Wednesday, 23 May 2018

10 Sebab Kenapa Lelaki Buncit Itu Lebih Menawan


Percaya atau tidak bahawa lelaki berperut buncit adalah lebih seksi berbanding dengan lelaki yang memiliki perut six-pack? Lelaki berperut buncit mempunyai magnet atau daya penarik yang berbeza daripada lelaki-lelaki lainnya. Tak percaya? Rata-rata lelaki berperut buncit itu biasanya kelakar, memiliki jiwa yang lembut dan banyak lagi kelebihan-kelebihan yang lain.

Selain dari itu, lelaki berperut buncit sedap sekali dipeluk  dan diusap pada setiap waktu. Hmmm...tapi ini untuk suami-isteri aje tau! Itu aje kah? Tidak! Masih banyak lagi kelebihannya. Jom Abam Kie yang boroi ini beritahu kenapa lelaki berperut buncit itu seharusnya para isteri sayangi selamanya.

1. Lelaki boroi itu sangat sedap sekali untuk dipeluk oleh si isteri


Kemana-mana si isteri pergi dia tidak pelu membawa bantal kerana suaminya yang boroi boleh dijadikan bantal ketika isteri kepenatan dan mengantuk! Tertekan kerana urusan kerja? Urusan rumah tangga? Tak perlu bimbang kerana suami boroi ialah seperti bantal mudah alih yang akan sentiasa menjadi kekasih abadi untuk isteri tersayang.....

2. Di depan suami boroi, pasangannya boleh makan apa sahaja yang dia suka kerana si boroi tidak akan mengatakan yang isterinya sudah gemuk


Saat anda berdua sedang makan, si isteri bebas makan apa sahaja. Anda boleh menjadi diri sendiri tanpa perlu bimbang dilarang memakan juadah kegemaran kerana lelaki buncit biasanya tidak peduli apakah yang isterinya makan. Jadi di depannya, isteri boleh menjadi dirinya sendiri. Kalau tak percaya, cubalah makan banyak di depan suami boroi! Hehehehe.....

3. Kalau naik motor, pelukan isteri menjadi jauh lebih hangat. Jadi rasa sayangnya akan menjadi lebih nikmat


Petang-petang naik motor keliling kota berduaan! Wah, sedap sekali tu! Apalagi sambil memeluk suami buncit, nescaya kebahagiaan isteri akan semakin bertambah. Petang anda akan berbeza dari petang-petang sebelumnya. Bila ada jalan berlubang anda boleh memegang perutnya, ada lampu merah anda boleh  menguatkan lagi pegangan di perutnya. Kalau dia membrek secara mendadak? Terus anda memeluknya erat-erat. Aduh! Nyamannya anda berdua rasa.....

Nescaya, secara perlahan-lahan rasa sayang anda akan bertambah terhadap suami yang boroi itu. Cubalah naik motor bersama suami anda petang nanti ye?

4. Biasanya mereka yang berperut buncit adalah orang yang kelakar, dan anda boleh tertawa setiap hari


Lelaki berperut buncit memiliki sifat humor yang tinggi? Betul atau tidak? Tak perlu anda beli buku humor atau menonton stand-up comedy kerana mereka pasti akan membuatkan harimu lebih bahagia. Betul kan?

5. Walaupun berbadan besar, lelaki boroi adalah suami budiman yang boleh melindungi dirimu dari siapapun yang menganggu


Jangan salah anggap, walaupun punya perut yang besar, suami boroi adalah pastinya lelaki yang budiman/gentleman. Dia tidak akan membiarkanmu disakiti dan diganggu orang lain. Ada yang mengganggumu? Lapor saja kepada suami berperut buncit kerana dia adalah lelaki yang tak mau pujaan hatinya terluka . Selesai masalah!

