Assalamualaikum. Lazimnya pada bulan Ramadhan setiap tahun, Abam Kie akan memberikan cenderahati kepada pengomen2 tegar blog ini bagi menghargai kesungguhan dan sokongan mereka dalam meninggalkan komen di bawah entri yang Abam Kie hasilkan. Pada tahun ini Cabaran Pengomen Tegar Blog Abam Kie 2018 tetap diteruskan seperti tahun2 sebelumnya dimana abam kie akan memberikan hadiah misteri dan kad raya kepada 3 pengomen tegar teratas dan 4 orang yang seterusnya bakal menerima kad raya sahaja.

Cabaran ini sedang berlangsung dan akan tamat pada 31 Mei nanti. Keputusan cabaran ini akan diumumkan pada 1 Jun 2018. Jangan lupa datang balik untuk menyemak ranking tersebut, OK? Sebenarnya kita dah boleh agak pun siapa yg akan menang dengan melihat widget pengomen tegar di dalam blog ini. Tapi manalah tahu kedudukan itu akan berubah bila ada mana2 blogger yg akan mengebom blog abam kie ini dengan komen yg bertalu2 pada saat2 akhir kan?

Baiklah. Kepada kawan2 blogger yg ingin mendapatkan 3 hadiah misteri dan 4 keping kad raya tu silakan menulis komen banyak2 di blog abam kie ini. Siapa rajin berusaha dia pasti dapat! Apa2 pun, selamat berbuka puasa, bertarawih dan bersahur nanti. Wassalam.