SEKARANG, ibu bapa sering menggunakan media sosial untuk menyerlahkan kejadian anak-anak mereka yang kononnya dipukul di muka atau kepala gara-gara dihukum oleh guru mereka. Sudah pasti dakwaan ibubapa ini amat mengelirukan. Mereka tidak senang dengan cara anak-anak mereka dihukum. Ada juga yang mengambil tindakan undang-undang terhadap guru atas nama keadilan.

Keadaan ini boleh menjadi lebih teruk apabila ia melibatkan dua kaum yang berlainan. Guru akan dituduh menjadi berat sebelah terhadap pelajar-pelajar dari kaum tertentu.

Abam Kie seorang guru TESL yang berpengalaman selama 21 tahun dalam dunia pendidikan secara peribadi tidak menyokong perbuatan menimbulkan kecederaan kepada pelajar tetapi langkah oleh ibu bapa sedemikian telah meletakkan guru dalam keadaan yang tidak baik. Ia juga menghalang guru daripada mendisiplin pelajar kerana mereka tidak mahu mengalami masalah perlu berdepan dengan dengan ibu bapa yang memanjakan anak-anak mereka.

Adalah lebih baik bagi ibu bapa untuk membincangkan isu ini secara profesional dengan pengetua atau guru besar untuk mendapatkan gambaran yang jelas tanpa perlu mengambil tindakan terhadap guru.

Semoga kerjasama erat diantara guru dan ibubapa dapat mengekang masalah disiplin dikalangan remaja sekolah yang makin berleluasa sekarang. Terima kasih.