Assalamualaikum.Pada zaman remaja dahulu sekitar tahun 80an dan 90an Abam Kie selalu gak beli komik untuk bacaan santai. Antara komik2 yang menjadi pilihan abam kie ialah Gila-Gila, Gelihati, Ujang, Apo dan BatuApi. Bila ada duit lebih dan masa terluang pula banyak memang abam kie akan beli komik dan membacanya untuk menghilangkan tekanan selepas seharian belajar. Kalau tak beli pun abam kie akan pinjam dari kawan2 seasrama. 

Membaca komik ni ada gak faedahnya. Antaranya boleh menghilangkan stress, kebosanan dan menghiburkan hati. Kadang-kala tu dapat mengetahui isu semasa gak. Dapat belajar tentang kehidupan manusia dan persekitaran. Abam Kie tak lepaskan peluang untuk membeli isu bumper raya dan tahun baharu misalnya. Kenapa? Sebab ini edisi istimewa dan lebih tebal serta ada hadiah sampingan. Sudah tentulah harganya pun mahal! Tapi bukannya selalu kan?

Namun sejak akhir2 ini hampir kesemua komik yg popular sebelum era siber ini sudah dihentikan penerbitannya. Kata saudara Manggis, bekas kartunis Ujang, syarikat MOY sudah x mampu menanggung kos penerbitan dan percetakan yang melambung tinggi. Jualan dan iklan x mampu menampung kos operasi. Nak bayar gaji staff pun x lepas. Yang abam kie tengok cuma majalah Gila-Gila dan Bekazon yg masih bernyawa2 ikan di dalam era penerbitan komik sekarang. Tu pun jarang2 sekali abam kie jumpa edisi terbaharu di kedai buku. Malang sekali jika komik2 ini pupus dari media cetak skrg. Fikir2kanlah...