Friday, 31 May 2019

Sejarah Panggung Wayang Di Kota Bharu


Filem ditayang di panggung wayang gambar atau pawagam menjadi sumber hiburan paling popular pada masa dahulu di seluruh negara, termasuk di Kota Bharu. Di Kota Bharu ada empat buah pawagam terkenal ialah Lido, Odeon, Rani dan Rex. Kesemua pawagam ini telah ditamatkan operasi.

Pawagam di Kelantan lebih dikenali panggung. Maka nama pawagam di Kelantan dikenali Panggung Lido, Panggung Odeon, Panggung Rex dan Penggung Rani. Itu nama-nama panggung yang pernah menggamit kenangan peminat wayang di Kelantan. Di bandar lain di Kelantan pun ada juga penggung seperti di Selising (Pasir Putih), Tumpat dan Pasir Mas.

Panggung wayang di Kelantan mula tidak mendapat sambutan setelah PAS memerintah Kelantan pada tahun 1990. Sebenarnya, tidak berlaku arahan untuk menutup operasi panggung-panggung itu, namun ia ditutup satu demi satu disebabkan tiada sambutan.

Antara punca kurang sambutan ialah disebabkan ‘tekanan’ berterusan pihak kerajaan dan penyokong parti yang menggambarkan menonton wayang gambar di panggung seperti satu dosa dan perkara yang perlu dijauhi.

Keadaan ini sebenarnya berlaku disebabkan wujud amalan tidak sihat di dalam panggung wayang melibatkan pasangan kekasih. Mereka pergi bukan tengok wayang, tetapi buat wayang.

Biarpun perbuatan itu hanya dilakukan sebilangan kecil penonton, namun imej buruknya terpalit kepada semua orang sehingga sesiapa yang ingin menonton wayang dianggap ingin pergi buat maksiat. Imej tersebut, sedikit sebanyak menyebabkan orang tidak berminat untuk pergi menonton wayang di panggung. Tambahan pula ketika itu semakin banyak sumber hiburan melalui televisyen dan pita video mula terdapat di rumah-rumah. 

Satu demi satu panggung di Kelantan ditamatkan operasi. Tapak panggung digantikan dengan bangunan baru. Antara bekas tapak panggung di Kota Bharu ialah Panggung Odeon kini menjadi tapak bangunan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Panggung Rani (pernah dijadikan tapak pasar raya, tetapi kini tempat urusniaga saham), Panggung Rex (Bangunan TNB) dan Panggung Lido kini menjadi tapak bangunan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.

Panggung Lido merupakan panggung terakhir beroperasi di Kota Bharu sehingga sekitar tahun 1996. Selepas itu ada panggung mini beroperasi di Bazar Buluh Kubu, namun tidak bertahan lama.

Sekitar tahun 2016, heboh sebuah panggung wayang bakal dibina dan beroperasi di Kelantan, namun rancangan itu berkubur tanpa diteruskan. Ini bermakna Kelantan bebas panggung wayang gambar selama lebih 23 tahun.

14 comments:

  1. Dengarnya nanti akan ada satu panggung kan Abam Kie di buka..
    KIta ada baca di mana entah..sekarang Kelanta dah maju, patut ada...

    ReplyDelete
  2. wow bertul2 lama kenangan nie

    ReplyDelete
  3. PANGGUNG WAYANG TIDAK TELEVEN DGN SITUASINYA DI SINI KOT

    ReplyDelete
  4. Sekarang kat KL org ramai dah suka blk gi panggung wayang sbb nk tgk filem2 baru

    ReplyDelete
  5. saya pernah tgk wayang kat panggung Lido masa sekolah2 dulu

    ReplyDelete
  6. sebut panggung wayang Lido otomatik teringat poster / banner dia... selalu fikir, pandainya orang yang lukis niiii... sekarang semua dah pakai mesin cetak...

    ReplyDelete
  7. Oo.. banyak rupanya pawagam dekat Kelantan sebelum ni. Tapii dari rugi tiada sambutan baik takyah ada kan. Lagipun dekat sini orangnya bukan nak pergi tengok wayang sangat rasanya.

    ReplyDelete
  8. alahai sebenarnya boleh aje kalau nak tgk wayang jaga adab je.. takpelah takde rezeki mungkin ada hikmahnya

    ReplyDelete
  9. Saya belum mengetahui tentang cerita yang sebenarnya, namun setidaknya ada tambahan pemahaman saya tentang kota Bharu ini, salam dari Indonesia bang

    ReplyDelete
  10. huhu. nasib lah. hari tu dengar kata kerajaan negeri tiada bantahan cuma kena ikut syarat kerajaan negeri. tapi lebih strict dari panggung ganu, so sep panggung tksei ambik risiko. huhuuhuh

    ReplyDelete
  11. Br tahu yg Kelantan xde panggung wYang

    ReplyDelete
  12. Oh baru tahu sejarahnya :) Baru 1 ke 2 kali sampai di KB

    ReplyDelete
  13. Sarie pernah tengok wayang 2,3 kali di Kota Bharu pada tahun 1990 - 1993

    ReplyDelete