*Saja congak-congak.*

Astro = 
rm720 setahun, (minimum).
๐Ÿ‘€ biasa la tu.

UniFi : 
rm1500 setahun, (minimum).
๐Ÿ‘€ biasa la tu.

Bil Telefon : rm1200 setahun,
(minimum).
๐Ÿ‘€ biasa la tu

Api n Air :
rm1800 setahun, 
(minimum). 
๐Ÿ‘€biasa la tu. 

Rokok : 
rm1440 setahun, (minimum). 
๐Ÿ‘€ biasa la tu.

Makan luar :
rm1200 setahun,
(minimum).
๐Ÿ‘€biasa la tu. 

Melancong :
rm3500 setahun,
(minimum). 
๐Ÿ‘€biasa la tu. 

Shopping : 
rm2800 setahun, 
(minimum). 
๐Ÿ‘€biasa la tu. 

Ansuran kereta :
rm6000 setahun, 
(minimum).
๐Ÿ‘€biasa la tu. 

Barang2 dapur :
rm4200 setahun, 
(minimum). 
๐Ÿ‘€biasa la tu. 

Korban : 
RM600 setahun. ๐Ÿ˜‚๐Ÿคฃ๐Ÿ˜ญ mak aiii..... Mahalnya..... Manalah aku mampu.

***UNTUK RENUNGAN KITA BERSAMA***

Bagi Abam Kie sendiri, boleh katakan setiap tahun kami suami-isteri mengadakan ibadah korban secara bergilir2. Contohnya tahun ini abam kie yang buat korban. Tahun depan giliran isteri pula. Alhamdulillah, kami mengumpul duit secara berkala di dalam akaun bank selama setahun dan hanya dikeluarkan apabila hampir Hari Raya Aidil Adha. Contohnya kalau disimpan RM60 sebulan maka dalam setahun dah genap RM720. Maka cukup dah tu untuk 1 bahagian lembu!

Bagi kami Hari Raya Aidil Adha macam tiada seri dan maknanya jika tidak menyertai ibadah korban. Satu bahagian pun dah cukup bagi meraikan Hari Raya Aidil Adha ini. Memang aktiviti menyembelih dan melapah lembu tu meletihkan dan menyusahkan. Tapi di situlah Allah menguji kesabaran kita. Bila selesai aktiviti menyembelih dan melapah, barulah daging itu dimasak oleh kaum wanita untuk dinikmati bersama. Pada sebelah petangnya kami bersama2 mengagihkan daging tu ke seluruh kampung berhampiran. 1/3 daripada daging korban tu untuk dimakan sendiri. Kami menjemput kaum keluarga, saudara mara dan sahabat handai untuk sama2 menikmati daging korban yang dimasak dalam pelbagai resepi. 

Akhir kata, jom kita bersama2 melakukan ibadah korban pada tahun ini.