Monday, 2 July 2018

Sayangilah adik-beradik anda


Ingatan buat adik beradik  jaga hubungan silaturrahim kalian ....

Diceritakan AlHajjaj pernah menangkap dan memenjarakan 3 org penjenayah. Lalu dijatuhkan hukuman bunuh ke atas mereka bertiga. Sebaik sahaja ketiga2 penjenayah itu dibawa ke hadapan tukang pancung, AlHajjaj terlihat seorang wanita cantik menangis teresak-esak. 

Kata AlHajjaj: "Bawakan wanita itu ke mari." Wanita itupun dibawa ke hadapan AlHajjaj.
Kata AlHajjaj: "Apa yg menyebabkan kamu menangis?"
Jawab wanita itu: "Mereka bertiga yg engkau telah jatuhkan hukuman pancung itu, salah seorgnya adalah suamiku, seorg lagi saudara kandungku dan seorg lagi adalah anak, buah hatiku, bagaimana aku tidak menangis?" 

Simpati dgn wanita tersebut, AlHajjaj bersetuju utk memberi kemaafan kpd salah seorg dr mereka bertiga yg lebih disayangi olehnya. 

Kata AlHajjaj: "pilihlah mana2 salah seorg dr mereka bertiga utk diberikan kemaafan." AlHajjaj menyangka sudah tentu wanita tersebut akan memilih anaknya.

Suasana menjadi senyap seketika. Semua penglihatan tertumpu kpd wanita tersebut, siapakah yg akan dipilihnya utk mendapat keampunan dan bebas dari hukuman pancung?

Tiba2 wanita itu bersuara memecahkan kesunyian, kata beliau: 

"AKU MEMILIH SAUDARA KANDUNGKU."

Terperanjat AlHajjaj... dgn segera beliau bertanya, "kenapa kamu memilih saudaramu? Tidak yang lain?"

Jawab wanita itu dgn bijaksana: "Adapun suami itu masih ada." iaitulah suami boleh sahaja diperolehi dgn mengahwini lelaki yang lain. 
Adapun anak, boleh sahaja dilahirkan lagi. 
Manakala saudara kandung adalah suatu yg tidak mungkin diperolehi lagi, kerana mustahil utk aku menghidupkan semula bapa dan ibuku." 

AlHajjaj berasa kagum dgn wanita tersebut lalu diberikan kemaafan kepada ketiga2 pesalah.

Pengajaran: *Adik beradik kandung tiada gantinya. Biasanya kita tidak merasai nilai adik beradik kandung melainkan setelah mereka tiada. Justeru jagalah hubungan dgn mereka kerana ketiadaan mereka ini tiada GANTI nya lagi.*

Semoga ianya bermanfaat kepada kita semua.

Sumber: Whatsapp Group

15 comments:

  1. Betul..yang ada adik beradik,hargai.Yang tiada adik beradik..hargai saudara mara..sepupu,ipar,biras disamping menjaga adab sewajarnya.

    ReplyDelete
  2. betul, adik-beradik ni special berbanding kawan-kawan. Kadang ramai yang terlupa nak appreciate adik-beradik sendiri

    ReplyDelete
  3. adik-beradik tiada gantinya...yg membesar bersama-sama..kenangan manis di zaman kanak-kanak..

    ReplyDelete
  4. adik beradik kena saling tolong-menolong

    ReplyDelete
  5. sayangilah,hormatilah,berkasih sayang lah sesama adik beradik.

    ReplyDelete
  6. terbaek cerita ni.. penuh tauladan..

    Jemput join segmen ejulz kalau sudi k :)

    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    ReplyDelete
  7. adik beradik... hanya mereka sahajalah yg sm darahnya dgn kita di dunia ini... hargailah mereka selagi masih bernyawa

    ReplyDelete
  8. Air dicincang tak kan terputus. Baik buruk mereka tetap saudara seibu sebapa kita. Sayangi mereka seadanya.

    ReplyDelete
  9. Yeahh setuju sangat..walaupun kita stiap kali bergaduh atau x sefahaman antara adik beradik tapi bila sesuatu berlaku d antara ahli keluarga..adik beradik lha yang akan d cari trlebih dahulu..kena sayang menyangi antara satu sama lain..

    ReplyDelete
  10. Betul tu. Adik beradik gaduh macam mana pun, kena rendahkan diri untuk berbaik semula. Memaafkan. Walaupun rasa annoyingnya, haha. Kena jaga hubungan adik beradik.

    ReplyDelete
  11. adik beradik adalah darah daging kita sendiri.

    ReplyDelete
  12. adik beradiklah yang terdekat dgn kita selain mak bapa

    ReplyDelete