Assalamualaikum. Kawan-kawan teringin ke menempah cenderahati untuk diri sendiri atau kenalan mengikut citarasa sendiri? Kalau nak, Abam Kie nak mengajak kawan-kawan pergi berbuat demikian di Printcious yang merupakan laman web terhebat di Malaysia untuk menempah cenderahati seperti kemeja T, mug (cawan), kusyen, bekas telefon bimbit, rantai kunci, 'mouse pad', 'luggage tag', 'tote bag', bantal dan macam-macam lagi. You name it, they have it! Pasti yang menarik kawan2 boleh 'customize' barang2 tersebut mengikut citarasa sendiri. Nak letak foto sendiri ke, nak buat pelbagai saiz ke, nak buat dalam macam2 warna ke... semua boleh la. Hebatkan Printcious ni?


Mula-mula sekali jika nak akses laman web Printcious untuk menempah apa2 cenderahati, sebaiknya kita mendaftar sebagai ahli dahulu. Caranya sangat mudah. Cuma masukkan nama penuh, alamat emel dan kata laluan. Kemudian klik 'Create Account'. Akaun baharu Printcious kita akan dicipta dengan serta-merta sepantas kilat gitu! 

Kalau kita nak daftar guna Facebook pun boleh juga. Lagi mudah dan pantas! Maklumlah sekarang ini orang tak suka mengingati URL dan kata laluan yang banyak tu. Cukuplah dengan menghafal kata laluan FB atau Gmail. Betul kan?


Selepas mendaftar, kita akan dibawa sekali lagi ke laman utama Printcious yang mengandungi pelbagai jenis cenderahati atau item yang boleh dipesan. Ia terbahagi kepada 'Home & Living' dan 'Office'. Tapi untuk entri ini Abam Kie tumpukan kepada 'Home & Living' sahaja.

Jadi kita boleh je pilih item mana yang nak ditempah. Sejujurnya Abam Kie menjadi rambang mata kerana semuanya cantik dan menarik.


Pada kali ini Abam Kie nak menempah Graphic Tee Shirt la. Nampak simple tapi menarik. Harganya pun berpatutan. Printcious sudah lama menawarkan perkhidmatan T-Shirt Printing kepada netizen. Printcious menawarkan perkhidmatan cetakan kemeja T yang boleh di'customized' dengan idea rekabentuk terkini di Malaysia. Untuk merekabentuk baju T ni pun senang je sebab cuma ada 4 langkah iaitu:

1. Memilih produk yang ingin ditempah.
2. Memuatnaik foto atau rekabentuk.
3. Menambah dan mengedit teks.
4. Mengesahkan tempahan dan membuat bayaran.


Dalam kes Abam Kie ni, Abam Kie memilih baju T yang memiliki rekabentuk kreatif dan penuh inspirasi sesuai untuk digayakan setiap hari. Kain yang digunakan ialah jenis kain kapas dan spandex. Jadi ianya tidak mudah berkedut dan menyerap peluh serta tidak panas bila dipakai. Baguskan mutu kain Printcious ini?


Printcious ni ada program untuk kita design T shirt tu dalam talian. Macam what you see is what you get gitu! Jadi rekalah sepuas hati T shirt yang kita nak pesan tu.


Kita boleh pilih saiz T shirt dan bilangan yang ingin ditempah. Mudah kan?


Cuba tengok design yang Abam Kie cuba buat tadi... design abam kie mudah je. Letak teks URL dan slogan blog. Rasa2nya nak letak objek atau gambar cuma kena cari dulu foto yang sesuai. Kalau macam gini pun OK gak. Simple but attractive!


Akhir sekali, bila dah puas hati tu boleh la check out. Di skrin akan terpapar jumlah bayaran yang dikenakan selepas diskaun 30%! Mana nak dapatkan diskaun sebanyak tu!

Jadi jika kawan2 nak membelikan hadiah atau cenderamata kepada keluarga, sahabat atau pun teman lelaki/wanita, boleh la melayari Printcious sekarang juga. Jangan kata Abam Kie x payung! Selamat membeli-belah di Printcious!

So, my friends, if you want to have customized t-shirt printing Malaysia and t shirt design ideas Malaysia, you'd better try out this service offered by Printcious. I bet that you won't regret at all because its service is superb!

“If you are looking for best corporate t-shirt printing, don’t forget to contact them. Or if you have any upcoming birthday party and would like to impress your guest, photo booth rental is your best entertainment.”