Friday, 15 December 2017

Teknik-Teknik Meniru Di Dalam Peperiksaan Yang Popular


Abam Kie sudah lama berada di sekolah iaitu sejak tahun 1980 lagi sampailah ke tahun 2017 ni. Dah lebih 37 thn kan? Iyolah kan, dulu gi sekolah sbg murid, skrg gi sekolah sebagai guru. Pada kali ini abam kie nak berkongsi teknik-teknik meniru di dalam peperiksaan yang biasa digunakan oleh murid2 sekolah dan universiti di negara kita. Orang kata yang pakai toyol gitu! Mungkin ada di antara teknik2 di bawah ini pernah dilakukan oleh kwn2 blogger? Baik ngaku cepat! Kalau kwn2 tahu teknik2 yg popular selain drp teknik2 yg abam kie senaraikan ini, sila tuliskan di kotak komen, ye? Ini dapat membantu abam kie mengenalpasti dan menangkap2 murid2 abam kie yang meniru di dlm exam nanti. Terima kasih, ye?Inilah antara cara-cara untuk meniru dalam peperiksaan!

1: Guna kuku tangan (fingernail)

Tulis maklumat menggunakan pensil di kuku. Kalau cikgu datang nak tengok, cepat-cepat padam. Jadi kalau abam kie nampak ada yang asyik tengok kuku tu, abam kie akan datang senyap-senyap dan tangkap dia! 

2: Guna mechanical pencil atau pen

Cara ni mesti guna mechanical pencil dan pen yang transparent supaya boleh masukkan kertas dalam tube pencil dan pen ni. Dah masukkan kertas bertulis nota atau formula tu, tutup balik cam biasa. Masa exam, boleh tiru dengan selesanya kecuali kalau cikgu dah membaca rahsia ni. Kalau itu berlaku, akan kantoi la dengan mudah sekali.

3: Guna kalkulator saintifik

Cara ini memang popular. Selitkan nota kecil menggantikan kertas yang memang sedia ada di bahagian penutup kalkulator tu. Itu pasal la calon2 SPM x dibenarkan membawa penutup kalkulator semasa peperiksaan.

4: Tengok kertas murid lain

Cara ni paling senang. Buat-buat lenguh leher, pastu buat-buat cracking neck. Sambil tu, jeling-jeling jawapan kawan sebelah. Kalau buat selalu sangat, memang wajib ada yang kena ketuk plak kat kepala..haha

5: Guna penutup pen

Lebih banyak pen yang ada penutup, lebih bagus! Nota penting diselit dalam penutup pen dan tutup pen macam biasa. Bila perlu, ambil la nota dalam penutup pen tu. Tapi jangan buat banyak kali, nanti kantoi. Jadi kalau ada murid yang bawak banyak pen, try la check penutup pen tu. Mungkin akan menjumpai sesuatu yang tak terjangka!

6: Tulis di atas meja

Yang ni pun popular. Tulis nota atau formula atas meja. Cikgu takkan asyik nak check meja je kan? Kalau terkantoi, cakap la bukan sendiri yang tulis. Tapi tak dapat la nak menolong kalau cikgu kenal tulisan pelajar! Haha..

7: Guna pemadam

Potong pemadam menggunakan pisau tapi jangan sampai putus, potong separuh je. Tulis nota di tempat yang dipotong tadi. Lepas tu, biarkan pemadam tu kembali macam keadaan asal. Bila nak tengok nota tu, bengkokkan sedikit pemadam tu dan bolehlah meniru dengan bijaknya.

8: Tulis di lanyard

Kebanyakan sekolah sekarang ni mempunyai kad matriks yang dipakai bersama landyard. Nota atau formula ditulis pada landyard dan dipakai semasa peperiksaan. Kemudian jeling-jeling sikit nota dan formula yang ditulis semasa peperiksaan.

9: Guna MP3 player

Yang ini mungkin digunakan oleh mereka yang bertudung. Nota dirakam dalam format mp3 dan dimasukkan ke dalam mp3 player. Boleh dengar nota yang dirakam semasa menjawab peperiksaan. Tapi kalau guna volume terlalu kuat sampai orang lalu dekat pun boleh dengar, senanglah nak tangkap!


