Monday, 12 March 2018

Cara Mengeluarkan Wang Tanpa Kad Debit di ATM Maybank


Benda paling menakutkan adalah bila keluar rumah je baru sedar tertinggal kad bank di rumah! Bukan kad bank je yang tertinggal, dompet sekali tertinggal ni. Yang ada cuma handphone je. Bayangkan ketika itu kawan2 nak belanja family makan, atau nak pergi beli barang dapur, duit langsung tak ada ni.
.
Nak U-turn ke rumah balik mesti malaskan. Jangan risau, ada solusinya, syarat kwn2 mesti pengguna Maybank2u, ada handpone dan line internet. Ada 3 perkara ni InshaaAllah kwn2 boleh keluarkan duit kat mana-mana ATM tanpa menggunakan kad ATM.

Gambar di bawah ini abam kie akan tunjukkan step by step yang kwn2 boleh ikuti. Abam Kie harap perkongsian ini sangat memberi manfaat buat kwn2 yang dihormati, ya.

First step, kwn2 kena ada Maybank2U untuk teruskan cara withdraw duit tanpa guna kad ATM. Kalau dah ready jom!

Anda perlu Login dulu Maybank2u anda ya.

1) Click kat Quick Link


2) Pergi dekat “Transfers”


3) Click “Cardless Withdrawal” atau “Open Cardless Withdrawal


4) Isi maklumat yang diperlukan, boleh keluarkan duit dari RM100 hingga RM300 saja ya. Contoh abam kie pilih RM100.

5) Dah settle isi, click “Continue”


6) Click “Request for TAC”, masukkan number TAC.

7) Dah settle anda click “Confirm” ya.

 
Wow! Dah berjaya. Oh sebelum tu, ada caj RM1.06 ya.

Next anda akan terima 2 mesej, iaitu Withdrawal Code dan Transaction ID. Jom tengok gambar seterusnya.


Mesej no 1 : TAC

Mesej no 2 : Withdrawal Code (6 digit)

Mesej no 3 : Transaction ID (16 digit)

Seterusnya, anda terus cari ATM yang paling terdekat dengan anda untuk withdraw duit tadi.


8) Click Bahasa Malaysia @ English


9) Click “Pengeluaran Tanpa Kad”
 
10) Click “Teruskan”
11) Masukkan Transaction ID yang ada 16 digit tadi, check dekat SMS yang anda terima tu ya.

12) Click “Ya”
 
13) Masukkan pula “Withdrawal Code” yang ada 6 digit di SMS anda terima tadi juga

14) Click “Ya”
Tunggu ya, duit anda sedang diproses untuk keluar. Hehe.


Tadaaaa! Alhamdulillah. Berjaya juga keluarkan RM100. Macam mana, senang ke senang? Cara ni mudah je tau, lepas ni tak perlu susah hati dah kalau terlupa bawa dompet. Hehehe.

Terima kasih kepada anda semua yang terus menyokong penulisan Abam Kie.

Sumber asal: https://www.facebook.com/liaomey

13 comments:

  1. wahhhhh baru tahu boleh keluarkan duit tanpa kad debit! :D

    ReplyDelete
  2. Wahhh mudahnya.. gud info Abam kie

    ReplyDelete
  3. Mudahkan. Tak perlu risau sekarang ni kalau terlupa dompet... Yang penting ada handphone.

    ReplyDelete
  4. Kena pastikan bila guna cara ni, keluarkan duit tu. Kalau tak senang2 bank sedut duit rm1.06 sen tu. SMS yang hantar tu tak pasti samada kena caj ke tak. :)

    Nak buat cara ni, fikir dulu sebelum buat.

    ReplyDelete
  5. sms kalau ikut logik memang kena cas kos..

    tapi tak kena cas dah kira untung..

    memang mudah nak keluarkan duit dalam bank dengan adanya teknologi sekarang.

    persoalanya adaka mudah nak dapatkan duit supaya senang nak dimasukkan dalam bank hehehehe

    ReplyDelete
  6. Bagus ada servis cardless withdrawal ni. Convenient.

    ReplyDelete
  7. Ramai yang dapat manfaat daripada info ni.
    Tq. cg

    ReplyDelete
  8. wah
    bagus lah
    siap ada tutorial
    senang :)

    ReplyDelete
  9. eh bagusnya..dok pernah try!!thank you abam kie sharing step by step!

    ReplyDelete
  10. Baru tahu.. hr tu nmpk gak mesin yg hanya utk cardless ni tp xtau guna

    ReplyDelete
  11. xpernah cuba e-ang paw atau e-duet raya....mudah kan...

    ReplyDelete
  12. Waaaa. Terima kasih Abam Kie. Ini first time. Saya baru tahu. Menarik2.

    ReplyDelete