Assalamualaikum. Memang tak dapat dinafikan lagi bahawa pusat membeli-belah banyak terdapat di kotaraya dan bandar-bandar utama di negara kita. Malahan pusat membeli-belah yang sedang dibina pun banyak. Macam di Kota Bharu ni pun ada macam-macam mall seperti KB Mall, Billion, Tesco, Giant, Parkson, Billion, The Store, Pantai Timur, Aeon, Mydin dan sebagainya. Siapa kata orang Kelantan miskin?

Namun begitu negara kita sekarang lebih memerlukan taman rekreasi dan pusat riadah dan bukannya mall! Sebetulnya, bila orang ramai pergi ke mall, mereka cuma window shopping je, bukannya nak beli barang-barang pun. Ada yang nak lepak dan jumpa kawan sambil makan2 sikit.

Abam Kie perasan sejak kebelakangan ini restoran dan medan selera dipenuhi orang tetapi pusat membeli-belah menjadi semakin kurang pengunjung kecuali pada hari gaji atau menjelang hari perayaan dan musim cuti sekolah!

Adalah lebih baik dan sihat kepada orang awam jika lebih banyak taman permainan dan rekreasi dibina. Orang selalu berjalan di dalam mall tetapi mereka tidak selalunya membeli. Jadi, kenapa tidak bina lebih banyak taman untuk orang ramai bersenam dan berjalan santai di situ?

Pada pendapat Abam Kie, adalah lebih baik menyedut udara segar di luar daripada terperap di dalam ruang berhawa dingin.

Pihak berwajib perlu menimbang untuk membina lebih banyak taman rekreasi berbanding mall pada masa depan. Adalah lebih baik untuk mengekalkan keindahan alam semulajadi bumi ini daripada merosakkannya hanya untuk membina lebih banyak bangunan yang ternyata melebihi jumlah yang diperlukan.

Taman dan kawasan rekreasi akan menggalakkan orang ramai untuk beriadah diluar bagi menyedut udara segar. Ia juga dapat memotivasi mereka untuk bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat. Setuju tak dengan cadangan Abam Kie ni?