Wednesday, 29 May 2019

Bagaimana Nak Jaga Hati Suami Anda?


Sebenarnya, untuk menelaah sama ada teman lelaki atau suami anda berada dalam keadaan marah atau tidak, ia agak sukar. Apatah lagi lelaki suka berdiam diri, berbanding wanita yang lebih gemar meluahkan perasaan dan membebel. 

Realitinya, hati lelaki adalah lembut dan lebih sensitif berbanding wanita. Jika tidak menjaganya dengan betul, marah itu akan berpanjangan. Selalunya, kemarahan lelaki disebabkan wanita tidak tahu puncanya. Apa yang dianggap penting bagi wanita selalu dianggap remeh bagi lelaki, begitu juga sebaliknya.

Walaupun lelaki simbolik kepada kekuatan, mereka sebenarnya mahu dibelai dan turut sama memiliki tahap kemarahan seperti dirasai wanita. Lantas, ketahui beberapa perkara yang mungkin anda tidak perasan menyebabkan suami merajuk.

Sebenarnya, jika anda benar-benar mengenali sifat suami, tidak ada satu perkara pun yang tidak dapat diselesaikan. Kemarahan lebih kepada luahan dan tidak kena tempat sehingga boleh mencetuskan pertengkaran antara pasangan suami isteri. Berikut antara tip bagi menyemarakkan kasih sayang dalam hidup berkeluarga.

1. JANGAN TEPIS PELUKAN

Ketika anda sedang membasuh pinggan atau memasak dan tiba-tiba suami memeluk dari belakang,  jangan sesekali menolak kerana akan menyebabkan suami tersinggung dan merajuk. Biarkan seketika kerana merajuk boleh menggugat kasih sayang.

2. TIDAK MENGGOSOK PAKAIAN KEGEMARAN

Apabila suami sudah mengingatkan anda supaya menggosok baju dan anda terlupa melakukannya, pasti akan menyebabkan dia naik angin. Apatah lagi jika dia terpaksa menggosok sendiri sebelum bergegas ke tempat kerja. Anda akan lihat suami tidak akan bercakap dengan anda. Itu tandanya dia sedang merajuk. Walaupun nampak remeh, tetapi ia boleh menyinggung hatinya. Jadi ambil berat perkara ini agar kemarahan tidalk berpanjangan.

3. TIDAK ANGKAT PANGGILAN TELEFON

Ini antara penyebab anda dimarahi suami. Tidak mengangkat panggilan telefon walaupun suami sekadar mahu bertanya khabar anda di rumah atau ketika di pejabat boleh menyebabkan suami dingin. Keadaan itu berpunca suami berpendapat dia tidak lagi penting dalam hidup anda. Jalan terbaik, anda patut mesej atau telefon suami nyatakan mengapa tidak dapat menjawab panggilannya.

4. BERCAKAP TINGGI SUARA

Ketika bercakap dengan suami, jaga adab. Anda sepatutnya jaga intonasi dan kawalan suara ketika berkomunikasi dengannya. Jangan meninggi suara kerana lelaki tidak suka pasangannya yang bersikap begini. Hormatilah dia sebagai ketua keluarga yang mencari rezeki untuk anda sekeluarga. Jika ketika bercinta boleh bercakap lembut, apa salahnya praktikkan ia setiap masa.

5. LAYAN LAMAN SOSIAL

Ada suami mematikan telefon bimbit anda sebaik berada di rumah. Ini kerana tanggungjawab anda di rumah lebih kepada urusan keluarga Jangan kerana terlalu asyik melayan gajet dan laman sosial menyebabkan anda lupa tanggungjawab sebagai isteri. Suami selalunya bukan cemburu, tetapi anda mungkin akan leka melayan gajet termasuk ketika berada di sisinya.

6. JANGAN TUKAR SIARAN LAIN KETIKA TONTON TELEVISYEN

Ini perkara remeh, tetapi selalu berlaku dan mencetuskan pergaduhan. Jangan menukar rancangan lain sekiranya suami dulu yang sedang menonton televisyen. Apatah lagi jika sedang menonton rancangan kegemarannya seperti bola sepak. Lebih baik anda mengambil hatinya dengan menyediakan secawan kopi atau teh untuknya.

7. TIDAK SEDIAKAN KEPERLUAN KETIKA MAKAN

Bukan niat lelaki untuk memperhambakan isteri Tetapi kebanyakan lelaki gemar makan masakan yang dihidang isteri. Walaupun hanya segelas air, ia sudah cukup membuatkan suami tersenyum bangga. Apatah lagi pelbagai jenis hidangan lazat berada di atas meja dan anda juga menceduk lauk ke pinggan suami. Pahala dapat, keluarga juga bahagia.


Jadi bagaimana puan2? Selepas ini pandai2lah jaga hati suami masing2 agar mereka tidak berkecil hati. Selamat mencuba tips yg abam kie kongsikan ini. Semoga ianya bermanfaat. Terima kasih.

14 comments:

  1. InshaAllah...setiap hari belajar perbaiki diri..

    ReplyDelete
  2. cikgu, tolong baut part 2 utk entry ni...rs mcm x ckp laa pulak haha

    ReplyDelete
  3. Nice sharing abam kie. In sya Allah masing-masing cuba perbaiki diri untuk kebahagiaan yang berpanjangan

    ReplyDelete
  4. Tapi no 6 tu Mrs. A selalu buat huhuhuhu...

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas perkongsian tips ini, abam kie

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah, setakat ni takde lagi buat benda2 atas tu sepanjang duduk bersama dua tiga tahun dulu...bila da PJJ balik, lagi la takde buat...hahaha...cuma ada la masanya dia stressed atau moody, kita faham dan tak bagi tambah serabut...

    ReplyDelete
  7. Sebab tu bila ditanya,sampai bila puan isteri nak bersabar dgn perangai encik suami? Ustazah Asma Harun jawab


    " SABARLAH SAMPAI MATI " .

    Perkongsian yang menarik.tahniah.

    ReplyDelete
  8. owh,macam ni rupanya..maaflah tak kahwin lagi,tak tahu perkara macam ni

    ReplyDelete
  9. banyak kebenaran disitu..kikiki..

    ReplyDelete