Monday, 1 January 2018

Majalah kartun tinggal kenangan

Assalamualaikum.Pada zaman remaja dahulu sekitar tahun 80an dan 90an Abam Kie selalu gak beli komik untuk bacaan santai. Antara komik2 yang menjadi pilihan abam kie ialah Gila-Gila, Gelihati, Ujang, Apo dan BatuApi. Bila ada duit lebih dan masa terluang pula banyak memang abam kie akan beli komik dan membacanya untuk menghilangkan tekanan selepas seharian belajar. Kalau tak beli pun abam kie akan pinjam dari kawan2 seasrama. 

Membaca komik ni ada gak faedahnya. Antaranya boleh menghilangkan stress, kebosanan dan menghiburkan hati. Kadang-kala tu dapat mengetahui isu semasa gak. Dapat belajar tentang kehidupan manusia dan persekitaran. Abam Kie tak lepaskan peluang untuk membeli isu bumper raya dan tahun baharu misalnya. Kenapa? Sebab ini edisi istimewa dan lebih tebal serta ada hadiah sampingan. Sudah tentulah harganya pun mahal! Tapi bukannya selalu kan?

Namun sejak akhir2 ini hampir kesemua komik yg popular sebelum era siber ini sudah dihentikan penerbitannya. Kata saudara Manggis, bekas kartunis Ujang, syarikat MOY sudah x mampu menanggung kos penerbitan dan percetakan yang melambung tinggi. Jualan dan iklan x mampu menampung kos operasi. Nak bayar gaji staff pun x lepas. Yang abam kie tengok cuma majalah Gila-Gila dan Bekazon yg masih bernyawa2 ikan di dalam era penerbitan komik sekarang. Tu pun jarang2 sekali abam kie jumpa edisi terbaharu di kedai buku. Malang sekali jika komik2 ini pupus dari media cetak skrg. Fikir2kanlah...

18 comments:

  1. Saya suka baca masa belum ada media sosial.

    Sekarang mungkin tidak

    ReplyDelete
  2. Dulu mmg suka baca komik2 ni. Sekarang Ada gak komik yg best Abam. Try bekazon. Diorg gak kartunisnya

    ReplyDelete
  3. Ujang dengan gila gila memang paling feveret. Paling suka kalau edis puasa dan raya. Sedih bila dah nak dihentikan.

    ReplyDelete
  4. Dulu sy suka sangat baca majalah camni tu. Sambil-sambil tunggu gerai tutup sambil-sambil layan majalah ni. Bukan je ia punya gambar kartun je lawa tapi mesej yang cuba disampaikan tu pun kena sangat la gan kita

    ReplyDelete
  5. Zaman kecik2 dulu suka beli komik katun ni.
    Dulu untuk budak2 ada majalah Bambino dan Bujal yang tak pernah miss beli setiap bulan

    ReplyDelete
  6. aa, memang hampir pupus dah abe kie. mek sendiri pun bnyk skrol google untuk dpatkan info. memang tk beli dh la jenis majalah atau komik ni

    ReplyDelete
  7. ujanng paling feveret masa kecik kecik dulu dan sampai sekarang pun masih minat nak baca komik komik yang macamni, tapi sayangnya susah nak jumpa sekarang. sedih pula bila komik komik macamni nak dipupuskan.

    ReplyDelete
  8. memang minat baca komik Ujang khususnya cerita Workshop karya kartunis Sukun..tapi zaman digital sekarang ni memang susah komik macam ni nak dijual, majalah Ujang pun dah dihentikan siarannya...

    ReplyDelete
  9. tahniah abam kie
    http://starlavenderluna.blogspot.my/2018/01/sahabat-blogger-pilihan-starlavenderluna.html

    ReplyDelete
  10. dulu menimbun majalah ujang kat dalam bilik..haha..tetiap 15hb mesti pi cari ..

    ReplyDelete
  11. Saya bmembesar dengan Majalah Gila-Gila. zaman saya dulu sekitar tahun 1980an, harga majalah Gila-Gila cuma RM1.50 je. Terpaksa kumpul duit belanja sekolah untuk cukupkan RM1.50 bagi membeli majalah tersebut.
    Jika ada duit lebih, saya akan beli majalah Batu Api sebab pada zaman tersebut, kartunis Zoy (Arwah) dan Kartunis Miki serta Nan sedang glamer dalam maajalah Batu Api.Jadi tak mahu ketinggalan, saya beli juga majalah Batu Api.

    ReplyDelete
  12. Ujang dan APO paling lagend selalu minta nak beli masa kecik dulu sekarang tinggal kenangan huhuhu

    ReplyDelete
  13. kesemua majalah kartun dekat minat baca masa ada lagi dalam simpanan hahahhaha... duk dekat kampung nuh

    ReplyDelete
  14. Rabia suka baca majalh harmoni,nur,resepi...kartun2 ni tak minat sangat lah..hahaha

    ReplyDelete
  15. suka gak baca dulu2, kelakar kan..

    betul, dah lama tak nampak komik2 ni sekarang.

    ReplyDelete
  16. masa sekolah rendah dulu selalu jgk beli. mungkin sekarang dah tak relevan lagi sejak ada komik atas talian yg boleh dibaca secara percuma

    ReplyDelete
  17. Abam Kie, boleh try baca Bekazon plak. Bekazon pun 'kembar' Ujang dan Apo gak sebab kartunis sama.. Saya ada tulis berkenaan Bekazon kat sini : http://www.sofinahlamudin.com/2017/12/majalah-komik-hybrid-bekazon.html

    ReplyDelete
  18. nostalgia ni..Gila-Gila yg best..

    ReplyDelete