Majalah Pendidik merupakan sebuah majalah berbahasa Melayu yang diterbitkan di Malaysia. Ia merupakan majalah khusus untuk para pendidik atau guru sekolah dan diterbitkan secara bulanan. Majalah ini berharga RM8.50 di Semenanjung Malaysia dan RM10.00 di Sabah dan Sarawak. Majalah Pendidik merupakan terbitan Widad Publication Sdn Bhd.

Di sekolah Abam Kie, biasanya Widad Publication Sdn Bhd akan menghantar 5 naskah majalah Pendidik setiap bulan. Jadi kami para guru akan bergilir-gilir membaca majalah tersebut pada masa terluang. Nak beli atau langgan pun mahal sebab ia termasuk kos pos. 

Di dalam majalah Pendidik ini ada banyak bahagian tetap seperti Tumpuan, Laporan Khas, Kesihatan, Inspirasi, Tokoh Pendidikan, Kolumnis, Nota Cikgu Pencen, Pendidikan Global, Rencana Umum, Agama, Destinasi, Cerpen, Puisi dan Bahasa.

Kita boleh juga membaca beberapa bahagian secara percuma di laman webnya iaitu www.pendidik.com.my seperti cerpen, kesihatan, puisi dan Pendidikan Global. Selebihnya ia dikunci dan hanya boleh diakses oleh pelanggan digital atau bercetak.

Pada pendapat Abam Kie majalah Pendidik ini perlu dibaca oleh semua insan bergelar guru kerana ia mengandungi maklumat dan isu semasa tentang kerjaya sebagai pendidik yang luhur. Di samping itu dengan membaca sudah pasti akan dapat menambah ilmu pengetahuan dan dapat disampaikan kepada anak-anak murid kita juga nanti. 

Sekian. Terima kasih.

12 Comments

  1. Teringin juga Mrs. A nak baca walaupun bukan cikgu huhuhu...

    ReplyDelete
  2. wow.. seronok kan jadi guru ni... tapi atie xde kesabaran.. huhu

    ReplyDelete
  3. Rindunya sekolah. Dulu kalau masuk bilik guru jumpa majalah apa apa mesti amik belek isi dalam majalah tu.

    ReplyDelete
  4. Majalah yang menarik. Saya xde rezeki jadi guru tapi dapat isteri seorang guru. Alhamdulillah rezeki jg...hihi

    ReplyDelete
  5. Mesti isi dlm majalah ini menjadi inspirasi pada guru2 lain kan

    ReplyDelete
  6. Yang bukan bergelar pendidik pun boleh baca sama ni. Cuma itulah kena beli dulu la

    ReplyDelete
  7. Rasa macam nak membaca juga majalah pendidik tu...

    ReplyDelete
  8. asalam Cikgu Abam..saya memang suka membaca najalah ini,,sarat dengan ilmu perkasakan minda guru2 sebenarnya majalah ini

    ReplyDelete
  9. terfikir nak buat entri majalah ni dah Cg Abam dahuluinya..tahnia ya peka

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.