Friday, 5 January 2018

Melabur di dalam Amanah Hartanah Bumiputera


Assalamualaikum. Kalau ada duit lebih apa salahnya kita buat pelaburan tambahan sikit sebagai simpanan persaraan nanti. Pada bulan lepas, abam kie telah membuka akaun AHB (Amanah Hartanah Bumiputera) di Maybank cawangan Tanah Merah, Kelantan. Sebelum bercerita tentang cara nak buka akaun AHB, izinkan abam kie menyatakan ciri-ciri AHB dulu.

1. Patuh Syariah. Kalau ASB bukan semua mufti setuju yaaa.

2. Sudah siap tolak zakat. Kalau dividen bersih 7% maka pulangan ialah 9.5%, walaupun ASB kata pulangan 8.5% tapi sebenarnya lepas tolak zakat cuma 6.5%.

3. Dividen akan terus masuk ke dalam akaun simpanan/semasa Maybank. Kalau ASB kena pergi ambik dengan ejen ASB dulu (bank/pejabat pos/kaunter).

4. Pembayaran dividen 2 kali setahun. Boleh jadi macam gaji/pencen/bonus setiap tahun.

5. Melabur dalam sektor hartanah dan pasaran wang Islam (Islamic Money Market) untuk tujuan kecairan.

6. Jumlah pelaburan permulaan ialah  RM100 dan pelaburan tambahan minima RM 100. Pengeluaran hanya boleh dibuat sebulan sekali. 

7. Boleh melabur untuk anak seawal usia 3 bulan.

8. Harga unit tetap: RM1.

9. Sasaran pulangan minima kepada pelabur ialah 6%. Tapi rekod terkini menunjukkan 7%.

10. Diuruskan oleh pengurus dana berpengalaman iaitu Mayban Investment Management Sdn Bhd

Namun begitu, abam kie rasa salah satu kekurangan pelaburan AHB yang tidak membenarkan dividen yang diberi ditopup balik ke modal asal. Contoh pelaburan RM 1000, dividen tahun 2012 = RM100. RM 100 tu tak boleh top up jadi RM1100 = RM1000 (modal asal) + RM 100 (dividen).

Sekarang abam kie nak ceritakan cara nak buka akaun AHB ni. Mudah aje. Sila walk-in ke mana2 cawangan Maybank atau AMBank yang berhampiran. Pastikan kad pengenalan dibawa. No IC, No Talk! Lepas tu minta borang AHB dengan staff bank. Sebaiknya kawan2 kena ada akaun simpanan Maybank/AMBank kerana pelaburan permulaan akan disedut dari akaun tersebut. Staff Maybank tu kata tak boleh bayar secara tunai atau cek. Selain daripada itu, dividen nanti akan dikreditkan ke dalam akaun simpanan bank.

Selesai mengisi borang, kena lalui proses verifikasi iaitu scan cap ibu jari dan menandatangani borang tu. Kemudian serahkan borang tu kepada staff bank dan dia akan uruskan semuanya. Apabila siap, kawan2 akan dapat satu salinan borang yang mengandungi nombor akaun AHB dan kod staff bank yang menguruskan AHB tu. Jadi bila nak top up pelaburan lain kali, kena isikan nombor akaun AHB dan kod staff tersebut. Mudahkan?

Jadi kawan2, Abam Kie rasa AHB ini adalah salah satu instrumen pelaburan yang patuh syariah yang perlu kita sertai kerana zakat saham telah dibayar siap2 oleh AHB.  Selain daripada itu pulangannya boleh tahan. Give it a try, OK?

Sekian. Terima kasih.

13 comments:

  1. syukran...sektor hartanah sebnr nya tk brp 'cair' tapi bila dah jd unit amanah, senang nk jual beli..ni yg Naelofar jd duta...

    jom support AHB...my klien ni..huhu..

    ReplyDelete
  2. Mana x buat lg ahb. Byk dah akaun bank takut pening haha

    ReplyDelete
  3. kena melabur di AHB demi masa depan

    ReplyDelete
  4. ELOK SGT MELABUR DLM AHP NI JIKA WANG BERLEBIHN

    ReplyDelete
  5. Good info. Bookmark sikit. Tengah berkira kira nak melabur dekat mana jugak sekarang ni. Tak tahu yang mana okay dan tak.

    ReplyDelete
  6. ok gak nie..tq 4 sharing abam kie sdg elok la nk survey bebrapa pelaburan yg patuh syariah

    ReplyDelete
  7. Terima kasih abam kie. Saya sudah buat akaun AHB 2 bulan lepas. Banyak juga borang kena isi.

    Tapi macam abam kie kata, itulah antara kekurangan AHB, dia tidak boleh auto debit. Tapi itu ada bagus dan tak bagus juga. Ada kawan saya, dia simpan lain, dividen untuk benda lain, sesuai dengan dia. Tapi kalau macam saya yang nak biarkan dividen compound, anggap itu satu kekurangan.

    ReplyDelete
  8. Gud info. Thanks for sharing

    ReplyDelete