Assalamualaikum. Pada hari ini Abam Kie ingin berkongsi panduan pemakanan sihat dengan rakan2 blogger yg dhormati sekalian. Di Malaysia sekarang ni ramai orang mati awal sebab banyak makan, bukannya tak cukup makan seperti di Ethiopia tu! Selepas habis baca tu, tolong forward atau kongsi di laman sosial kwn2. Kalau rajin tu, silakan tuliskan komen, OK? Terima kasih.

01. Sering makan sewaktu hendak tidur boleh mengakibatkan kanser perut kerana perut tidak dapat istirahat

02. Hanya boleh makan 4 biji telur setiap minggu, selebihnya tidak baik.

03. Jangan makan tongkeng ayam kerana ia mengandungi karsinogen (penyebab kanser).

04. Makan buah seharusnya sebelum makan, bukan selepas makan.

05. Saat haid/uzur/datang bulan jangan minum teh apalagi teh hijau, sebaiknya makan sesuatu yang boleh menambah darah

06. Jangan terlalu banyak minum susu kacang soya.

07. Makan tomato sebaiknya selepas makan, jangan semasa perut kosong

08. Tiap pagi bangun tidur minum 1 gelas air putih kerana dipercayai boleh mencegah batu hempedu dan kanser.

09. 3 jam sebelum tidur jangan makan lagi kerana akan menyebabkan obesiti.

10. Jangan minum teh susu atau (teh tarik/bubble tea) kerana tinggi kalori, tinggi lemak, tidak bergizi dan boleh mengakibatkan darah tinggi dan kencing manis

11. Jangan makan roti yang baru keluar dari oven

12. Charger jangan dekat tempat tidur, harus berjarak 30 cm atau lebih

13. Tiap hari minum air 10 gelas boleh hindari kanser.

14. Siang hari harus banyak minum air putih, malam hari harus sedikit minum air putih

15. Minum kopi jangan melebih 2 cawan per hari, boleh menyebabkan insomnia dan penyakit perut.

16. Jangan makan makanan yang tinggi lemak kerana ia memerlukan 5 - 7 jam pencernaan, mengakibatkan darah terpusat pada pencernaan dan mengakibatkan ngantuk kerana otak kekurangan bekalan darah

17. Setelah jam 5 petang jangan makan banyak kerana tubuh kita tidak perlukan banyak kalori

18. Memakan 10 jenis makanan sihat seperti ikan laut dalam, pisang, limau barli, roti gandum penuh, sayur bayam, bawang putih, labu, susu rendah lemak, daging ayam dan buah ceri.

19. Kurang tidur menjadikan otak tumpul, biasakan tidur siang boleh awet muda!

Demikian panduan pemakanan sihat dari Abam Kie. Semoga ianya bermanfaat.