6. Bukannya tak mau memiliki six pack, tetapi perut buncit jauh lebih seksi dibandingkan perut six pack!


Ramai yang kata kalau perut six pack itu seksi? Oh! Tidak. Dengan bentuk seperti belon yang menggelembung, perut buncit lebih seksi dibandingkan dengan six pack, lebih senang ditepuk dan diusap. Perut six pack atau kotak-kotak? Keras dan tiada dagingnya. Pilih yang mana? Yang boleh diusap atau yang tak boleh diapa-apakan?

7. Di depan lelaki boroi, bentuk tubuh badan anda akan terlihat jadi lebih molek dari badannya, jadi anda akan merasa dilindungi dan selamat. Senangkan?


8. Lelaki boroi lebih banyak berkorban untuk pasangannya dibandingkan lelaki berperut kotak-kotak (six pack)


Tak percaya? Betul puan, perhatikan baik-baik ya? Setiap kali puan makan dan gagal menghabiskan makanan tersebut, sudah pasti suami puan yang berperut buncit pasti akan menghabiskan makanan puan, kan? Kenapa? Kerana dia sayang sama puan dan tidak mahu isterinya dikatakan gemuk oleh orang lain. Betul kan?

9. Biasanya ciri-ciri lelaki kaya dan berjaya itu memiliki perut buncit


Tidak syak lagi ramai usahawan, majikan, hartawan atau pengarah syarikat rata-rata berperut buncit kerana buncit merupakan lambang kebahagiaan dan kemakmuran. Jadi yang merasa buncit jangan kecil hati lerana masa depan anda akan cemerlang seperti bos-bos syarikat besar! Wow!

10. Bersuara lunak dan berjiwa lembut, siapa lagi kalau bukan ciri lelaki berperut buncit


Betul atau tidak? Lelaki berperut buncit biasanya memiliki jiwa yang amat lembut, tidak mudah menyakiti hati isteri dan senantiasa mendengar keluh kesah hati isterinya. Dan satu hal lagi, lelaki berperut buncit biasanya punya suara yang merdu kalau menyanyi. Percayalah! Lelaki boroi seperti Syamel, Aizat, Bob memang memiliki vokal yang hebat!

Itu dia! Hebatkan kelebihan-kelebihan lelaki buncit yang boleh kita banggakan? Sudah terbukti sekarang bahawa lelaki boroi harus puan-puan sayangi selamanya tanpa sebarang alasan pun.

Bagaimana? Adakah suami puan perutnya buncit?

19 comments:

  1. hahaha..betul gak tuu.... ramai yg buncit kelakar..betul sgt statement nii

    ReplyDelete
  2. nampaknya saya kena jadikan perut saya buncitlah kan? hahaha


    Jemput untuk sertai giveaway terbaru
    http://aerillhassan.blogspot.com/2018/05/giveaway-ramadhanraya-2018-by-aerillhassan.html

    ReplyDelete
  3. lelaki boroi x gi gym so mata dia selamat dari tgk pompuan2 seksi hahahaha

    ReplyDelete
  4. yang penting kelakar..

    perut buncit atau boroi adalah lambang orang banyak duit....

    entah betul atau tidak..

    saya tak tahu la pulak ..

    hahaha

    ReplyDelete
  5. hahahaha lawak la pula dia punya reasons tu abam kie!

    ReplyDelete
  6. Haha semua kelakar tapi ada betulnya jugak tu..

    ReplyDelete
  7. Haha..kelakar la pula tapi tak dinafikan ada kebenarannya juga nak-nak no.10 tu

    ReplyDelete
  8. Lelaki boroi seperti Syamel, Aizat, Bob memang memiliki vokal yang hebat!

    ReplyDelete
  9. Lelaki berperut buncit biasanya memiliki jiwa yang amat lembut.

    ReplyDelete
  10. Orang yang sexy buncit jangan kecil hati Kerana masa depan anda akan cemerlang seperti bos-bos syarikat besar!

    ReplyDelete
  11. Cuba naik motor bersama orang buncit..

    ReplyDelete
  12. soory banyak komen topik ini. Ini menarik sangat.

    ReplyDelete