidak membesar seperti anak kita.
Ibu mereka berkongsi rasa sejak mereka kecil.
Ayah belum dapat gaji.
Hari ni makan telur jer.
Mak sakit kepala. Tapi nak pergi klinik macam mahal. Tunggu dululah.
Mak masak ikan dua ekor sahaja. 
Simpan untuk mak sikit!
Kalau tidak jadi batu belah batu bertangkup!
Lapar?
Pergi masak sendiri. Masak lebih sikit untuk mak dengan adik.

Nampak brutal kan...
Tapi kebrutalan itulah yang membentuk naluri seorang anak supaya menjadi anak yang bertanggungjawab kelak!

Oleh itu para ayah ibu...
Janganlah malu.
Berkongsilah realiti dengan anak2.
Supaya mereka tahu dan faham tentang realiti kehidupan.
Mintalah jika perlu.
Sama ada dari segi bantuan tenaga, bantuan emosi mahupun bantuan material.
Kerana itu semua tidak akan mengurangkan level kita sebagai seorang ibu.
Sebaliknya menjadikan kita seorang ibu yang lebih tahu.

16 comments:

  1. singgah rabu
    catatan yang sangat bagus

    ReplyDelete
  2. Terima kasih abam kie untuk post yang bermakna ni.
    Itulah, bimbang tanpa kita sedar..kita mendidik anak menjadi raja, kita merosakkan anak-anak perlahan-lahan tanpa sedar..semoga kita semua tak tersilap langkah.

    ReplyDelete
  3. pengertian yang sangat bermakna

    ReplyDelete
  4. deep ni... ada meaning yg bagus...

    ReplyDelete
  5. Betul tu Abam Kie. Sy juga dr kecil lagi dah hidup serba kekurangan, bila pi sekolah malu mak bapa takda bagi duit, hari2 bawa bekal tapi mak bapa sy kata jangan malu kalau kita hidup susah yg penting tidak mencuri, jujur dan bersyukur slalu dgn apa yg ada.

    Walaupun kehidupan kami tidaklah susah seperti dahulu, didikan dr kecil itulah yg mengajar sy dan adik2 utk bersyukur dgn apa yg ada dan lebih besederhana..

    ReplyDelete
  6. betul abam Kie. hasil didikan dulu, maka anak membesar dan menjadi bapa/ibu sekarang. dalam masa yang sama menjadikan pasangan letih dan penat, seperti tiada masalah baginya.

    jadi anak-anak sekarang baik lelaki mahupun perempuan, harus berkongsi rasa bersama ibu/ayah. agar suatu hari kelak, mereka tidak menghambakan ibu/ayah.

    ReplyDelete
  7. Perkongsian yang menarik ni . Berbeza didikan zaman dulu Dan didikan zaman sekarang

    ReplyDelete
  8. ok saya takda anak lagi hehe

    ReplyDelete
  9. Sharing yg baik..saya dgn anak2 pun try tak jdkan mereka raja, nak manja2 semua ... Ada masa saya letih, saya ckp saja mommy penat ... ada masa saya minta anak2 yg bersihkan rumah ... harap2, kita sbg ibubapa berjaya mendidik anak2 kita sebaiknya ...amiiin.

    ReplyDelete
  10. Betul sangat Cikgu.PC setuju.Kesan unutk masa akan datang tu yang nak dilihat..mungkin masa kecil cuma ibu ayah sahaja yang tahu dan nampak tingkah anak-anak..bila dewasa semakin ramai yang melihat kemudian menilai..moga sayang anak atau lindungi anak tidak hingga menjadi umpatan orang lain juga.

    ReplyDelete
  11. Thanks atas peringatan abam kie...betul tu. Marsha memang dedah anak realiti cuma sakit sikit

    ReplyDelete
  12. Sungguh mendalam. Terkesan di hati ini. Sekarang pon,,tengah berusaha menjadi anak yang terbaik dan berbakti kepada ibu bapa. Terima kasih atas peringatan ini :)

    Btw,saya done follow blog abam:)

    ReplyDelete
  13. Nice sharing abam kie. Sedang berusaha mendidik anak menjadi orang

    ReplyDelete