Monday, 8 April 2019

Ada apa dengan Kelantan?


Walaupun ada beberapa pihak yang cuba memburukkan imej Kelantan, secara peribadi saya sangat menyukai Kelantan dan orang2 nya. Kalau ada yang tanya, saya suka tinggal di mana selepas tempat kelahiran sendiri? Saya pasti akan jawab *KELANTAN!* 

Kelantan tempat saya membesar dan belajar selama 6 tahun. Saya sempat naik bas mini 30 sen dari Kubang Kerian ke Kota Bharu dulu masa saya kecil. 
Ntah kenapa saya dan keluarga sangat tenang bila berada di negeri *Budu* ini. ☺

Antara kebaikan rakyat negeri Kelantan yang saya rasai dari dulu sampai sekarang:

1.    Orang Kelantan sangat dahsyat dalam bab-bab memuliakan tetamu !!!
 Rata-rata rumah sahabat yang pernah saya tidur, saya betul-betul dapat rasakan keikhlasan mereka dalam melayan tetamu dan sentiasa cuba berikan yang terbaik walaupun mereka bukan dari keluarga yang senang. Apa sahaja makanan yang kita nak, ke mana sahaja kita nak pergi, mereka akan cuba beri yang terbaik dengan begitu bersungguh penuh senyuman.

Kadang-kadang saya cukup segan bila tengok makcik tua yang dah sakit terbatuk-batuk sanggup masuk dapur masakkan kita makanan awal pagi lagi. Tapi bila nampak kita, dia senyum aje sembunyikan susah dan penat dia demi meraikan kita.

2.    Orang Kelantan sangat pemurah dalam memberi..!!

Ramai orang sana yang saya tahu dalam bab memberi sumbangan bukan kecil-kecil angkanya.Walaupun mungkin ada yang tidak kaya harta, tetapi mereka kaya jiwa dan tak lokek memberi. Sebab tu kat Kelantan banyak pusat pengajian yang hidup dengan sumbangan masyarakat sekitar.

3.    Orang Kelantan ramai jutawan senyap. Ini memang kelebihan unik orang Kelantan. Ramai yang saya temui hidup penuh sederhana, rumahnya macam jiran-jiran sebelah, keretanya biasa-biasa, penampilannya cukup sederhana, gaya sembang macam tepi warung, tapi rupanya taukey besar yang banyak menyumbang ratusan ribu atau jutaan ringgit pada ummah. Mungkin orang Kelantan tak berapa gemar melaram macam orang bandar, tapi “cash power” mereka tinggi!

4.    Orang Kelantan suka membantu. Saya ada ramai sahabat dari Kelantan. Walaupun orang kata orang Kelantan ni suka berpuak-puak, tapi selagi tak kacau atau tak bermusuh dengan orang lain, apa salahnya? Orang Malaysia pun kalau duduk luar negara lebih selesa bergaul dan duduk dengan orang negara sendiri kan? Tapi apa yang saya dapati dari sahabat-sahabat Kelantan saya, bila mereka membantu memang Masya Allah macam keluarga sendiri kita dibuatnya. Mereka boleh berkongsi dengan senang hati apa yang mereka ada dengan kita.

5.    Walaupun Kelantan takde wayang macam Penang, bukan bererti Kelantan takde hiburan. Apa kaitan wayang dengan kemajuan sampai nak samakan dengan Taliban? Saya tak pernah rasa jemu duduk di Kelantan. Apa yang kita nak, banyak sahaja boleh kita dapat kat sana. Bukan Penang je syurga makanan, Kelantan pun banyak makanan sedap sedap. Apa kurangnya nasi dage, nasi kghabu berbanding nasi kandaq? *(Saya lagi suka dage 🤭)* Yang paling nikmat bagi saya, kat Kelantan tak pernah risau makanannya halal atau tidak sebab pengusahanya hampir semua muslim!

6.    Walaupun ada yang kata Kelantan negeri susah, tapi orang Kelantan cukup banyak rumah banglo besar atau kecil yang selesa. Ramai yang ada tanah dan rumah sendiri. Saya rasa Kelantan antara negeri yang paling sedikit atau paling susah saya nak jumpa rumah flat.

7.    Orang Kelantan macam orang Arab, jenis yang “nature”nya suka berniaga. Saya cukup seronok bila tengok perniagaan kat sana hampir semuanya diusahakan orang Islam. Orang kerja kerajaan pun ramai yang seronok nak berniaga walaupun mungkin ada yang untungnya tidak besar. Orang Kelantan yang berniaga di luar Kelantan juga ramai.

Cukup kot saya sebut 7 kebaikan Klate. Banyak lagi sebenarnya kebaikan Klate dan orangnya yang saya yakin pembaca semua  boleh senaraikan..!

Sumber: Dr. Kamilin Jamilin

14 comments:

  1. Kelantan tetap di hati. Pergi jauh mana pun tetap balik sana. Mak ayah saya orang Kelantan.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..Moga setiap nilai murni yang ada dipelihara agar tidak terhakis atau dilupus pada masa akan datang..jaga dan pertahankan..untuk terus diwariskan.

    ReplyDelete
  3. Saya paling suka makanan Kelate. Dah lama betul tak ke Kelantan ni. Last sekali pergi tahun 2012 rasanya. Kena menabung sakan untuk ke sana ni

    ReplyDelete
  4. Orang kelantan memang power..

    kawan saya ramai yang beristerikan orang Kelantan hahahaha

    ReplyDelete
  5. Memang dah terbiasa baca benda tak elok pasal ore Klate jugak. Tapi, buat tak tahu jerlah, asalkan kita tau kita tak buat benda tu. Apapun, terima kasih untuk entry yang baik2 pasal Klate ni.
    #sayoAnokKlate

    ReplyDelete
  6. Ceruk mana pun di negara kita ni
    Ada orang Kelantan.
    kat sini dah ramai Jawa Kelantan.

    ReplyDelete
  7. pernah jadi 'anak kelantan' setahun ms belajar di KB... part paling sy suka adalah pergi pasar pagi kat Kedai Lalat tiap2 jumaat hahahahaha

    ReplyDelete
  8. Adik ipar Mrs. A orang Kelantan yang rajin dan baik hati eh! tetiberrr...

    ReplyDelete
  9. besfren mama org kelantan. pernah ikut 2 kali kawan mama balik kelantan. mmg peramah dan best2 berkawan dgn diorang

    ReplyDelete
  10. Walaupun ada yang tak suka warga Kelantan tapi mojaritinya yang tak suka tulah yang gemar mai memerjah jemari hehe

    ReplyDelete
  11. eee tak sabarnya nak pergi kelantan hujung minggu ni!

    ReplyDelete
  12. Setuju orang kelantan sangat friendly. Biasa bergaul dengan mereka.

    ReplyDelete
  13. belum berkesempatan jejak kaki ke kelantan lagi..

    ReplyDelete