Tuesday, 1 August 2017

Belajarlah menghargai orang lain


Mulai hari ini, kita kena belajar menghargai sesiapa sahaja yang pernah bantu kita. Mungkin tanpa kita sedar, kita telah mencederakan emosi orang itu. Pesan guru saya,

1. Hargai orang yang bantu kita dengan memperkenalkan kita dengan orang lain, kita dapat kawan baru.

2. Hargai orang yang bantu kita dengan ilmu-ilmu kehidupan. Kita belajar ilmu baru.

3. Hargai orang yang bantu kita dengan memberi idea-idea baik yang kita amalkan sampai sekarang.

4. Hargai orang yang bantu kita dengan menyiapkan kerja-kerja kita tanpa meminta upah. Mereka membantu dengan senang hati.

5. Hargai orang yang bantu kita dengan menaikkan nama baik kita di kalangan orang lain. Mereka cakap baik-baik saja fasal kita.

6. Hargai orang yang bantu kita dengan memberitahu lubuk-lubuk pembekal. Kita berurusan sampai hari ini dengan suka sekali.

7. Hargai orang yang bantu kita dengan meminjamkan idea, masa, tenaga dan wang. Tak terkira tanpa meminta-minta kembali.

8. Hargai orang yang bantu kita menjadi pendengar luahan hati kita apabila tidak ada orang lain yang mahu mendengar. 

9. Hargailah orang yang bantu kita dengan apa jua cara di saat kita sedang terduduk sepi dan tiada siapa peduli.

Apabila kita belajar menghargai bantuan orang lain kepada kita. Kita akan belajar erti kasih sesama insan. Kita akan belajar lebih banyak ilmu kehidupan. Dan kita akan selalu merasa tenang tanpa kepura-puraan.

Semua orang pernah melalui dan akan melalui zaman susah senang. Hidup umpama roda, yang di bawah akan ke atas juga akhirnya dan begitulah sebaliknya.

Pepatah Inggeris ada menyebut,

" What goes around comes around "

🚀🚀🚀🚀🚀✅✅✅✅

.

11 comments:

Noor Azlan said...

Nice words Abam Kie, sangat setuju.. Biar sekecil manfaat yang kita dapat daripada orang lain, kita wajar hargainya...

Nurzakiah Hanum said...

inshaaallah

PeRdU cINta said...

Tepat...mengenang dan menghargai...sekurang2nya masukkan insan yang berjasa dengan kita dalam setiap doa yang kita ungkapkan.

paridah said...

MENGHARGAI BERERTI MENGENANG BUDI...

Normi Nieza said...

good entry..:)

Aisya Ismail said...

insyaallah..

Ninie said...

Ziarah abam Kie...hehehe. No.7 tu sangat2 setuju!

Ann Ishak said...

inshaAllah, good sharing

mamapp said...

Insya Allah.. hargailah orang disekeliling Kita tak rugi apapun

Mardhiyyah Rosli said...

sangat setuju.

singgah blogwalking dari Segmen Nak URL Blog #31

www.myarosli.com

Miza Talib said...

Setuju