Assalamualaikum. Abam Kie sebenarnya sudah menulis blog sejak 2007 yang lampau. Ni dah masuk 12 tahun menulis blog. Cuma Abam Kie aktif menulis selepas Nov 2012. Boleh tengok entri pertama di blog ini untuk mengetahui sejarah penulisan abam kie di platform blogger ni. Pada tahun 2007 abam kie giat menulis di wordpress tapi bila mengetahui blog di platform tersebut kurang mendapat sambutan dan komen maka abam kie berpindah ke blogspot. 

Bila dah menulis di blogspot ni, barulah abam kie mula2 memohon jadi publisher untuk iklan2 Nuffnang dan Advertlets tapi hasil daripada kedua2nya sangat kurang menggalakkan. Lalu Abam Kie memohon iklan Adsense. Mujur diluluskan dengan cepat. Pernah kutipan duit di Adsense tu hampir mencecah USD90 tetapi malangnya tetiba akaun Adsense abam kie disekat atau 'ban'! Geram sungguh. Bila rezeki hampir di depan mata tetiba je ia diragut oleh peraturan yang berat sebelah. Abam Kie teraniaya, tau! Huhuhuhu...Hanya mampu menangis di bucu katil...

Tetapi abam kie tidak terus meratapi nasib malang itu tapi sebaliknya bangkit dari kegagalan dan terus meletakkan iklan Adsense di blog tercinta ini. Alhamdulillah. Rezeki tak pernah salah alamat. Kalau dah rezeki kita tak ada siapa yg boleh halang kecuali Allah s.w.t. Pada 21 Feb 2019 abam kie dapat emel dari Google Singapore yang memaklumkan USD100 sudah dikreditkan ke dalam akaun Maybank abam kie. Ingatkan esok harinya boleh terus dapat duit tu. Tapi kena tunggu 3 hari gak baru payment released...

Jadi di sini Abam Kie ingin mengucapkan ratusan terima kasih kepada semua pengunjung blog abam kie yg sudi mengelik iklan2 yg ada kat situ. Tanpa kerjasama dan sokongan kalian, tak mungkin abam kie berjaya mendapat bayaran dari Adsense ini. Kepada kwn2 blogger yg masih belum menerima bayaran Adsense diharapkan terus berusaha dan bersabar. Jika Abam Kie boleh bersabar sampai 7 tahun, kenapa tidak anda?