Assalamualaikum. Abam Kie berani melabur di dalam unit saham amanah kerana bakal mendapat pulangan selepas 5 tahun akan datang. Dulu2 abam kie pernah melabur di dalam Public Mutual selama 2 tahun tapi keluarkan semua duit sebab nilai unit trust terus merudum. Kemudian pada Januari 2015 selepas tragedi bah kuning, abam kie melabur pula di dalam CWA, anak syarikat CIMB. Ada beli 3 dana di sana dan abam kie masih mengekalkan pelaburan di CWA itu.

Namun begitu abam kie terbuka hati untuk melabur di dalam PMB Investment yang merupakan anak syarikat MARA setelah diberitahu oleh bekas rakan sekelas, Bob, bahawa unit trust yang berprestasi tinggi sekarang ialah dana2 yg dijual oleh PMB. Abam Kie tahu tentang kewujudan PMB cuma tak tahu dengan siapa dan bagaimana nak melabur kerana PMB ni x la popular sangat seperti Public Mutual dan CWA.

Rupa2nya saham2 amanah PMB menduduki carta teratas unit amanah patuh syariah di negara kita! Kalau tak percaya boleh tengok bukti di atas. Untuk tempoh pelaburan 3 dan 5 tahun kebelakangan ini memang la PMB Shariah Aggressive dan PMB Shariah Growth menduduki tangga pertama dan ketiga!

Sekarang abam kie nak ceritakan tentang asal-usul PMB Investment ini. PMB Investment adalah Syarikat Pelaburan Pengurusan Pelaburan Islam (IFMC). PMB Investment adalah syarikat kumpulan PELABURAN MARA. PMB Investment berstatus syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dengan sejarah dan pengalaman perkhidmatan sejak 1967.

Jenis pelaburan yang ditawarkan ialah dana unit amanah Islam (Islamic unit trust funds). Terdapat 14 dana Islam untuk dipilih. Pulangan adalah dalam bentuk untung modal (capital gain) + dividen.

Kaedah pelaburan boleh dilakukan secara tunai, auto debit bulanan melalui akaun bank dan pengeluaran dari akaun 1 KWSP. Pelaburan minima yang disyorkan oleh perunding ialah RM100. Manakala pelaburan tambahan boleh dibuat menggunakan Maybank2U atau CIMBClicks dengan jumlah minima RM50. Pelaburan maksima ialah tiada had. Nak melabur RM2.6 bil pun boleh! Penebusan (pengeluaran) boleh dibuat bila-bila masa (dengan notis 5 hari)

Pelaburan di dalam PMB Investment dibuka kepada individu atau syarikat. Ia terbuka kepada warganegara mahupun bukan warganegara Malaysia



Jika kawan2 berminat nak melabur di dalam PMB Investment atau Amanah Saham MARA bolehlah menghubungi perunding pelaburan dan kewangan profesional abam kie seperti yg tertera dalam kad perniagaan di atas tu. Mohd Nurfirwan ni orang Pasir Mas, Kelantan. HP dia ialah 013-2752316. Bagi mereka yang berada di Kuala Lumpur/Selangor boleh PM En. Ahmad Sanusi di 60192348786. Digalakkan berkomunikasi menggunakan WhatsApp.

Selamat menyimpan di dalam unit amanah PMB!Sekian. Terima kasih.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelaburan unit amanah Islam, sila layari laman web:

► www.unit-amanah-islam.blogspot.my
► www.islamic-invest-malaysia.com
► www.pmbinvest.com.my