Friday, 20 April 2018

Kenangan membakar biji gajus semasa kecil


Assalamualaikum. Kawan2 kenal tak dengan buah gajus, janggus, jambu golok atau ketereh? Mesti kenal kan? Pada zaman kanak2 dahulu sekitar tahun 70an hingga 80an, pokok ketereh tumbuh melata di kampung Abam Kie, terutama sekali berdekatan dengan perkuburan. Mungkin tanah di situ sesuai untuk tumbesaran pokok ketereh kot? Satu lagi kawasan yg banyak tumbuh pokok ketereh ialah di kawasan beris atau berhampiran pantai seperti di Bachok dan Pasir Puteh, Kelantan. Cuma pada masa kini pokok2 ketereh semakin berkurangan berbanding zaman dahulu. Seperti juga pokok kemunting dan jambu batu butir banyak yang isinya berwarna pink pun sudah hampir pupus. Sedihnya abam kie rasa.


Sebenarnya banyak kegunaan buah ketereh ni. Buahnya boleh dimakan ccolek atau masak lemak. Tapi kami kanak2 pada zaman itu kurang menyukainya kerana rasanya yang kelat, bergetah dan berair bila digigit.Tapi biji ketereh ni memang menjadi kesukaan kami la. Biasanya buah ketereh ni akan gugur ke tanah dalam kuantiti yang banyak. Bila sudah berlambak di bawah pokok tu kami pungut dan pulas bijinya. Lalu dikumpulkan di dalam bekas atau tin kosong. Kemudian kami menjemurnya agar getah biji ketereh tu kering.


Bila sudah kering maka bolehlah biji2 ketereh itu dibakar. Biasanya kami membakarnya pada lewat petang. Macam pesta pula bila kami adik-beradik berhimpun dan bersama2 membakarnya di atas kepingan zink. Bila dibakar maka getah biji ketereh akan mengalir keluar lantas membakarnya dengan lebih marak lagi sehingga keluar letusan api.


Bila sudah cukup hitam maka kami alihkan kepingan zink tu. Api kena tengok juga sebab takut hangus rentung biji ketereh kami dibakarnya. Agak2 sudah masak isi dalamnya maka boleh la pergi ke proses seterusnya.


Kami akan menggunakan puntung kayu api untuk mengetuk biji2 ketereh itu bagi mengeluarkan isinya. Sekeping papan keras atau kayu digunakan sebagai pelapik atau alas. Tangan dan jari memang dah sah la hitam selepas mengetuk biji2 ketereh ni. Hah! Tengok kat gambar atas tu dah hampir penuh sebesen isi biji gajus yg telah dibuang kulitnya.


Hmmm....bila dah siap mengetuk maka tibalah masa untuk makan! Sesungguhnya biji ketereh ni memang sedap dimakan sebagai snek sambil menikmati kopi cap badak sebagai minum petang. 

Huh! Terasa nostalgia sungguh bila mengingati saat membakar biji gajus ini. Masa merubah segalanya. Sekarang ni tak perlu lagi membakar dan mengetuk bagai. Kalau nak makan biji gajus atau 'cashew nut' boleh aje beli di dalam pasar di Kelantan ni. Biji2 gajus yg dibakar atau digoreng hasil keluaran negara Thailand memang banyak di pasaran cuma harganya tu la yang mahal. Kalau balik atau berkunjung ke Kelantan jangan lupa beli dan bawa balik cashew nuts, OK?


Inilah rupa cashew nuts yang diimport dari Thailand...


17 comments:

  1. Sedapnyaaa..SA suka cashew nuts..dulu masa pi vietnam gigih beli sampai 2 packet besar.,.bawak balik Seremban tapi SA sorang je suka..yang lain semua tak makan kekacang..

    ReplyDelete
  2. sedap..mmg suka cashew, rasa lemak2...pucuk gajus sedap gak buat ulam laksa penang..

    ReplyDelete
  3. oo.. gini rupanya. arwah mak mama makan gitu je tau

    ReplyDelete
  4. wahhh!!! seronoknyaa.. itulaa, sekarang mcm susah nak cari pokok ketereh.. budak-budak sekarang mungkin hanya merasa gajus dengan beli kat kedai je tanpa tahu asal usul dan cari buat

    ReplyDelete
  5. Sedaapnya Abam Kie. Dulu masa kecil tak pernah ada pengalaman bakar biji gajus ni tapi semasa bertugas bersama warga emas tahun lepas baru dapat rasa pengalaman ni...

    ReplyDelete
  6. Oo pyoh sgt nk buleh ko mkn. Igt ko bleh mkn gtu jah. Good info ni abe kie. Tahu dh la bkpo hrga dia mahal dooh

    ReplyDelete
  7. ini memang kegemaran ni...balik je ke KB, confirm beli utk kudap2..

    ReplyDelete
  8. Rasanya yang lemak-lemak tu....aduiiii...mengenangkan mahal...jeling jelah...

    ReplyDelete
  9. rindunya zaman dlu. busyra sempat jgk bakar sndiri dengan arwah tok. dulu belakang rumah bnyk buah ni. lemak2 sedap.

    ReplyDelete
  10. Kacang gajus ni Mai dari dulu duk beli yang paket kat kedai ja, tak pernah ada pengalaman mcm ni, sedihnya T_T.

    Memang sedap. Tapi mahal!

    ReplyDelete
  11. zaman kecik dulu pernah merasa biji gajus ni bakar sendiri ngan kengkawan. tu dulu! zaman sekarang budak budak mana boleh main api..akal panjangggg..hahaha..btw entry abe kie buatkan gee rindu zaman kanak-kanak ribena dulu..

    ReplyDelete
  12. Teringat ms saya sekoloh rendah gatih basikal dengan sepupu g Beris Kubur Besar g beli buoh tere ni..sbb situ byk pokok..g beli rumoh saing..beli sikit tp demo bui sajo jah bersupik2..balik rumoh isi make, butir sipe pastu wat mcm abe kie laa jemur pastu bakar..saloh bakar hangit lentung..kalau x masok getoh dio kena mulut jd kudis..nostalgia sungguh

    ReplyDelete