Assalamualaikum. Sejak bertugas sebagai guru ni selalu gak abam kie belanja murid-murid ni. Misalnya, bila mereka bantu abam kie buat kerja2 perkeranian, maka abam kie tak keberatan untuk membelikan mereka sedikit minuman dan air. Kira mcm sedekah je la. Tak baik berkira. Memang x dinafikan ada murid2 yg ikhlas nak membantu tapi apa salahnya belanja mereka sekali-sekala. Betul kan? Jadi dalam pos kali ni, abam kie ingin bercerita tentang pengalaman abam kie kena belanja dengan murid2. Harap dapat ambik ikhtibar.


Pada bulan lepas dalam jam 6.30 p.m, abam kie keluar ke pekan kejap untuk membeli burger. Kebetulan gerai burger favourite tu dimiliki oleh bekas pelajar abam kie jugak. Sambil menunggu burger tu siap, tetiba datang seorang lagi bekas pelajar yang bernama Syazwan. Lalu kami pun berborak la. Bila abam kie nak bayar burger 4 biji tu dia kata dia belanja kali ni. Abam Kie terkejut la juga sebab gaji dia sbg technician di AEON Mall bukannya besar. Tapi dia berkeras gak nak belanja maka abam kie pun terima je la lalu mengucapkan terima kasih dan mendoakan kejayaan dia dalam hidup dan cepat2 dapat jodoh!


Dua bulan lepas abam kie dan berjanji dengan murid2 dalam kelas 5E bahawa sesiapa yang tak hadir kelas tambahan akan dirotan 5 kali. Tak kira lelaki atau perempuan. Pada kelas tambahan yang seterusnya seorang murid lelaki yang ponteng kelas sebelumnya tetiba datang sambil membawa 3 kg kacang tanah mentah. Lalu kacang itu diletakkan di atas meja guru. Terkejutlah juga abam kie melihatnya! Lantas terbatal niat nak sebat punggung budak tu. Tak baikkan menyakiti orang yang memberikan makan kpd kita? Itu kata Allahyarham ibu abam kie dahulu. Jadi abam kie maafkan dia. Budak2 lain pun nak merasa kacang tu. Keesokan harinya abam kie rebus kacang tanah tu dan sebahagiannya diberikan kpd murid2 kelas berkenaan untuk menikmatinya.


Ada seorang murid lelaki bekas pelajar tahfiz ulul-albab yang berpindah ke sekolah abam kie semasa di tingkatan 4 tahun lepas. Dia ni pada mulanya pendiam dan x senakal budak2 lain. Cuma pada tahun ini dia semakin galak selepas bercampur dgn rakan2 baharu di sekolah ini. Dia ni pandai ambil hati abam kie. Kebetulan kelasnya terletak di sebelah kantin dan masa BI selalunya sebelum rehat. Kadang2 tu dia belanja abam kie minuman dan snek berkhasiat. Abam Kie pada mulanya enggan menerima sebab bimbang dia x cukup duit pula. Tapi bila dia bersungguh2 nak belanja maka abam kie terima je la. Macam2 air yg dia belanja seperti sirap cincau, teh ais dan ribena. Alhamdulillah. 

Akhir kata, perhubungan baik diantara guru dan pelajar akan terjalin menerusi perkongsian makanan. Betul kan? hehehehehe...

14 Comments

  1. alhamdulillah.. pasti diorang nak say thanks pd abam kie juga tuh.. tanda menghargai pengorbanan seorang guru

    ReplyDelete
  2. anak didik belanja guru mereka sebab mereka hargai ilmu yang kita curahkan

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..sejuk hati dapat anak murid mcm ni..yg ponteng kelas tu, pandai depa amik hati cikgu..hihi.

    ReplyDelete
  4. anak didik sapalah tu yek ;-)

    ReplyDelete
  5. bila cikgu nak lanje kami pulak :D

    ReplyDelete
  6. In Shaa Allah Abam Kie. Moga jalinan anak buah dan guru sebegini terus terjalin

    ReplyDelete
  7. waalaikumussalam..bagus anak didik abam kie.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah...Cikgu AK bukan sekadar guru yang mendidik untuk akademik tapi membentuk akhlak mereka juga...moga kebaikkan mereka berterusan dan Cikgu AK akan dapat manisnya kelak...

    ReplyDelete
  9. wahhhh bestnya abam kie pelajar belanja tu

    ReplyDelete
  10. Yang belanja kacang tu mmg pandai ambik hati xD

    ReplyDelete
  11. suko dengar cikgu buleh get long dengan anok murid. tidok niat jadi saen, cukup la demo mesra tp hormat ko kito.

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.