Friday, 5 April 2019

Dapat hadiah pengomen tegar blog Shikin Razali


Assalamualaikum.. Tetiba pada suatu hari pada bulan Februari tergerak pintu hati Abam Kie untuk BW ke blog Shikin Razali. Kami ni sama2 masuk group Blogger Pantai Timur jadi memang dah lama kenal di alam maya ni. Terbaca entri terbaharu beliau mengenai top commenters pada bulan tersebut. Macam tak percaya aja bila dia senaraikan Abam Kie sebagai salah seorang pengomen tegar blognya. Nape tak percaya? Sebab bila tgok kat widget tu nama abam kie dalam top ten je. Bukannya dok atas podium pun! Terus Abam Kie tepuk pipi yg tembam ni. Memang terasa sakitnya. Tapi masih lagi tak caya. Terus abe kie PM shikin nak minta kepastian. Dia jawab memang betul la abam kie terpilih sebagai salah seorang pemenang! Alhamdulillah. Tahun ni belum pernah menang GA atau segmen ke apa...Tetiba Allah bukakan hati Shikin untuk beri sedikit cenderahati kat abam kie.
 
Memang la abam kie selalu berkunjung ke blognya tapi x la banyak komen yg ditinggalkan. Mungkin shikin pilih abam kie sbg salah seorang pemenang diatas kerajinan abam kie komen di blognya biarpun bukan yg paling banyak.
 
Pada bulan Januari 2018 Shikin ada buat blog review untuk abam kie. Terasa glamer jap bila ada rakan blogger yg sudi buat review. Naka harap masuk TV, majalah, akhbar memang tidaklah rasanya. Kalau nak baca blog review tentang Abam Kie tu boleh klik di SINI.
 
Nak tahu siapa itu Shikin Razali? Beliau merupakan seorang Pembantu Pustakawan, seorang perawat urut terapi buang angin bagi wanita dan seorang blogger. Pada hari Sabtu dan Ahad dia buat part time sbg tukang urut untuk wanita tau! Jadi kalau anda tinggal di sekitar Salak Tinggi, Cyberjaya, Dengkil, Putrajaya dan kawasan yang sewaktu dengannya boleh la PM beliau. Perkhidmatan urutan ini boleh dijalankan di rumah anda atau anda boleh gak pergi ke rumahnya. Bayaran setakat ni rasanya harga mampu bayar gitu!
 
Pada minggu lepas papan lukisan yang dikirimkan oleh Shikin telah selamat diterima. Terima kasih banyak2 Shikin… Semoga dimurahkan rezeki, disihatkan tubuh badan dan pnjang umur untuk beribadat kepada Allah s.w.t. Aamiin..
 
Jadi kepada rakan2 blogger yang ingin berurusan dengan Shikin Orang Ganu Kite, boleh je hubungi beliau melalui emel starlavender.luna@gmail.com atau terus ke blog beliau iaitu http://www.shikinrazali.com/

21 comments:

  1. Happy kan bila dapat hadiah. Tahniah abam kie

    ReplyDelete
  2. Seronoknya....
    nieyl selalu juga kunjung blog kak shikin ni...
    dekat fb pun selalu juga berbalas komen...
    actually, tempat tinggal nieyl dgn k.shikin ni x jauh mana pun..
    cuma tu la belum berkesempatan lagi nak jumpa sembang²...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. Tahniah Abam Kie.. Shikin memang rajin memberi.. Semoga murah rezeki beliau.. Aamiin..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah tahniah Cikgu AK.

    ReplyDelete
  5. Bestnya abam kie dapat hadiah....tahniah

    ReplyDelete
  6. wahhh tahniah abam kie! Cantik hadiahnya

    ReplyDelete
  7. TAHNIAH CIKGU AK SUKANYA DAPAT HADIAH

    ReplyDelete
  8. tahniah abam kie. tambah bahan bacaan lagi

    ReplyDelete
  9. Tahniah! teringat pulak dapat kopi dari Abam Kie tak lama dulu

    ReplyDelete
  10. Lama dah tak jadi top pengomen blog

    ReplyDelete