Friday, 6 October 2017

Bertukar Kepada Kad MyDebit Bank Rakyat Secara Online


Assalamualaikum. Abam Kie nak tanya ni. Adakah kawan2 memiliki kad ATM Bank Rakyat? Alah, kalau staff kerajaan dan swasta pasti ada sekali buat pinjaman peribadi kan? Abam Kie pun pernah buat sekali sebelum zaman GST dulu. Semasa bank2 komersial lain sibuk menukarkan kad ATM kpd kad mydebit tahun lepas, Bank Rakyat ni buat derk aje. Alih2 lepas Raya Haji lepas keluar pengumuman suruh pemegang2 kad agar menukar kpd Mydebit. Abam Kie dapat tahu pun bila log in ke perbankan internet bank berkenaan. Kalau tak, pasti tak tahu. Pemegang2 kad kena bertukar kpd mydebit sebelum 31 Oktober 2017 sebab kad sedia ada tidak boleh digunakan mulai 1 Nov 2017.


Bagi Abam Kie lebih mudah menukar kad mydebit ni secara online je. Sama spt bertukar kad mydebit Maybank dulu. Tak kuasa nak beratur panjang dan menjadi penunggu di bank tu. Caranya mudah aje. Mula-mula, log masuk ke iRakyat. Lepas tu klik 'My Profile'. Kemudian kemaskini maklumat diri. Lepas tu klik 'mohon' dan taip nombor TAC yang dihantar ke HP. Akhir sekali klik butang 'Hantar'. Mudah kan? Pengalaman abam kie la, selepas 3 minggu baru saja kad tu sampai ke rumah menggunakan Poslaju. Tak apalah, duit dalam tu bukannya banyak pun. Hehehehe...

Kepada mereka yg x berapa reti ICT dan tiada perbankan iRakyat, boleh saja berkunjung ke cawangan Bank Rakyat yang berhampiran. Sepanjang bulan Oktober ni, semua cawangan akan dibuka pada hujung minggu bermula dari jam 9 pagi sehingga 5 petang kecuali pada hari cuti umum. Jom, apa lagi? Marilah cepat2 menukar kad ATM kepada Mydebit. Wallahualam..

8 comments:

  1. BAGUS TU MEMUDAHKAN URUSAN PERBANKAN N XTAHU MINTA TOLONG PADA BANK YG URUSKANNYA

    ReplyDelete
  2. memang mudah ni.

    job berbayar untuk blogger di sini http://www.maisarahsidi.com/2017/08/jom-jana-pendapatan-dalam-usd-dengan-Sushivid.html

    ReplyDelete
  3. Wow senangnya... Xyah nk beratur..

    ReplyDelete
  4. haah..skrg ni semua dihujung jari dah semua tu. Baguslah abe kie tukar.. melalui sistem on9.jimat masa dan petrol. hihihi

    ReplyDelete
  5. Kena pegi ke bank jugak la nie sebab saya takde perbankan online..hihi...

    ReplyDelete
  6. Saya ada kad bank rakyat ni pun sebab BB1M, rasanya dpt yg baru dah

    ReplyDelete
  7. Baguslah bank Rakyat pun dah Ada debit card ye

    ReplyDelete

Thanks for your comment and please come again.