Tuesday, 7 August 2018

My blog feeds are not working...


Geram tul bila entri terkini aku x keluar di bloglist kwn2 menyebabkan mereka x tahu aku ada entri terkini. Dah 2x blogger buat hal. Dan yg peliknya masalah ni berlaku pd hari Jumaat! 

Aku bagi contoh la. Pada jam 9.30 am, 20 Julai 2018 aku ada siarkan pos bertajuk 'Mengumpul stem, hobi semasa kanak-kanak.' Malangnya bila aku check di blog list kwn2 memang entri tersebut tiada terpapar di blog mereka. Yang terpapar di blog list mereka ialah entri sebelum itu. Untuk menyedapkan hati, aku pi check kat wall FB aku sebab aku dah hubungkan entri blog aku terus ke FB dgn menggunakan perkhidmatan dlvr.it. Memang x kuar jugak! Geramnya hati ni! Bila gi check kat feedburner ada pulak entri mengenai stem ni! Pas tu aku check di Google Plus. Tengok ada je pos ttg stem tu kat situ! Tapi kenapa pos ini x terpamer di blog list kwn2 dan FB wall? Heran dan geram tul aku! Terasa mcm nak pencen dari jadi blogger je.

Tapi mujurlah ada sorang kawan iaitu Cik Tie yg sempat tuliskan komen di bawah entri aku tu. Entah mcm mana dia tahu kewujudan antri terbaharu aku ttg stem itu. Mungkin secara tak sengaja kot? Terima kasih www.ciktie.com. 

Kemudian aku revert pos itu kpd draft je sebab aku rasa bengang lagi sedih. 10 hari kemudian aku publish balik entri tersebut. Seperti dulu jugak entri berkenaan tak keluar di blog list kwn2. Mungkin blogspot bencikan perkataan 'stem' kot? Tapi mujurlah ada diantara mereka yang dtg tulis komen kerana aku pernah BW di blog mereka. Kalau tak, memang x de org perasan n komen entri berkenaan.

Pada hari Jumaat lepas, 3 Ogos 2018 aku update blog sekali lagi dengan tajuk entri terbaharu 'Jom beli tayar online di mytayar.com' tapi sekali lagi feed utk pos ini tak keluar di blog list kawan2. Huhuhuhu... Nampaknya lepas ni aku x boleh update blog pada hari Jumaat la gamaknya sebab hari tu 'berpuaka' utk penulisan blog kat aku. Baik la aku tumpukan kpd aktiviti2 keagamaan pada penghulu segala hari.
 
Pada pagi Sabtu tu aku masih lagi mencari jalan bagaimana nak atasi masalah feed x keluar di reading list atau blog list kwn2. Segala kata kunci aku google tapi masih buntu. Habis masa aku je. Jalan penyelesaian yg dicari x ku jumpa. kemudian pada ptg tu aku beberapa kali buat pos baharu di blog www.zukidin.com. Aku buat tajuk dan ayat ringkas je sebab nak testing. Setelah beberapa kali mencuba, akhirnya satu entri terbaharu pada ptg Sabtu tu muncul di blog list kwn2 selepas 2 jam disiarkan. Syukur kpd Allah. Tak apalah lewat sikit janji keluar.

Akhir sekali, pada hari Ahad jam 8 mlm entri terbaharu abam kie bertajuk Senarai Peserta Guess My Weight Giveaway muncul di blog list blog ujikaji abam kie tepat pada masanya. Alhamdulillah. X jadi nak buat blog baharu dan mula dari bawah. Iyolah kan? Sayang sekali la jika hasil kerja keras aku sejak Nov 2012 hilang begitu sahaja kan?

Abam Kie nak tanya ada ke sape2 yg pernah mengalami situasi yg sama mcm ni? Jika ada, sila kongsikan dgn abam kie, OK?  TQ. 

16 comments:

  1. Alhamdulillah abg kie feed bloglist dah ok..

    ReplyDelete
  2. Lagi satu kadang PC masuk blog Cikgu...tajuk ada tapi isinya error katanya...bukan blog cikgu je...ada dua tiga orang blogger juga yg PC blogwalking jadi gitu...

    ReplyDelete
  3. Hai abam kie.ya allah kesiannya..rabia tak ada masalah pasal entry ni.dulu ada masalah pasal followers..

    ReplyDelete
  4. Alhamdullilah..Kita belajar Dari pengalaman. www.keunggulanwanita.com

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, dah ok dah Abam Kie. Pernah juga jadi camtu. Tapii biasanya kita buat xtau je. Dah Kebetulan blogwalking ke sini kot hari tu. Itu yang dapat tahu 😉

    ReplyDelete
  6. Kadang-kadang blog boleh ada masalah seperti ini. Banyak sebab yang boleh menyebabkan. Hosting down, blog issue dan mcm-mcm masalah.
    Pakar SEO Malaysia

    ReplyDelete
  7. asalam Kie..kadang2 tu memang ada masalah dalam kita berblog..sabar ja..teruskan blog ..relex dan tak stress tu cara terbaik..

    ReplyDelete
  8. Terima kasih letak balik url blog Etuza dalam list blog ni..

    ReplyDelete
  9. Alahai... kesian Abam Kie.
    Dugaan berblog namanya tu.
    Rilexs... and keep blogging.

    ReplyDelete
  10. Blog zumal pun selalu jadi masalah sama, lepas beberapa jam baru timbul di feed blog...

    ReplyDelete
  11. ejulz x pasti sama ada blog ejulz ada masalah keluar di bloglist sahabat2 blogger lain @ tidak. Tapi ejulz pernah perasan ada blogger yang dalam bloglist ejulz x keluar mereka punya entry terkini.. bagi masalah camni yg empunya bloglist kene betulkan sedikit pada link bloglist..

    contoh kat sini : https://ejulz.blogspot.com/2018/03/senarai-bloglist-tak-keluar-entry.html

    tengok komen Noor Maizan..

    contoh : https://ourmemoria.blogspot.my/feeds/posts/default

    kene tambah feeds/posts/default pada hujung link..

    harap dapat membantu..

    ReplyDelete
  12. ejulz masukkan abam kie dlm bloglist ejulz.. nampak macam xda masalah..

    ReplyDelete
  13. alhamdulilah feed blog abam kie cik ash baru sempat blogwalking sory nah

    ReplyDelete