Wednesday, 17 April 2019

8 Jenis Tabung Ibu Bapa Perlu Ada


Assalamualaikum. Pada hari ini Abam Kie ingin berkongsi mengenai 8 jenis tabung yang perlu dimiliki oleh ibu bapa agar dapat menjamin hidup yang lebih sempurna apabila berlaku musibah atau kematian kelak. Tabung2 ini amat perlu bagi meneruskan kelangsungan hidup anak2 dan isteri yg ditinggalkan. Jom semak tabung2 tersebut?

1. Tabung Kecemasan
 ✅ Tabung kecemasan dalam 3-8 bulan dari gaji/komitmen bulanan. Simpan di tempat yang mudah dicairkan apabila memerlukan ie ASB.

2. Tabung Bunian

✅ Konsep tabung bunian adalah force saving. Simpanan secara konsisten setiap bulan. Masuk boleh, keluar tidak boleh unless untuk kembangkan aset atau dah achieve objektif nya ie pelajaran anak-anak, modal beli hartanah, etc.

3. Tabung Holding Power

✅ Ramai yang pandang ringan tabung ni especially tidak nampak long term kelebihan tabung ini. Tabung ini digunakan apabila berlaku ancaman kewangan terutamanya ke atas ketua keluarga. Tabung yang juga berfungsi untuk debt cancellation/income replacement/hibah apabila berlaku ancaman kewangan ie kematian, cacat kekal dan sakit kritikal. 

4. Tabung Perubatan

✅ Tabung Perubatan seeloknya diambil ketika anak-anak masih kecil kerana bayaran lebih murah dan risiko direject lebih rendah. Untuk mak ayah pun semuda mungkin. Namun utamakan tabung holding power dahulu sebelum tabung perubatan.

Kenapa? Worst case scenario ie bila berlaku ancaman kewangan, masih ada hospital kerajaan. Namun, hutang anda siapa yang nak bayarkan? Takkan nak harapkan waris menanggung hutang yang anda tinggalkan?

5. Tabung Simpanan/Pelaburan

✅ Sifu saya pernah pesan, simpanan dan tabiat anda sekarang akan menentukan kedudukan kewangan anda 5 tahun akan datang. Dari tabung pelaburan inila anda boleh gunakan untuk pelaburan ie asb, tabung haji, saham amanah, koperasi, saham dan pelbagai lagi.

6. Tabung Percutian

✅ Life pun kena enjoy juga kan? Bina tabung percutian untuk keluarga, special moments dan santaikan fikiran dan releasekan tension. Ikut bajet yang ada. Cuti-cuti Malaysia pun apa salahnya kan?

7. Tabung Umrah dan Haji

✅ Tabung ni kena ada, bagi menunaikan haji berkemampuan dan umrah sekiranya belum atau nama belum dipanggil.

8. Tabung Sedekah

✅ Hidupkan untuk memberi. Insha Allah dimurahkan rezeki. Cara paling mudah sedekah masjid ketika solat jumaat ataupun tanyakan cikgu anak anda jika anda ada anak murid yang perlu dibantu. Besar pahalanya bantu anak-anak untuk belajar.

So, camne dah ada belum tabung-tabung di atas?

KONGSI jika bermanfaat

#konsisten
#fokus
#iycsbapprentice
#PowerKewanganPowerPelaburan

~Iman AJ~
Apprentice IYCSB and Financial Consultant
wasap.my/60139263127

25 comments:

  1. Bila nampak tujuan baru rasa seronok nak menyimpan.

    ReplyDelete
  2. pengkongsian yang menarik Tabung Bunian je belum wujud lagi InsyAllah lepas baca ne bakal wujud Tabung Bunia

    ReplyDelete
  3. Ala......banyaknya tabung Abam Kie tapi tuh la nak menyediakan tabung tuh okay je nak consistent make sure semua tabung tuh berisi yang jenuh nak direalisasikan huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  4. bagus abam senarai kan macam ni mama selalunya semberono aje haha.. tabung buniah tu rare la.. ingatkan sama dgn duit kelepet

    ReplyDelete
  5. bgs la kalau buat mcm ni...
    Nieyl dah lama pasang angan-angan nak buat tabung² mcm ni...
    tapi belum terlaksana lagi...

    ReplyDelete
  6. Saya pun ada banyak tabung di rumah ni, tapi tak spesifik macam abam kie buat. Memang bagus menyimpan ni dengan ada tujuan tertentu, setidaknya akan rasa konsisten dan nampak hasil akhirnya kelak.

    ReplyDelete
  7. Mendidik pengurusan kewangan pada anak-anak.

    ReplyDelete
  8. Menabung subjek yang tidak begitu ditekankan di sekolah.

    ReplyDelete
  9. Semoga anda telah berjaya mendidik anak-anak muda menabung.

    ReplyDelete
  10. ada tabung,tapi tak sampai sebulan dah korek balik,haha =)

    ReplyDelete
  11. Oo..bagus juga ada tabung² camtu cuma tabung bunian tu tak pernah dengar hehe

    ReplyDelete
  12. betul tu.. kita kene ada simpanan..

    ReplyDelete
  13. wahhh byk tabung Abam Kie. buat masa ni sy baru ada 4 Tabung je (tabung kecemasan, tabung perubatan, tabung simpanan & tabung sedekah). nak kena upgred tabung lagi nmpknye ni hehe

    ReplyDelete
  14. betul tu.. kena lebih rajin menyimpan bila dah bekerluarga...kalau boleh perbelanjaan pun kena cuba rekod. dari situ boleh lihat mana2 tempat yg terover belanja dan boleh dikurangkan...boleh rekod dlm hp..

    ReplyDelete
  15. Alamak..dalam banyak-banyak, tabung sedekah tak ada. Tak pernah terfikir pun nak kena wujudkan tabung sedekah...hurm...boleh diusulkan kepada ketua keluarga nanti....

    ReplyDelete
  16. Banyak rupanya jenis2 tabung ni. Ana ada beberapa je dr semua tu.

    ReplyDelete
  17. Bagus info ni. selalu Eyda cuma ada 3 tabung je. Itu pun kadang-kadang tergeliat jugak nak simpan

    ReplyDelete
  18. Inspiratif sekali ...
    Menabung dengan cara dipilah di tabung yang berbeda.

    Tabungnya fungsional, selain berfungsi untuk menanbung, juga dapat memperindah dekorasi ruangan

    ReplyDelete
  19. tabung bunian tu pernah cuba buat...memang puas hati dengan hasilnya...tapi da pakai habis...nak kena start balik la semua jenis tabung tu..

    ReplyDelete
  20. aii, bnayk tkdp dari ado ni. 8 tabung, sero mek ad 3 tabung je tuh. matikkkkk

    ReplyDelete