10: Label botol minuman

Ini memang agak popular di negara barat. Caranya label botol minuman ditanggalkan dan di'scan'. Selepas tu, digantikan maklumat label di botol tu dengan nota dan formula. Label dicetak dan ditampalkan semula di botol minuman. Tapi di Malaysia, selalunya pelajar diarahkan meletakkan botol minuman di lantai sebelah meja mereka.

11: Label botol minuman 2

Cara menggunakan label botol minuman yang kedua ni lebih mudah. Untuk ini mesti menggunakan botol transparent. Label botol minuman ditanggalkan dan bahagian belakang label ditulis dengan nota atau formula. Kemudian label dilekatkan semula pada botol. Kalau tengok, memang boleh nampak tulisan belakang label tu sebab botol tu transparent.

12: Guna tisu atau sapu tangan

Tisu dan sapu tangan ni merupakan medium yang paling senang nak guna masa exam. Sedikit nota atau formula ditulis pada tisu dan sapu tangan tu dan digunakan untuk lap apa-apa yang patut masa peperiksaan. Bila nak tengok balik nota tu, buat-buat la lipat sapu tangan tu. So, boleh check jika ada yang bawa sapu tangan semasa peperiksaan.

13: Cikgu, nak pergi toilet..

Okay, yang ini memang cara paling selesa untuk meniru. Jangan terkejut kalau ada yang jumpa nota di toilet semasa musim peperiksaan. Mestilah nak meniru jawapan namanya tu. Paling senang, jangan beri pelajar ke tandas semasa peperiksaan walaupun kedengaran agak kejam.

14: Tulisan braille buatan sendiri

Ini bukan untuk pelajar kurang upaya tapi merupakan salah satu cara untuk meniru. Caranya dua kertas diletakkan bertindih dan nota atau formula ditulis dengan menekan kuat masa pada kertas bahagian atas. Bawa kertas yang di bawah tu semasa peperiksaan sebagai alas jawapan. Memang nampak kosong tapi sebenarnya boleh nampak formula yang ditulis tadi. Macam tulisan braille pula kan?

15: Guna getah lebar

Cara ni dilakukan dengan meregangkan getah tu dan menulis nota atau formula atas getah yang diregangkan tu. Bila siap tulis, getah dilepaskan ke keadaan asal. Memang tak nampak apa-apa nota pun bila dah dilepaskan.

16: Telefon bimbit 

Cara ni memang banyak digunakan oleh ramai pelajar. Tapi yang majoritinya ialah pelajar yang belajar di IPT/IPTA. Cara ni nampak je ramai pelajar balas mesej mereka yang kononnya datang dari pakwe/makwe. Tapi pada hakikatnya ialah pelajar tersebut sedang tengok nota yang mereka ambil sebelum masuk untuk jawab soalan.

17: Tulis pada belakang tudung

Haaa..Cara ni memang ramai pelajar perempuan suka buat..Sebab bagi mereka,pakai tudung ni banyak kelebihannya terutama bila nak jawab soalan..Mereka akan keluarkan dan tengok nota tersebut apabila pengawas peperiksaan leka di atas meja..Pada masa itulah mereka akan ambik peluang untuk tengok nota tersebut.

Sekian. Terima kasih.

10 comments:

  1. Susahlah dapat cikgu macam ni... haha...

    ReplyDelete
  2. susah jugak ikut cara2 tu ek :D

    ReplyDelete
  3. byknya teknik...
    mcm2 Tq cikgu
    berkongsi maklumat..

    ReplyDelete
  4. kita tulis atas kertas buat lipat dua.. masa periksa biasa3 bila periksa besar tak menipu dah hahahhaha

    ReplyDelete
  5. Hahahaa kantoila cikgu dah master ni. Sejujurnya pernah buat cara ke3 tu, tapi tulis satu formula jea sebab terlalu pnjang formula akaun tu. Tapi sekali tu jee. Heee.

    ReplyDelete
  6. wahhhh hebatlah cikgu dapat tahu teknik teknik ni! nice sharingggg :)

    ReplyDelete
  7. dulu cikgu selalu pesan, "nak tiru dlm exam,tirulah...buatlah macam mana sekalipun tapi....jangan sampai cikgu tangkap!!"hehehehhe...
    memang cikgu tu lagend

    ReplyDelete
  8. Alamak teringat zaman CCL sekolah duku haa .. hehe ..selalu tulis formula2 kat kalkulator..tambah2 kalau subjek math n eko..hehe tulis atas meja pun pernah juga ..

    ReplyDelete