Untuk dia yang bernama SURIRUMAH....

Bila dia baring, orang kata dia suka tidur. Rupa sememeh macam hantu kak Limah. Yang orang tak nampak, dari pagi dia bangun siapkan anak, ambil/hantar anak sekolah, kemas rumah, masak, basuh baju, cuci jamban. Petang baru ingat nak makan nasi. Check homework anak. Malam-malam tak cukup tidur jaga baby. Bangun awal, tidur lewat. Tapi kerja tak habis-habis.

Bila anak buat perangai, rosakkan barang. Orang kata dia 'tak jaga' anak. Yang orang tak nampak, selama ini berak kencing anak, dialah yang cuci. Makan pakai anak, dialah yang masakkan, suapkan, sediakan. Sakit pening anak, sampai masuk wad, dialah yang tak tidur malam. Anak mengamuk, dialah yang pujuk. Semua, dia yang 'jaga'.

Balik kampung hujung minggu. Bangun pukul 8 pagi orang dah kata pemalas. Orang lain bangun pukul 12 tengahari tak apa, sebab orang lain kerja, penat. Surirumah 'tak kerja'. Yang orang tak tahu, malam tadi dia cuma tidur 2-3 jam je sebab sekejap-sekejap terjaga anak nak menyusu, sekejap-sekejap anak ajak pergi toilet. Badan habis lenguh-lenguh lesu.

Orang tengok anak dia kurus, orang kata tak bagi makan ke? Yang orang tak tahu, sebenarnya dia sendiripun dah buntu. Masaklah sesedap manapun. Anak tetap tak mahu makan. Nasi dengan telur kicap juga yang dihadapnya.

Orang kata dia untunglah, nak apa semua suami boleh beli. Cincin di jari, baju kasut berganti. Yang orang tak tahu, itu semua dia beli guna duit dia berniaga. Sekali sampai 2-3 bisnes dia pulun sampai tak tidur malam.

Orang kata dia untunglah tak kerja. Boleh buat bisnes full time. Yang orang tak tahu, sambil dia layan customer, sambil kacau gulai dalam periuk. Sambil update Facebook, sambil menyusu anak. Lepas pos barang customer, singgah kedai pula beli barang dapur.

Orang kata dia kaki Facebook. Tangan tak lekang dari handphone. Yang orang tak tahu, dia, kawanpun tak ada. Dalam satu hari cuma borak dengan anak. Dengan kucing. Dengan dinding. Paling hebatpun cakap dengan tokei dekat pasar, "Ikan ni berapa sekilo?" Seluruh kehidupan dia cuma ada suami, anak, rumah.

Orang selalu cakap, cemburu dengan dia. Sebab dia bestlah dapat duduk rumah. Muka pun hari-hari senyum, tak pernah komplen apa-apa. Yang orang tak tahu, waktu dia dalam bilik air, sebanyak mana air yang mengalir, mungkin, sebanyak itu jugalah air matanya mengalir.

Surirumah:
Standby 24 jam. 7 hari seminggu. Tak pernah ada cuti. Tak ada istilah 'MC'. Sehebat manapun skill dia, tak pernah naik pangkat. Tak pernah dibayar gaji.

Surirumah:
Semulia-mulia pekerjaan. Tapi tak pernah terpilih.

Tak apalah. Sebab ALLAH Tak pernah memilih.

Surirumah.
Sabarlah...ALLAH sayang.

Credit: Eida Hidayati Hassan

20 Comments

  1. Setuju tu kerja seorang surirumah adalah pekerjaan yang tak akan habis-habis.
    Sekurang-kurangnya kerja di pejabat tu ada juga penghabisannya dah siap rilex nest boleh sambung esok.

