Abam Kie dah melanggan siaran ASTRO ni sejak 2005 lagi. Masa tu melanggan astro ni sebab siaran TV di Tanah Merah, Kelantan ni x jelas. Masa tu jika guna aerial tulang ikan cuma dapat tengok TV1, TV2, TV3 dan NTV7 aje. Jadi langgan la juga. Dapat gak tengok Akademi Fantasia 3 masa tu.

Sekarang ni abe kie melanggan pakej Nilai dan Boo. Sebulan kena bayar dalam RM99 termasuk GST. Dulu pakej Indopek tu termasuk sekali dalam Pakej Nilai tapi sejak Jun lalu ia digantikan oleh pakej Korea plak. Abe Kie x berapa gemar pek Korea ni. Tapi anak2 suka la channel Korea. Kalau nak melanggan Indopek kena bayar asing dengan sedikit diskaun berbanding pengguna pakej lain. Terasa tak adil pulak kan?

Lalu satu hari tu abam kie ada call Astro untuk terminate Indopek tu sbb nak jimatkan bil la konon. Alih2 staff Astro tu tawarkan siaran percuma untuk beberapa channel khasnya Sports, News dan Learning selama 60 hari tanpa caj. Lalu dia goda abam kie untuk menangguhkan pengurangan pakej tu dengan ditawarkan free preview channels tu. Fikir punya fikir lalu abe kie setuju la nak cuba sebab dia kata free. Selepas 60 hari nanti abe kie terminate je la Indopek tu. Tapi mana la tahu dia pujuk abe kie lagi dengan bagi free preview channel yg lain pulak? Well, we wait and see.

Jadi sementara dalam cuti sekolah ni abe kie layan siaran Sukan ASTRO dalam kualiti HD gitu!

14 Comments

  1. kat rumah ada astro biasa je, bukannya yang HD punye jadi x dapatlah nak tgk free hehehe

    ReplyDelete
  2. dah lama tk layan citer dari seberang...

    ReplyDelete
  3. Wah bagus taktik ni bang, boleh cuba mana tahu dapat free juga..

    ReplyDelete
  4. Pandai ye Astro ni pujuk suruh kita maintain dengan pakej sedia ada. Menjadi jugak taktik diorang tu. Haha

    ReplyDelete
  5. astro memang ada promosi nak tarik pelanggan hahahahha

    ReplyDelete
  6. Pandai Astro promok services diorang

    ReplyDelete
  7. WAHH..BESTNYA..TAPI RABIA NAK MASUK STUDY DAH.TAK BOLEH LAH TGK TV SGT :)

    ReplyDelete
  8. wah bestnya boleh enjoy semua channel

    ReplyDelete
  9. Sementara cuti sekolah Cikgu AK...biasalah marketing...

    ReplyDelete
  10. Astro memang pandai taknak bg kita stop langgan

    ReplyDelete
  11. pandai org tu pujuk yea....bagus staff dorg...

    ReplyDelete
  12. best laa dapat free, cuma itulah kan. time hujan sama je tak dapat nk tgk..

    ReplyDelete
  13. Alamak kena juga tengok free tu Cikgu Abam...selamat menonton

    ReplyDelete
  14. Oh, GV suka pakej Super Pack. Ada chanel movie dan drama tv international. channel baru movie korea pun dapat juga. Best la Mr Abam Kie dapat tgk semua channel free. hihi.

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.