Friday, 26 April 2019

Cintaku di Seberang Tambak


Assalamualaikum kepada kawan2 yang kacak dan jelita! Korang ape kabo? Sihat? Malam minggu ni apa nak buat? Bersantai di ruang tamu je ke? 

Abam Kie nak tanya satu soalan kat u gals and guys boleh??? Siapa kat sini pernah pergi ke Singapore? Angkat tangan! Hahahaha.. Kalau korang angkat tangan sekalipun, Abam Kie bukan dapat tengok pun kan … Best kan bila dapat travel pergi negara orang ni. Dapat belajar macam2 lah. Dapat belajar pasal budaya penduduk kat tempat yang kita pergi tu. Dan yang paling best sekali, kita dapat kenal dengan ramai kengkawan baru tau! Tak semestinya dengan penduduk tempat destinasi pelancongan yang kita pergi tu, kadang-kadang kita boleh dapat kawan baru masa kat airport tengah-tengah tunggu travel agency untuk jemput kite tu, tup2 jadi kawan kite sampai bila-bila. Tak pun, entah-entah terselit jodoh2 kita kat negara yang kite dok pi travel tu ke kan? Orang kata, sambil menyelam sambil minum air. Hehehe.. 2 in 1 lah kann..


Abam Kie cadang nak pergi travel ke Singapore la pulak! Nak explore tempat2 yang best kat sana. Kawan Abam Kie bernama Razaq Desker yang dok di Singapore tu dah beberapa kali datang melawat Abam Kie di Kelantan ni. Yang last dia datang pada Raya Puasa tahun lepas. Dari apa yang dia cerita lah kan, Singapore ni kire kotaraya yang syiokkk sungguh bila bab2 travel ni tau! Jom kita cari sesama pasal Singapore. Salah satu benda yang paling menarik pasal Singapore ialah public transport die memang tiptoplah. Korang boleh pergi sekitar Singapore dengan naik MRT je tau.Kalau kat KL jangan harap la korang nak bergantung kepada pengangkutan awam! Singapore tu bandaraya global metropolitan tau.. Dengan kedudukan dan plan bandar yang strategik menjadikan Singapore sebagai satu tempat pelancongan yang terkenal dan sering dilawati para pelancong dari seluruh dunia. Korang kalau pergi memane kan, mesti korang akan cari tempat tinggal yang dekat dengan tempat transport, betul tak? Kat Singapore, bab2 transport ni memang senang nak sampai lah. Settle dah bab tu. Lagi satu, Singapore ni terkenal sebagai taman dalam bandar sebab ada tarikan seperti Marina Bay, Gardens by the City dan macam-macam lagi lah. 


Jadi, Abam Kie pun teruslah google, search book cheap Singapore hotel. Iyelah, nak pegi travel ke mana-mana, mestilah nak kena ada jadual perjalanan kan? nak gi mane, buat ape, naik ape dan macam-macam lagi lah. Nak2 lagi bile bab tempat tinggal ni sensitif wooo… nak kena pilih tempat yang selesa and harga mampu bayar! Pada masa yang sama dekat dengan semua pengangkutan awam… lagipun nak pegi berjalan ni kena pandai buat bajetlah kan.. kang tetibe terlebih pulak bajet, pastu ongkos pulak takdek.. ngam2 tu je yang dok simpannya… so, nak buat camne? takkan nak pergi niaga pulak kan.. so, paling penting u guys kena pastikan segalanya cukup tanpa sebarang masalah lain yang akan timbul pulak nanti kan? So, orang kata mencegah lebih baik dari mengubati. Mana yang boleh dielak tu, elakkan la, ok?


Haaa.. berbalik kepada carian Abam Kie tadi… Abam Kie ada nampak satu carian yang memang Abam Kie tertunggu-tunggu punyelah. Cheap concorde hotel Singapore booking nii haa. Book now and you can get discount until 15% for every reservation. Jadi takkan lah nak tunggu lama-lama kan? Memang grab teruslah kan.. Kang dah habis kang, nangislah uolss kat bucu katil sekalipun, memang uolss takkan dapat punyalah.. Lagi satu, kat area hotel tu dah dekat dengan semua benda dan terutama sekali pengangkutan awam lah kan… Kan kan? Antara sebab kenape kita kena book time tengah ade promo ni kan sebab yang paling utama kita dapat harga yang rendah dan berpatutan kan? Lagi satu, yang paling penting kita dapat menjimatkan kos perbelanjaan kita nak pergi travel tau sebab tempat tinggal kita kat sana pun memainkan peranan yang sangat2 amat2 penting bile travel ni. Sebabnya kita dah penat2 jalan2, iyelah nama pun travel kan… Dah penat2 travel tu, balik hotel memang nak tidur terus la kan.. Mesti dalam kepala nak 'landing' kat tempat yang best lah kan…. Itu sebab kena pilih tempat tidur yang syiokkkan … Alang2 tengah dapat harga baikk punye niii.. Memang terus book la yeoppp… Kannn Kannnn….


Bila dah pi Singapore tu jangan la lupa gi melawat pejabat Traveloka kat sana. U all memang tahu kan Traveloka ni adalah portal unggul untuk menempah tiket kapal terbang dan bilik hotel? Haa... Tunggu ape lagi gals and guysss… Cepat2 pergi check.. Mana tau u all pun ada rezeki nak join macam Abam Kie la kan? Jangan tunggu lama2, nanti diambil orang… See you guys.. Take care.. 

21 comments:

  1. best..pi le the garden...konsep garden dengan tumbuh-tumbuhan yang beraneka jenis.

    ReplyDelete
  2. Dulu kecik-kecik kerap PC ke Singapura sebab maklong PC duduk di sana..sampai sekarang pun masih tinggal di Singapura..cuma PC je yang tak ke sana selalu bila balik kampung sama-sama janji jumpa di kampung.

    ReplyDelete
  3. Abam kie pi dulu,nanti saya akan pergi lagi.

    ReplyDelete
  4. penah pegi tp lama dah. USS lom wujud lg ms tu😆

    ReplyDelete
  5. Wah bestnye... nanti dh pi jgn lupa buat review yer share2 pengalaman

    ReplyDelete
  6. Wowwww..kita pun nak juga ke SG ni, tengah plan juga gan geng...
    Walaupun sebelah aje gan Johor, tapi fikir kalau jemnya tu...adeii bercinta dalam kereta aje laa hahahaha

    ReplyDelete
  7. lama dah tak jenguk singapore ni. boleh dah plan slow2 ni

    ReplyDelete
  8. Tak pernah pergi lagi ni..

    ReplyDelete
  9. tak pernah pergi,dengar dekat sana undang-undang dia strict betul

    ReplyDelete
  10. simple je pejabat traveloka ni

    https://www.farhanajafri.com/

    ReplyDelete
  11. Dulu2 masa muda2 selalu turun Spore
    Sekarang rasanya dah tak berbaloy dan tak mampu milik
    Mata wang Spore tinggi

    ReplyDelete
  12. kita pun teringin nak jalan2 singapore...da ke sana dua kali, first masa degree, ikut rombongan kampus...second tahun lepas, tapi as transit je...merasa la jammed dekat CIQ tu kejap..hahahah

    teringin nak travel yang betul2 dan santai pulak kat sana..

    ReplyDelete
  13. bestnya weiii. next year arr plan jalan luar negara.

    ReplyDelete
  14. wah... abam kie cam menariknya g singapore ni...

    ReplyDelete
  15. Bestnya abam kie kalau dapat berjalan ke singapura kan. Nak kena lebih gigih menabung ni

    ReplyDelete