Wednesday, 15 August 2018

Kenangan Menggunakan Interkom di Universiti Malaya


Assalamualaikum. Semasa Abam Kie belajar di Universiti Malaya antara 1991 dan 1997 dahulu memang tiada la kemudahan handphone bagai. Kalau nak call keluarga di kampung atau kawan2 memang la kena beratur di public phone. Lepas tu kalau nak jumpa dgn kawan, bf atau gf di kolej kediaman, kena pergi ke kaunter pejabat kolej untuk memanggil orang yang dijumpai dengan menggunakan perkhidmatan interkom.



Pada Julai 1991 abam kie menjejaki kaki ke Universiti Malaya untuk menyambung pengajian di dalam bidang Pre_ESL. Pada masa tu majoriti budak2 TESL ditempatkan di Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah atau lebih dikenali dengan 3rd College. Kolej ni ada 4 blok, dan cuma blok D dikhusukan kpd kaum Adam. Hehehe. Abam Kie dok di sini selama 2 tahun je sampai habis Asasi. 

Jadi kalau nak panggil classmate utk berbincang atau dating, kena la guna interkom tu. Mana boleh panjat tangga gi cari di bilik diaorang weii! Interkom yg ada di Kolej Ketiga ni jenis loudspeaker jadi kalau bercakap memang seluruh penghuni di floor kita tu akan dengar. So jgn la gelenyar nak bersayang2 di interkom melainkan kalau x tahu malu. Huhuhu...


Pada Julai 1993 Abam Kie dah jadi mahasiswa dan masuk Fakulti Pendidikan pulak. Nasib baik dapat stay di kolej. Kalau tak kena berkongsi dgn classmates di Kg Kerinci atau Pantai Dalam tu. Dekat 10 org serumah. Kalau ada motor x apalah. If not, I had to take the public transport or ask for a lift from my friends..Abam Kie dok sini dua tahun je. 

Nak cerita pasal interkom di sini. Mujurlah di sini bukan jenis loudspeaker. Boleh cakap di gagang telefon jadi floor mates x akan dengar la. Cuma yg lecehnya kpd mereka yg biliknya dekat dgn interkom tu. X pasal2 jadi receptionist x bergaji. Org yg panggil interkom ni kdg2 bengong gak. Tgh2 malam buta masih lagi memanggil buah hati utk kuar minum teh tarik dan nasi lemak 50 sen di Mappler, Petaling Jaya dekat pejabat Amway tu. 

Pada thn 1995 abam kie x dapat dok kolej lagi doh. Jadi terpaksa menebalkan muka tumpang rumah kakak di AU3 Keramat Hulu Klang. 2 tahun gak la dok sini sampai konvokesyen sebelum abam kie melapor diri untuk mengajar di Papar, Sabah. 

Golongan mahasiswa skrg beruntung kerana ada HP. Bila2 masa je buleh ngorat dgn bf/gf. Cuma pastikan HP tu x mengganggu pembelajaran adik2. Harap lulus dengan 4 flat belaka! Orait!

13 comments:

  1. Kalau cakap pun kena yang penting je ye Cikgu AK...sebab semua boleh dengar...

    ReplyDelete
  2. Oo..susah juga masa tu ye Abam kie. Nasib baik tiada yang jenis tergelenyar masa tu kan. Kalau tak taktau nak katalah

    ReplyDelete
  3. Saya pun graduan Uni Malaya tahun 2009 duduk kolej 5 Dayasari.. zaman kat U memang best..

    ReplyDelete
  4. Kenangan semua tu abam kie. Ana dulu merasa juga guna public phone. Memang gigih beratur panjang. Hehe

    ReplyDelete
  5. Sempat tak sekolej kita? Saya asasi 92. Saya duk blok c, selalu jgk intai abam kie dulu, hahaha. 😱😱😱

    ReplyDelete
  6. sepatutnya abam kie kena laa letak tabung. kalau tlg angkas cas diorg RM0.50 haahaha

    ReplyDelete
  7. pengamalan masa dulu susah sangat kan abam kie.. sekarang beruntung semua dah ada kemudahan kan

    ReplyDelete
  8. alahai mengimbau kenangan.. mama zaabahan tau.. tapi masuk 1997 hee

    ReplyDelete
  9. Menggamit kenangan sangat ni guna interkom. Rindu pulak nak guna public phone, zaman dulu susah nak berinteraksi sesama kawan kawan kan

    ReplyDelete
  10. Bila baca kenangan abam kie nie, part paling seronok beratur nak guna public phone.. Masa nielah nak beramah mesra dengan bebudak bilik lain.. kikiki..

    ReplyDelete