Friday, 6 April 2018

Kesan hukuman rotan kepada pelajar


Assalamualaikum. Hukuman rotan perlu dilaksanakan kepada murid2 di sekolah sekarang kerana tahap disiplin murid2 sekarang semakin buruk. Zaman abam kie bersekolah di SM Sains Machang antara 1986 ke 1990 dahulu hukuman rotan ni dah jadi perkara biasa kpd kami. Kalau dikirakan kami ni pelajar2 SBP yg sememangnya terpilih dan pandai2 belaka tapi masih lagi perlu dirotan! Kalau pelajar2 di sekolah2 harian lagilah patut disebat di khalayak ramai lagi. Biasalah dah namanya budak2 tgh nak up... ada saja peraturan sekolah dan asrama yg kami langgar tapi x la sampai nak bakar sekolah pulak! Kadang2 makan penampar warden dan guru tu perkara lumrah. Abam Kie pun pernah ditampar kerana masih makan di kantin walaupun waktu rehat dah tamat! Kawan abam kie yg menjadi ketua kelas tu pula ditampar oleh guru disiplin kerana lewat menulis laporan kehadiran rakan2 sekelasnya semasa perhimpunan rasmi sekolah. Skrg dia dah jadi doktor dan bertugas di Ireland.

OK...berbalik kepada kisah bekas2 murid abam kie yg teringin nak dirotan lagi ni. Selalunya kalau x buat kerja sekolah memang abam kie akan rotan mereka. Bukannya niat nak mendera tapi nak mendidik. Lagipun kerja sekolah tu abam kie bagi masa seminggu untuk disiapkan. Jadi sesiapa yg x buat tu memang cari nahas la. Mereka boleh pilih nak dirotan atas tapak tangan atau punggung. Yg perempuan memang la kena rotan di atas tapak tangan manakala yg lelaki boleh pilih....

Kesalahan2 lain yg dikenakan hukuman rotan seperti memakai baju PJ pada hari yg x ada PJ, tak memakai lencana dan stokin dan ponteng kelas. Kdg2 budak-budak ni lebih rela dirotan drp buat kerja sekolah. Kenapa? Sebab kalau dirotan tu sakitnya sekejap je..Tapi kalau kena buat kerja sekolah ambik masa tambahan pula mereka ni jenis yg pemalas! Abam Kie cuma rotan je. Tak pernah tampar budak sebab tu dilarang Rasulullah. Harap maklum. Abam Kie x sekejam itu. Huhuhuhu...

Jadi kawan2 ada tak pengalaman dirotan cikgu semasa bersekolah dahulu? Cuba citer? Thanks.

9 comments:

  1. tak rare lah duduk di asrama tak kena lempang. miza yang perempuan ne pun kena salah sendiri hadap jew lah. Tak ada pun kes saman kat cikgu tu. Zaman dah berubah banyak sangat ne

    ReplyDelete
  2. takde pengalaman kena rotan..kena denda kutip sampah, satu kelas kena denda sbb bising, segan jgk sbb satu bangunan tengok, siap kena boo lagi..huhu..

    ReplyDelete
  3. budak2 zaman skrg ni tak sama dgn zaman kita..

    ReplyDelete
  4. Pernah satu bas kena rotan sebb dah nak mula perhimpunan baru kami sampai.....walhal khilaf bas....akhirnya pihak sekolah jumpa pemaju bas tersebut minta penjelasan...barulah kami tidak dirotan lagi.

    ReplyDelete
  5. hahah, rajin jugak kena rotan time sek rendah dulu

    ReplyDelete
  6. rajin kena roton kat tangan sebab tak dtg sekolah... dh la tgn sebelah patah siap pakai anduh lg, sbb xdtg sekolah xde surat doc kena rotan kat tgn seblh yg xpatah... huhu.... skang bdk2 sekolah mmg xleh nak rasa la pengalaman cam dulu2 tu.... semua dah bertukar mind set....

    ReplyDelete
  7. ada kena rotan kat tgn heheheh sebab tak turun prep or study masa tu dok asrama hahahah

    ReplyDelete