    ReplyDelete
  2. PC suri rumah..dapat rezeki bekerja..kemudian tidak bekerja jadi suri rumah sepenuh masa semula.Walau bekerja tetap jadi suri rumah.Suri rumah sentiasa ada kerja.Kalau dikira anggapan umum..mereka lebih mengagumi wanita keluar bekerja barbanding wanita suri rumah.Pengalaman sendiri,seolah ada layanan berbeza.Mungkin segelintir orang berpendapat...suri rumah bukan sesiapa dan tiada apa yang dibangga..bila ditanya anak kau kerja apa..ada ibu bapa malu nak jawab suri rumah..tapi bila bekerja..orang tak tanya dicanang ke mana-mana.

    ReplyDelete
  3. Betul.. biarpun belum kawin. Izin share ye abam kie

    ReplyDelete
  4. Dapat senyuman dari mereka yang balik ke rumah setiap hari pun dah boleh buat surirumah rasa hilang semua keletihan yang dia tanggung dalam seharian bertugas :)

    ReplyDelete
  5. Bab anak kurus tu I dah merasa. Padahal anak kita masa baby tu chubby je. Ba melepasi usia 2 tahun tu start lasak, kuat bermain dan cerewet makan.

    ReplyDelete
  6. Hebatnya seorang yg bergelar suri rumah, jgn pandang sebelah mata :)

    ReplyDelete
  7. Tak hairan kalau kadar tekanan surirumah antara yang tertinggi :(

    ReplyDelete
  8. Saya salah seorang surirumah yang abam kie cakap tu... Tapi situasi sekeliling saya tak seperti yang abam kie cakap...sebab saya percaya mak-mak mertua dan suami-suami sekarang lebih terbuka mata dan minda. Apa pun baca tulisan abam kie buat rasa terharu...

    ReplyDelete
  9. setuju....kerja paling penat is...housewife.
    kita yg kerja ni, dapat gak la curi2 masa rehat masa lunch, boss takde ke.
    tapi bila balik rumah..berderet kerja. kalu cuti pun..mcm2 rasa nak buat bila dok rumah.
    so..memang faham...kerja suri rumah..tak pernah habis.

    ReplyDelete
  10. Dah 25tahun jadi surirumah, surirumahlah kerja rumah yang tak pernah habis hehehe

    ReplyDelete
  11. yang paling kesian surirumah sepenuh masa..

    siang bekerja menguruskan dan malam dikerjakan oleh pengurus rumah..

    patut diberi gaji lumayan dan layanan VIP dari suami pada hujung minggu

    ReplyDelete
  12. allah, sero nk batal niat breti krijo. mulo igt nak breti, fokus nego. hahahah.

    ReplyDelete
  13. betul.. jadi suri rumah bukan semudah yang disangka.ada jekerja yang dibuat.. klau berehat pun otak masih memikirkan ada byk yang kena buat..

    ReplyDelete
  14. saya surirumah jugak... mmg non stop tapi xpe korban demi famili ( abang kie , tq letak blog awa dlm list, awa dh letak juga blog abam kie dlm list awa)

    ReplyDelete
  15. Betul..byk kerja suri rumah ni tau....
    Doakan saya jadi suri rumah berjaya nanti.hahahaha....

    ReplyDelete
  16. sanagt benar ni abam.. mama yg kadang2 cuti sehari terasa lagi letih bila ada di rumah. byk sgt nak dibuatnya

    ReplyDelete
  17. Betul abam kie..saya pun suri rumah fulltime..memang kerja tu non stop. Kalau dah biasa tu ok ja tak dak masalah.

    ReplyDelete
  18. aida merasa menjadi surirumah hampir2 20 bulan.
    sebab kelas sekali seminggu.
    then cuti semester.
    ok ok la. not so tired. not so relaxed.
    but, the best part is kita boleh arrange masa kita sendiri.
    compare bila aida bekerja, time di rumah settlekan hal rumahtanggah is very limited.
    masak, kemas, amik anak2, urus anak2, attend aktiviti anak2, baking,.... even ada masa utk diri sendiri utk solat dhuha, ngaji Quran pepagi 1-2 ain, ada time tgk tv dgn aman... blogging lagi.
    wonderful la if dpt jadi surirumah lebih lama lagi, abamkie.
    berbaki 4 bulan jer lagi ni. then dah naik keje balik 8 to 5 :(

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.